23 July 2015

RESEPI KUIH TALAM TOKYO

share dari link fb ~ Resepi Buat Roti

RESEPI KUIH TALAM TOKYO

LAPISAN BAWAH:

1 1/2 cawan sagu biji
1 peket kecil suhun ( di rendam hingga lembut di potong2 sedikit )
1/2 cawan kelapa parut ( ambil putih sahaja )
3/4 cawan santan cair
Se cubit garam

1. Toskan sagu, campur kan dengan suhun, kelapa putih, santan dan garam.

2. Sapu kan minyak pada loyang 10 x 10 dan di lapik kan dgn plastik 14 x 14.
Kukus selama 10 minit.

LAPISAN ATAS:

4 biji telor
250 gm gula pasir
600 ml santan sederhana pekat
100 gm tepung gandum
20 gm tepung kastard
Sedikit garam
Prewarna kuning dan hijau.

1. Campur kan telor, gula, santan, tepung gandum, tepung kastard dan garam. Kacau Jgn sampai bergentel.

2. Bahagi 2 adunan. Satu di warna kan kuning.Satu lagi di warna kan hijau.

3. Kukus lapisan kuning dulu selama 10 minit dgn api sederhana. Lorekkan lapisan kuning dgn garfu ( supaya melekat ).

4. Tuangkan lapisan hijau. Kukus selama 10 minit lagi. Tunggu sejuk baru di potong. 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment