23 July 2015

THE HIDDEN TRUTH : RAHSIA KLCC YANG DISEMBUNYIKAN

share dari link fb ~ Neil Armsteen

THE HIDDEN TRUTH : RAHSIA KLCC YANG DISEMBUNYIKAN

Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengetahui kos sebenarnya projek KLCC, yang merangkumi pembinaan Menara Kembar Petronas dan bangunan-bangunan serta segala infrastruktur lain disekitar tanah bekas lumba kuda di Jalan Ampang itu. Surat khabar “Harakah” dalam satu keluaran lalu ada menyebut bahawa kos Menara Kembar itu ialah RM 1.8 bilion. Ada akhbar lain pula menyebut RM 4.8 bilion sebagai kos KLCC keseluruhannya. Jangkaan-jangkaan ini adalah jauh sekali dari angka sebenarnya, iaitu HAMPIR RM 10 BILION. 

Perkara ini perlu didedahkan kepada rakyat Malaysia, kerana ia melibatkan pembaziran wang Petronas yang amat banyak, dan Petronas adalah, sebenarnya, kepunyaan rakyat. Fakta-faktanya adalah seperti berikut:-

1. SIAPA SEBENARNYA YANG KONTROL PETRONAS?
Sungguhpun saham Petronas dipegang oleh Kementerian Kewangan Inc (99%), dan Menteri Kewangan (1%), apabila orang-orang pergi mengadu kepada Dato’Seri Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan dan TPM pada masa itu, yang projek KLCC itu adalah satu pembaziran besar, beliau dilaporkan telah menjawab lebihkurang seperti berikut, “ 

Petronas adalah seratus peratus dibawah Perdana Menteri. Jadi dalam perkara ini saya tidak boleh komen pun, jangan kata nak buat apa-apa”.
Adalah satu pengetahuan umum bahawa perlantikan Pengerusi, Pengarah-Pengarah, Presiden, dan Naib-Naib Presiden Petronas perlu kelulusan Perdana Menteri (secara lisan atau bertulis, saya tidak tahu). Mana-mana dari mereka yang ingkar dengan kehendak PM sudah tentu tidak boleh bertahan lama.

2. ADAKAH PETRONAS PERLU PROJEK KLCC ?

Jawabnya TIDAK, kerana Petronas sudah ada Dayabumi, dan telah pun membeli dua bidang tanah besar untuk dijadikan tapak pejabat tambahan bila perlu untuk menempatkan kakitangan-kakitangannya yang kian bertambah, dan yang sedang menyewa ruang pejabat dibeberapa bangunan di sekitar bandaraya KL. Satu bidang tanah itu terletak dipersimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Bukit Bintang yang diberi nama “ Prince Court “, dan yang satu lagi ialah bekas tapak British Council diJalan Ampang dibelakang Yow Chuan Plaza.
Lagi pun, pihak Pegurusan Petronas telah beberapa kali sebelum itu mengumumkan dengan tegasnya kepada kakitangan bahawa hartanah tidak termasuk dalam senarai perniagaan asas (“core business”) syarikat, apabila kakitangan meminta mengekalkan atau menambah perumahan yang disediakan untuk keperluan kakitangan di Kerteh, Bintulu, dan lain-lain, dimana tidak cukup rumah-rumah untuk disewa dengan harga sederhana. 

Malah rumah-rumah syarikat yang sedia ada telah dan akan dijual, tanpa mempedulikan rayuan kakitangan, atas alasan hartanah bukan “core business” Petronas.

Jadi kita boleh buat kesimpulan bahawa keputusan Lembaga Pengarah Petronas untuk melabur secara besar-besaran dalam projek hartanah yang digelar KLCC itu adalah atas desakan orang yang lebih berkuasa dari pihak Pengurusan Petronas, iaitu PM.

3. BAGAIMANA CARA PETRONAS DIPAKSA MEMAJUKAN KLCC?
Petronas terpaksa memajukan KLCC melalui sebuah syarikat bernama KLCC Holdings yang sahamnya dipegang oleh Petronas (51%), sebuah syarikat ANANDA KRISHNAN (40% lebihkurang), dan sebuah syarikat lagi (saya tidak ingat namanya, tetapi kepunyaan kroni jua). Ananda Krishnan adalah seorang kroni Dr Mahathir yang besar.

Hampir semua wang untuk membiayai projek pembaziran ini datang dari Petronas, samada sebagai sumbangan ekuiti atau sebagai pinjaman; ANANDA KRISHNAN sebagai pengambil untung saja.

4. BAGAIMANA KOS KLCC NAIK SAMPAI HAMPIR RM 10 BILION?
4.1 KOS TANAH: RM 900 JUTA

Petronas telah diarahkan membeli tanah bekas gelanggang lumba kuda dari syarikat kepunyaan ANANDA KRISHNAN dengan harga RM 900 JUTA, walaupun ANANDA KRISHNAN telah membeli tanah pertanian itu dengan harga lebihkurang RM 300 juta hanya setahun sebelum itu, dan telah tukar syarat kegunaan kepada komersial. 

Jika ditolak kos penukaran syarat, serta faedah keatas pinjaman wang dari bank, kita boleh jangkakan bahawa ANANDA KRISHNAN telah diberi keuntungan tidak kurang dari RM 400 JUTA oleh Dr Mahathir, melalui Petronas.
Untuk menutup peranannya dalam hal ini, semua arahan PM kepada Petronas adalah secara lisan, dan Lembaga Pengarah Petronas didesakkan meluluskannya dengan resmi, lengkap dengan kertas cadangan yang menggambarkan keuntungan yang bakal diperolehi Petronas dari projek KLCC itu.

Harga RM 900 juta ini dibayar secara tunai oleh Petronas melalui sekeping cek sahaja, setelah dituntut dengan cara tergesa-gesa oleh ANANDA KRISHNAN sendiri, yang datang keDayabumi dengan seorang pegawainya untuk tujuan tersebut, pada suatu hari masa Pengerusi dan Presiden Petronas tidak ada dalam negeri.

4.2 KOS MENARA KEMBAR SAHAJA: HAMPIR RM 4 BILION

Kos bangunan tertinggi didunia ini dalam keadaan kosongnya sahaja ialah RM 2.3 BILION, sebelum termasuk kos persiapan dan pemasangan alat-alat disebelah dalam, yang menelan belanja lebihkurang RM 1 BILION lagi.
Konsortium untuk Menara Satu termasuk sebuah syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR PEREMPUAN KEPADA DR MAHATHIR.

Konsortium untuk Menara Dua mempunyai syarikat yang dipegangi oleh SEORANG IPAR LELAKI KEPADA DR MAHATHIR.

Selain daripada itu, semua anak-anak syarikat Petronas yang berpindah ke Menara Satu tidak dibenarkan membawa atau membeli perabot sendiri, malah dipaksa membeli “workstation” dari SYARIKAT ARTWRIGHT, yang dipunyai majoritinya oleh MIRZAN BIN MAHATHIR, anak kesayangan Siti Hasmah, saya dengar. 

Dengan harga RM 10,000 tiap-tiap sebuah “workstation”, dan memandangkan ada lebihkurang 5,000 kakitangan Petronas diMenara Satu, maka kontrak ini bernilai lebihkurang RM 50 JUTA. 

Dari segi mutu,harga ini dianggap ramai sebagai luarbiasa tingginya. Selain daripada “workstation”, bilik pengurus -pengurus dilengkapi dengan perabut dari luar negeri dan harga yang dikenakan kepada Petronas ialah RM 70,000 sebilik. Untuk pengurus besar-pengurus besar pula RM 138,000 sebilik; dan untuk Naib-Naib Presiden, Presiden dan Pengerusi pula tentulah lebih tinggi lagi (ma’af, saya tidak ada maklumat tepat). 

Selain daripada itu ada beratus bilik mesyuarat, yang pelbagai nilai perabutnya. Jika dicampur dan didharabkan semua bilik-bilik ini, maka kita mendapati kontrak yang bernilai LEBIH DARI RM 200 JUTA, terutama sekali kalau diambil kira perabut untuk ARAS 86, DIMANA DIBINA KHAS UNTUK DR MAHATHIR SEBUAH PEJABAT, BILIK TETAMU, BILIK MESYUARAT, dll. 

Siapa punya syarikat pembekal perabut-perabut ini, saya tidak tahu, tetapi dari segi harga yang amat luarbiasa tingginya yang Petronas telah terpaksa membayar, kemungkinan besar mereka terdiri dari suku sakat atau kroni Dr Mahathir.

Dari satu sudut, mengadakan PEJABAT UNTUK DR MAHATHIR di aras 86 Menara Satu JELAS SATU LAGI PEMBAZIRAN, kerana dilapurkan menelan perbelanjaan berjuta Ringgit. 

Tak cukupkah yang mewah diPutra Jaya tuh? Dari sudut lain, ianya perlu untuk memberi keuntungan besar lagi kepada sukusakat dan/atau kroni.
Tiap-tiap satu menara Petronas ini mempunyai luas lantai yang berjumlah 1.85 juta kakipersegi.(kpsg) DiMenara Satu, hampir tiap-tiap aras dipasangkan dengan permaidani (yang dikatakan susah terbakar) yang berharga RM 70-90 tiap satu kpsg ( sungguh terkejut manusia apabila mendengarnya!!).

