share dari link fb ~ Dr Zainur Rashid Zainuddin
Pantai Gaza....
Sebagai memenuhi permintaan sahabat-sahabat wartawan yang turut bersama ke Gaza kali ini, saya menyertai jemputan mereka untuk turun ke laut menikmati perkhidmatan bot laju.
Di kesempatan ini saya cuba untuk menginsafi keperitan para nelayan Gaza yang hanya dibenarkan menangkap ikan sejauh 3 sehingga 6 nautika batu daripada persisiran pantai.
Kerap kali kedengaran berita bahawa bot para nelayan Gaza yang ditembak hanya kerana mereka menghampiri had ini, apatah lagi apabila bot mereka melebihi had yang begitu kecil buat bot nelayan yang sederhana besar.
Risiko yang besar ini perlu mereka hadapi kerana pantai dan pelabuhan ini adalah satu-satunya laluan bagi mendapatkan bekalan ikan buat seluruh penduduk wilayah Gaza yang terkepung yang berjumlah seramai 1.8 juta orang.
Ini menjadikan bekalan ikan di Gaza sangat terhad, harganya sangat mahal dan hanya mampu dimiliki oleh mereka yang berpendapatan tinggi atau sederhana tinggi.
Semoga Allah memudahkan laluan hidup mereka dan memberikan ketabahan kepada saudara kita yang diuji hanya kerana mereka teguh mendokong kesetiaan untuk mempertahankan bumi anbiya ini daripada terus dijajah Yahudi Zionis.
Misi Perubatan ke Gaza
29hb Mac 2013
No comments:
Post a Comment