06 July 2015

SEJARAH ISLAM : SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN DITETAK KETIKA SEDANG MENGAJI QURAN

share dari link fb ~ Neil Armsteen

SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN DITETAK KETIKA SEDANG MENGAJI QURAN

Salam Nuzul Quran buat seluruh umat Islam. Sempena hari Al Quran di turunkan, mari kita kenang kembali kisah pembunuhan Saidina Uthman Bin Affan sebelum tercetusnya Perang Siffin iaitu pertempuran tentera Muawiyah bin Abu Sufyan dan Saidina Ali bin Abi Talib di tebing Sungai Furat yang kini terletak di Syria (Syam)

Saidina Uthman Bin Affan telah mati syahid semasa membaca Al-Qur’an. 3 pimpinan Khawarij masuk di mana Ghafiqi telah memukul Sayyidina Uthman dengan besi dan menyepak al-Quran yang dibaca olehnya. Al-Quran itu terus terbuka dan tetap berada di tangan Sayyidina Uthman sehingga darah yang mengalir dari muka Sayyidina Uthman terkena ayat 137 surah Al-Baqarah yang berbunyi:


………….فسيكفيكهم الله وهو السميع العليم
Maksudnya :


Maka cukuplah Allah bagi kamu daripada kejahatan mereka dan Dialah Tuhan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui


Kemudian datang pula Sudan lalu dilibas pedangnya ke arah Sayyidina Uthman tetapi isterinya Nailah menahannya sehingga pedang itu telah memutuskan jari isteri Sayyidina Uthman itu.


Sudan yang hilang peri kemanusian terus menetak Sayyidina Uthman beberapa kali sehingga beliau gugur syahid. 2 anak Sayyidina Uthman iaitu Najih dan Sobih turut gugur syahid dibunuh ketika membunuh pembunuh ayah mereka. Kewafatan Sayyidina Uthman sebelum Maghrib hari Jumaat 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah dalam usia 83 tahun.


Jasad enam orang termasuk jenazah Sayyidina Uthman dituntut daripada pemberontak pada malam tersebut manakala 3 mayat pemberontak pula dibuang di dalam kebun sehingga dimakan oleh anjing.


Para muslimin begitu sedih dengan kewafatan Sayyidina Uthman dan para sahabat melaknat para pemberontak yang melakukan kekacauan dan pembunuhan kejam itu.


Saidina Uthman adalah antara yang terawal memeluk Islam selepas Abu Bakar as-Sidiq dan tergolong sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga.


Antara jasa khalifah Uthman yang besar ialah penyusunan semula al-Quran dengan sebutan lahjah Arab Quraisy. Al-Quran inilah yang digunakan hingga ke hari ini yang dikenali sebagai Mashaf Uthmani.


Sepanjang pemerintahannya dari tahun pertama hingga keenam, banyak kejayaan diraih. Empayar Islam berkembang hingga ke Iran, Afghanistan, Afrika Utara, Pulau Cyprus, Pulau Rhodes, Samarqand, Libya, Algeria, Tunia, Maghribi dan Eropah.


====================================================


KRONOLOGI PEMBUNUHAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN


Pertemuan terakhir Sayyidina Uthman dengan para muslimin ialah seminggu selepas bermulanya kepungan di mana beliau menyeru agar mereka bersabar. Selepas itu Sayyidina Uthman terus terkepung di dalam rumahnya sehingga keputusan air.


Ketika Sayyidina Ali dan isteri nabi Ummu Habibah meminta kebenaran daripada pemberontak untuk memberi air kepada Sayyidina Uthman maka ia ditolak mentah-mentah oleh pemberontak



Pemberontak Khawarij memulakan tindakan seterusnya selepas 30 hari membuat kepungan terhadap Sayyidina Uthman terutama mereka bimbang tibanya bantuan tentera muslimin.


Serangan awal mereka ialah dengan membakar pintu dan atap rumah Sayyidina Uthman di mana beberapa orang yang berada dalam rumah itu berusaha memadamkan api sedangkan Sayyidina Uthman sedang sembahyang.


Para muslimin yang bertindak mengawal rumah Sayyidina Uthman mula bertempur dengan pemberontak di mana 2 orang muslimin gugur syahid iaitu Mughirah dan Aslami. Melihat perkara itu lalu Sayyidina Uthman memerintahkan semua yang bertindak mengawalnya agar pulang ke rumah masing-masing. Para muslimin akur dengar perintah khalifah tersebut.


Akhirnya tibalah hari Jumaat 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah yang merupakan hari terakhir bagi kehidupan dunia Sayyidina Uthman iaitu hari ke 40 daripada kepungan itu. Beliau yakin telah tibanya hari ajalnya lalu berpuasa dan banyak membaca al-Quran agar beliau mati syahid dalam keadaan berpuasa dan membaca al-Quran.


Pemberontak meminta agar 3 orang daripada kalangan mereka untuk masuk membunuh Sayyidina Uthman secara bergilir tetapi ketiga-tiganya keluar dari rumah khalifah tanpa membunuhnya apabila mendengar nasihat Sayyidina Uthman antaranya bahawa mereka bertiga merupakan antara orang yang pernah didoakan oleh Rasulullah s.a.w dan mereka bukanlah pembunuhnya.


Selepas itu 3 pimpinan Khawarij masuk di mana Ghafiqi telah memukul Sayyidina Uthman dengan besi dan menyepak al-Quran yang dibaca olehnya. Al-Quran itu terus terbuka dan tetap berada di tangan Sayyidina Uthman sehingga darah yang mengalir dari muka Sayyidina Uthman terkena ayat 137 Surah Al-Baqarah.


(Gambar) Kesan darah yang mengalir dari muka Sayyidina Uthman terkena ayat 137 surah Al-Baqarah


blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment