05 March 2015

Penghulu Para Malaikat; "Iblis adalah ketua ahli ibadah dahulu. Penghulu kepada ahli ibadah. Iblis itu namanya adalah azazil.

share dari link fb ~Raudhatul Muhibbin

Penghulu Para Malaikat; "Iblis adalah ketua ahli ibadah dahulu. Penghulu kepada ahli ibadah. Iblis itu namanya adalah azazil. Dalam bahasa hebrew yunani lama. "il" itu adalah maknanya tuhan. Azazil itu maknanya hamba tuhan yang mulia. Hamba Allah yang mulia. Jibrail, hamba Allah, mikail, hamba Allah, israfil, hamba Allah izrail hamba Allah. Azazil hamba Allah yang mulia."

"Dikatakan begitu hebatnya ibadahnya Azazil itu sehinggakan tidak ada tanah diatas muka bumi ini yang digunakannya untuk sujud kepada Allah. Azazil (iblis) yg beribadat berpuluh-puluh ribu tahun di langit & bumi sujud kpd Allah, dan menjadi ketua dalam ibadat. Dan dia telah beribadat kpd Allah sehingga ada bekasan sujud di langit & bumi. Begitu hebat ibadah nya sehingga beribadah beribu-ribu tahun kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Sehinggakan dia menjadi penghulu kepada ahli ibadah penghulu kepada seluruh malaikat. Azazil itu bukanlah dari kalangan malaikat. Azazil adalah dari kalangan jin bukan daripada malaikat. Begitu hebat ibadahnya sehingga dia terlupa yang ibadah nya itu daripada taufik Allah سبحانه وتعالى. Ibadah itu datang daripada Allah."

"Dia merasakan dirinya hebat dalam ibadah. Ibadah itu atas usaha dirinya sendiri. Maka suatu ketika apabila para malaikat dapat tahu didalam luh mahfuz ada yang akan terlaknat. Maka para malaikat takut kerana laknat itu akan terkena pada mereka."

"Maka para malaikat berjumpa dengan Azazil untuk memintanya berdoa untuk mereka. Wahai syeikh,doakan kami supaya kami tidak terkena lknat daripada Allah swt. Dia mendoakan semua para malaikat tetapi dia terlupa untuk mendoakan untuk dirinya sendiri. Kerana menyangka ibadahnya hebat dan tak terkena laknat tersebut."

"Maka disaat Allah سبحانه وتعالى menciptakan Nabi Adam a.s. dan diperintahkan sujud kepada Nabi Adam, namun Azazil enggan sujud sbb sifat Sombong & Hasad yang ada pada dirinya." 

"Dia mengatakan; Wahai Allah, aku lebih baik daripada dia. Ana saya aku. Mentaliti penyakit aku. Aku lebih mulia daripada Adam. Aku dijadikan daripada Api manakala Adam hanya dijadikan daripada Tanah. Dia guna logik akal."

"Sedikit pon tidak ada rasa takut kepada Allah swt. Sebab apa sebab ada rasa takabur. Maka dengan sifat ini lah Azazil telah dimurkai oleh Allah Swt. Azazil berkata, Wahai Allah, panjangkan umurku sehingga hari kiamat supaya aku dapat mengoda anak anak adam. Supaya mereka mengikuti ku menjadi pengikutku masuk kedalam neraka. Bersama sama dengan ku. Kecuali orang-orang yang ikhlas."

"Maka doanya diperkenankan oleh Allah swt. Segala amalan nya ibadah nya selama beribu ribu tahun habis. Dahulu dia menjadi ketua dlm beribadat, tapi nanti dia akan menjadi ketua membawa ahli nya menuju ke Neraka Allah swt. Moga-moga Allah swt menjauhkan kita sifat sombong dan takabbur ini dan selamat daripada Azab Allah swt."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment