09 April 2013

KETIKA HATI WANITA TERSAKITI ..


shared link fb ~ Remaja Cinta Dakwah's status 



KETIKA HATI WANITA TERSAKITI ..

Bismillaahirrahmaanirrahiim...

Tak banyak lelaki tahu bagaimana keadaan Hati wanita ketika bersedih...
Wanita marah bukan bererti ia pemarah,
Melainkan hatinya tengah terluka.

Wanita yang cenderung diam bukan bererti ia egois dan cerewet atau acuh tak acuh melainkan diam lebih baik darinya.

Ketika Hati wanita tersakiti..
Mungkin susah di gambarkan dengan apapun,
Namun hancurnya hati wanita ketika tersakiti lebih dari sekadar gelas yang terjatuh dari atas menara "Prakk".

Ketika hati wanita tersakiti..
Tak banyak yang dapat ia lakukan..
Yang ia tahu hanyalah setitis air mata membasahi pipinya..
Yang ia tahu hanyalah dadanya terasa sesak..
Yang ia tahu hanyalah Sebuah tanda CintaNya.

Jika kau ingin mengenggamnya maka genggamlah dengan halus,
Jika kau ingin melepaskannya maka lepaskanlah dengan perlahan,
Kerana ia adalah makhluk yang sangat rapuh..

Jika diibaratkan kaca,
Maka jangan terlalu kasar membersihkannya,
Kerana ia akan menjadi retak.
Jika kau meletakannya jangan kau hentak,
Kerana ia akan pecah begitu jua hati wanita.

No comments:

Post a Comment