Kalaulah hanya 1.5 juta kpsg dihiaskan dengan permaidani ini, maka kontrak pembekalan dan pemasangannya bernilai lebih RM 100 JUTA. Ramai kakitangan Petronas menyebut-nyebut bahawa syarikat-syarikat pembekal itu dipunyai oleh ANAK-ANAK MAHATHIR.

Tidak ada maklumat tentang permaidani di Menara Dua; Petronas ada satu anak syarikat sahaja yang menduduki disitu. Ruang lain samada disewa kepada syarikat lain atau masih kosong ---- KEBANYAKANNYA MASIH KOSONG KERANA TIDAK LAKU DISEWA!!

DiAras 41, 42, dan 43 terdapat MALAYSIAN PETROLEUM CLUb, yang amat mewah sekali perhiasannya, menelan belanja berpuluh juta ringgit (dengar-dengarnya, lingkungan RM 30 JUTA).

4.3 KOS TAMAN KLCC: RM200 JUTA

Yang peliknya konsultan dari Brazil yang diberi kontrak untuk merekabentuk dan membina taman seluas 50 ekar ini. Pada mulanya semua pokok yang ditanam diimport dari Brazil, dan semuanya MATI. Jadi akhirnya diganti dengan pokok tempatan.
Tentulah lebih murah jika pakar dan pokok tempatan digunakan. Lagipun, kos penyenggaraan taman ini dilaporkan sebanyak RM7 JUTA SEBULAN !! Kalau kroni tidak terlibat, masakan sebuah pokok pinang, mithalnya, yang biasanya berharga RM200-300, dikenakan harga RM1,200 kepada KLCC.
4.4 KOS DEWAN SIMFONI FILARMONIK: RM500 JUTA

Dewan ini amat canggih dan tinggi mutunya. Lebih seratus ahli muzik asing digajikan oleh Petronas, sehingga kos bersih operasi sebulan mencapai RM5 JUTA !!.
4.5 KOS LOJI “GAS DISTRICT COOLING (GDC)”: RM300 JUTA

Loji ini dibina untuk menjana elektrik untuk KLCC, dan air sejuk untuk alat-alat hawa dingin bagi seluruh KLCC. Sekarang sedang diperbesarkan lagi dengan belanja lebihkurang RM80 juta.
4.6 BAGAIMANA BAKI LEBIH DARI RM4 BILION DIBELANJAKAN?

Ini merangkumi membiayai kos bangunan-bangunan dan infrastruktur berikut:-

? bangunan pejabat Esso (40 tingkat);
? bangunan hotel Mandarin Oriental (yang amat mewah bertaraf antarabangsa; berpuluh tingkat); kos dianggap beberapa ratus juta Ringgit;
? bangunan pencakar langit MAXIS, untuk kegunaan syarikat Ananda Krishnan;
? bangunan kompleks membeli-belah KLCC SURIA;
? kemudahan letak kereta bawah tanah 5-tingkat, untuk 5,000 kereta;
? rangkaian jalan diatas dan dibawah tanah serta terowong untuk menghubungkan KLCC dengan Jalan Tun Razak, Jalan P Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Ampang, serta dengan lebuhraya baru yang sedang dibina diatas Sungai Kelang (melalui terowong terus ke tempat letak kereta bawah tanah KLCC), termasuklah peningkatan taraf sebahagian Jalan P. Ramlee, dan beberapa jalan baru disekeliling KLCC;.
? Sebuah mesjid saiz sederhana yang berhawa dingin (pada mulanya Ananda Krishnan tidak bersetuju dengan pembinaan mesjid ini, kononnya tidak membawa keuntungan kepada KLCC Holdings !!).
Adalah dilaporkan banyak juga perbelanjaan tambahan dari kos asal yang perlu dikeluarkan oleh KLCC Holdings kerana banyak pertukaran dibuat kepada bangunan-bangunan dan infrastuktur.

5. MENGAPAKAH KAKITANGAN PETRONAS DIPAKSA MENDUDUKI MENARA KEMBAR DALAM KEADAAN BELUM SIAP DAN MERBAHAYA?

Ini menjadi tandatanya, kerana ramai kakitangan Petronas telah diarahkan berpindah dari Dayabumi pada masa Menara Kembar masih lagi belum siap, dan tiada siapa yang sedang menunggu untuk mengambilalih ruang pejabat mereka diDayabumi itu. 

Hasilnya ramai dari mereka mengalami banyak peristiwa cemas dan ngeri apabila kerap terperangkap dalam lif dalam keadaan gelap dan lemas, daripada beberapa minit sehingga satu jam setengah!! Mereka terpaksa bekerja dalam keadaan bising dan berhabuk kerana kerja-kerja menyiapkan bangunan itu masih berjalan dengan rancaknya, dan menanggung kesulitan-kesulitan lain seperti kegagalan alat komunikasi, sistem komputer, dan juga kesulitan makan dan minum.
Memang diketahui ramai, pembinaan Menara Kembar itu telah jauh terlewat dari jadual yang telah dikontrakkan. Maka biasanya kontraktor kena bayar denda. Tetapi sukusakat Dr Mahathir mempunyai kepentingan dalam kontrak-kontrak ini. 

JADI APA NAK BUAT??

Satu jalan keluar ialah untuk Petronas menduduki menara-menara itu lebih awal maka, dari segi kontrak, dapat diibaratkan tiada kelewatan.

Pihak Pengurusan Petronas biasanya amat prihatin dengan keselamatan kakitangannya, sehingga rela mengeluarkan perbelanjaan yang amat banyak demi keselamatan kakitangan, orang awam, dan juga alam sekitar. 

Inilah satu-satunya nilai terpuji yang telah menjadi adat resam Petronas dari dahulu lagi. Jadi mengapakah pihak Pengurusan Petronas bersetuju mengambil risiko yang sebegitu rupa pada kali ini? Tentulah ada sesuatu luar biasa yang menekan pihak Pengurusan Petronas.

6. BERAPAKAH KOS PENYENGGARAAN/OPERASI KLCC SETAHUN?
Dengar-dengarnya, lebihkurang RM 250 JUTA SETAHUN melibati Menara Kembar dll (RM9 juta sebulan), Taman KLCC (RM7 juta sebulan), dan gaji ahli muzik asing (RM5 juta sebulan). (Orang Petronas/KLCC diminta perbetulkan jika silap.)

Kalau tak silap, perbelanjaan tahunan beberapa negeri diSemenanjung ini tidak sampai ketahap ini !!

==============================================================

APAKAH MANFAAT KEPADA NEGARA JIKA PROJEK KLCC TIDAK WUJUD?

1. Petronas mungkin tidak perlu meminjam wang sebanyak RM 10 bilion. Mengikut Laporan Tahunan Petronas terkini, hutang Petronas sekarang berjumlah RM30 bilion.

2. Wang RM10 bilion boleh membiayai 1,000 km lebuhraya, atau 30-40 buah universiti, atau 40-50 hospital besar, atau 1,000 sekolah rendah, atau 350,000-400,000 rumah kos rendah, maka dengan sekali gus mengatasi semua masalah perumahan 2 juta rakyat.

APAKAH TUJUAN SEBENAR PROJEK KLCC?

Dari fakta-fakta diatas telah jelas kelihatan bahawa tujuan utama projek mewah dan mega ini ialah untuk menfa’atkan sukusakat dan kroni Dr Mahathir.

Untuk mengkaburi mata rakyat, mereka disuruh bermegah dengan kejayaan kerajaan BN membina bangunan tertinggi didunia. Kononnya untuk memashhorkan negara dan menarik pelancung.

Takkan kita tak tahu ada banyak cara yang jauh lebih murah untuk menarik pelancung (mithalnya membina infrastruktur dan kemudahan yang cukup untuk “ecotourism”, kerana amat banyak potensinya diMalaysia ini – kebanyakan pelancung Eropah dan Amerika mencari pengelaman yang berlainan dari kehidupan mereka harian dicelah bangunan tinggi-tinggi.

Lagi satu keperluan ialah meningkatkan keselamatan, kemudahan dan keselesaan pelancung dengan membina merata-rata tandas awam percuma yang bersih, hotel-hotel murah yang bersih, sistem pengangkutan awam yang senang digunakan oleh pelancung, rangkaian pondok informasi yang cukup –lihat keadaan diAmsterdam mithalnya……). 

Dan satu cara paling berkesan memashhorkan negara ialah dengan wujudnya kerajaan yang bersih dari kezaliman, rasuah, nepotisme dan kronisme , dan memprojek imej sebuah negara yang menghormati hak asasi rakyat dan pelawat, yang mempunyai sistem kerajaan, sosial dan keselamatan yang cekap dan bersih!!

Kalaulah tidak kerana pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang bercorak mega-mega, Malaysia mungkin dua kali ganda lebih maju dari sekarang.

Wallahu a’lam. 

INFO LANJUT TENTANG RAHSIA KLCC
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment