28 July 2015

Nasi Mandhy

Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
Alaskan/balutkan bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut.
Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
Panaskan minyak, masukkan rempah tumis
Panaskan minyak, masukkan rempah tumis
Bila nasi kering, buat lubang ditengah nasi dan letakkan aluminium foil/ mangkuk berisikan 1 sudu minyak masak dan seketul arang yang telah dibakar.
Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, gemburkan nasi dan masak nasi sehingga masak.
Sangai bahan-bahan sehingga naik bau dan angkat.
Kisar semua bahan sehingga hancur, simpan dalam bekas kering.
share dari link fb ~ Delihayat Kitchen 

Nasi Mandhy
Saya belanja lagi satu resepi Nasi.. ya lah.. nanti pilih jer lah nak masak yang mana satu.. Nasi Mandhy, Biryani Pakistan atau pun Nasi Pulao.
Nasi Mandhy, erupakan masakan dari Timur Tengah. Resepi ni saya belajar dari kawan.., yang dulu bekerja sebagai jururawat di Arab. Penyediaannya tidaklah begitu remeh seperti nak masak Biryani Gam Pakistan. Apakata kita lihat bahan-bahan dan bagaimana nak menyediakannya.
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam - belah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil Rempah Kabsa (rempah ni saya buat banyak-banyak dan simpan)
2 biji bawang besar - dihiris bulat
2 biji lemon - dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.
Cara penyediaan ayam:
Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
Alaskan/balutkan bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
Ayam yang dipanggang dalam aluminium foil akan mengeluarkan air, gambar atas ni ayam yang sudah dipanggang dan kelihatan air ayam tu. Keluarkan air ayam tu untuk digunakan dalam nasi nanti.
Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Dalam minit ke 50, buka aluminium foil dan keluarkan air ayam tersebut dan bakar lagi selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit kekuningan/garing. Air dari ayam tadi, dicampurkan dengan pewarna kuning/ saffron sebelum dimasukkan ke dalam nasi.
Bahan Nasi:
4 cawan beras basmathi (saya gunakan Beras Pusa 1121) - rendam 20 minit dan toskan.
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar - hiris halus
3 ulas bawang putih - hiris halus
1 inci halia - hiris jejari halus
1/3 cawan kismis
Rempah tumis (kayu manis, kuntum bunga lawang, biji buah pelaga, kuntum bunga cengkih)
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
Panaskan minyak, masukkan rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan naik baunya. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan air, biar mendidih. Masukkan beras, dan masak seperti biasa.
Bila nasi kering, buat lubang ditengah nasi dan letakkan aluminium foil/ mangkuk berisikan 1 sudu minyak masak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 5-10 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi. Alaskan periuk dengan tudung periuk lain untuk mengelakkan nasi menjadi hangit.., gunakan api perlahan.
Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, gemburkan nasi dan masak nasi sehingga masak.
Sos:
1 biji tomato (dadu)
5 biji cili besar hijau (dadu)
1 tangkai batang daun ketumbar (potong kecil)
Garam
Gula
Perahan lemon.
Cara penyediaan:
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, gunakan mode pulse sahaja (untuk elakkan dari terlalu hancur) atau kalau tak nak blend, semua bahan didadu kecil sdikit. Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato dan daun ketumbar.
Bahan Rempah Kabsa:
1 sudu makan bunga cengkih*
1 sudu makan lada hitam*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih*
2 sudu makan biji ketumbar*
1 sudu makan buah pelaga*
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods)*
1 sudu makan serbuk cili/ 3 tangkai lada kering
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
Cara penyediaan Rempah Kabsa:
Sangai bahan-bahan yang bertanda * sehingga naik bau dan angkat.
Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment