12 March 2015

Petua Meredakan Sakit Gigi

share dari link fb ~Cantik Menawan Tertawan

Petua Meredakan Sakit Gigi

Bagi yang pernah mengalaminya memang tahu sakit gigi memang amat menyeksakan! Silap haribulan habis seluruh badan boleh terasa kesakitan dan tak senang duduk kita dibuatnya.

Cuba salah satu daripada petua-petua ini, insyaAllah, sakit gigi berkurangan:

Petua 1: Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. InsyaAllah, sakit beransur kurang.

Petua 2: Bancuh satu sudu kecil garam dalam secawan air hangat. Setelah melarut, biarkan seketika agar ia suam. Kemudian gunakan untuk berkumur agar sakit gigi reda.

Petua 3: Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. InsyaAllah sakit gigi anda cepat hilang.

Petua 4: Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit. InsyaAllah sakit gigi akan berkurangan.

Petua 5: Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.

Petua 6: Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.

Petua 7: Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habatussauda), letakkan ke dalam gigi yang berlubang.

Petua 8: Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

Petua 9: Ambil buah tomato muda kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Dan tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.

Petua 10: Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gusi tapi jangan menggunakan banyak kerana akan mengebaskan seluruh mulut. InsyaAllah berkesan.

Petua 11: Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.

Petua 12: Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

Petua 13: Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama sekurang-kurangnya satu jam, dan anda akan merasa kesannya.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment