04 June 2015

Soya Bean Curd

 






share dari link fb ~ Alinah Binte Ali added 8 new photos — with Rubiah Awang.
Soya Bean Curd

◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
Monday - 01•06•2015

Bahan (A) :

300 Gram Kacang Soya Direndam Semalaman Atau Sekurang - Kurangnya 5 Jam.

12 Cawan Air
Bahan (B) :

45 Gram Tepung Jagung
1 Sudu Teh Rata Gluco Delta Lactone (Gdl)
1/2 Cawan Air Panas Mendidih

Cara Nya :

Kisar Bahan (A) Sehingga Halus Kemudian Ditapis Dengan Muslin Cloth Atau Very Fine Sieve. Pastikan Sehingga Tiada Lagi Titisan Air, Cuma Tinggal Husk (Hampas Soya) Nya Sahaja. Hampas Soya Diketepikan Dahulu.

Kemudian Masak Sehingga Mendidih Dan Matikan Api. Bacuh Bahan (B) Sehingga Rata Dan Masukkan Kedalam Periuk Nasi Elektrik Dengan Ukuran Setinggi 2 Ft. Setelah Itu Terus Tuangkan Air Soya Yang Masih Panas Tadi Kedalam Periuk.
Biarkan Jangan Dikacau. Gunakan Sudu Dan Scoop Lebihan Bubble Dengan Segera. Kemudian Tutup Periuk Dengan Tuala Yang Lebih Besar Dari Permukaan Periuk Dan Tutup Dengan Tudung Periuk Elektrik Tersebut. Biarkan Selama 1 Jam.

Hidangkan Dengan Sirap Gula Putih Atau Sirap Gula Melaka.

Bahan Nya : Sirap Gula Putih

3 Helai Daun Pandan
3 Hirisan Halia (Jika Suka - Cara China) 
2 Cawan Gula Pasir
1 + 1/4 Cawan Air

●Masak Sehingga Larut●
Bahan Nya : Sirap Gula Melaka

250 Ml Air
200 Gram Gula Melaka
40 Gram Gula Pasir
2 Helai Daun Pandan

●Masak Sehingga Larut Dan Ditapis●
..............................................................................................................
Soya Milk

◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆

Bahan (A) : Dikisar Halus Dan Ditapis

6 Cawan Air
Husk - Hampas Soya

Bahan (B) :

1 Helai Daun Pandan
1/4 Cawan Gula Pasir

Cara Nya :

Campurkan (A) & (B) Kemudian Dimasak Sehingga Mendidih. Hidangkan Ketika Panas Atau Sejuk.

Selamat Mencuba Dan Salam Mesra.


blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment