06 July 2015

Resepi Popia Nestum & Horlicks

share dari link fb ~ Resepi Kek Kukus Sedap

Resepi Popia Nestum & Horlicks


Bahan-bahan:

1 sudu tepung gandum dicampur dengan sedikit air (sebagai pelekat)
1 kg minyak (untuk menggoreng)
1 bungkus popia (saiz lebar)
1/2 cawan nestum – kisar halus
1/2 cawan gula aising
1 cawan susu tepung
1 peket horlicks 3 in 1

Tips: Gunakan straw untuk mendapat gulungan yang cantik. Dan selepas letak pelekat tepung baru keluarkan straw tersebut.

Cara Penyediaan:
1.Gulung popia. Tak payah guna lidi pun takpe sebab mudah je. Lekat dihujungnya dengan pelekat tepung atau air sebelum digulung habis.

2.Jangan gulung ketat2 dan jangan ditindan. Gunting popia yang telah digulung ikut bentuk yang anda suka. Menyerong ataupun menegak.

3.Biarkan beberapa jam, baru goreng. Sebab ada terbaca, kalau simpan 24 jam lagi rangup.

4.Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan. Toskan.Campur sebati bahan2 nestum, gula, susu dan horlicks.

5.Bila popia dah agak2 suam, taburkan bahan serbuk ke atasnya. Gaul sehingga sebati.

P/s: Sangat rangup dan sedap. Boleh dijadikan sebagai kuih raya untuk menyambut tetamu.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment