04 April 2013

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia.

share dari link fb ~Assalamu'alaikum WaHaI HATI


Bismillahirrahmanirrahim..

Dari Abi Rugayyah Tamim bin Ausin Al-Dari r.a, bahawasanya Nabi s.a.w bersabda: “Agama itu nasihat. Kami berkata: Bagi siapa? Ia bersabda: Bagi Allah, bagi Kitab-Nya, bagi Rasul-Nya dan Imam-Imam kaum Muslimin dan bagi orang ramai mereka.” (HR Muslim)

Hadis ini adalah sebuah hadis yang lengkap lagi sempurna sekalipun ianya ringkas kerana maksudnya menerangkan nasihat agama yang berhubungan dengan kepercayaan dan hubungan antara sesama pemeluknya dalam perkara yang bertalian dengan kebaikan bersama dalam agama Islam. Rasulullah s.a.w telah menyatakan agama itu adalah nasihat.

Nasihat ini, datangnya dari perkataan “nash” yang bererti halus, bersih dan murni. Dalam bahasa Arab, perkataan nasihat mengandungi maksud supaya yang dinasihati mendapat keuntungan atau faedah. Ibnu Shalah pula berkata: “Nasihat adalah kata-kata yang merangkumi perbuatan seseorang yang memberi nasihat kepada orang yang diberi nasihat dalam bentuk iradah dan perbuatan."

Pada keseluruhannya, nasihat menurut pengertian yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w amatlah mustahak hingga baginda mengatakan agama itu nasihat. Tiada pengertian agama jika tiada nasihat dan tiada kesedaran orang yang beragama jika tiada peringatan dari nasihat-nasihat agama.

Wassalam..
~ღ♥ღ~

No comments:

Post a Comment