Album ini memuatkan resepi-resepi berpantang yang boleh dicuba semasa mommies berpantang nanti.
'Simple' dan mudah dimasak. Encik suami pun boleh tolong masakkan tau. (Tiada alasan untuk suami tak tolong masakkan lagi kan)
Semasa pantang bukan semua makanan boleh diambil. Mommies kene jaga diri elok-elok.
So, share siap-siap kat wall mommies. Walaupun lama lagi nak mengandung tapi persediaan awal tu perlu kan.
smile emoticon
* Share kat wall untuk rujukan sendiri
* Selamat berpantang mommies
smile emoticon
Luv,
Happy Mommy | Happy Family
Resepi Berpantang : Ikan Haruan Masak Lada Hitam
----------
Bahan-bahan:
Seekor ikan haruan yang telah dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan lendir dan dipotong kepingan.
1 inci halia dihiris nipis
3 ulas bawang kecil dimayang
2 ulas bawang putih diketuk
1 keping asam keping
1 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
Air
Garam
Cara memasak:
Didihkan semua bahan masakan kecuali ikan. Setelah air mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. Biarkan ia merenih sehingga ikan masak dan ramuannya mesra. Perasakan dengan garam dan hidangkan.
* Ikan haruan yang mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak penting membantu dalam proses penyembuhan luka luar dan dalam menjadi hidangan utama bagi ibu selepas bersalin. Ikan ini biasa dimakan pada peringkat awal lepas bersalin. Luka bersalin biasanya sembuh dalam tempoh 2 minggu.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Sup Daging
-------------------------- ------------------
Bahan rebusan:
Semangkuk daging dipotong kepingan
1 inci halia diketuk
2 ulas bawang putih diketuk
1 batang serai diketuk
1/2 biji bawang kuning Holang didadu besar
Sebatang kulit kayu manis
Sesudu teh ketumbar
Sesudu teh biji lada hitam
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Sekuntum bunga lawang
Bahan tumisan:
Sekeping halia dihiris memanjang
2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang kecil dimayang
Sesudu teh ketumbar
Bahan lain:
Lobak merah dipotong baji
Tomato di belah 4
Garam
Lada hitam ditumbuk
Hirisan daun bawang dan daun sup
Cara memasak:
Rebus bahan rebusan hingga daging empuk. Tumis bahan tumisan sehingga kekuningan dan masukkan ke dalam rebusan daging. Masukkan lobak dan masak sehingga lobak empuk. Masukkan tomato, daun sup dan daun bawang dan biarkan merenih seketika. Perasakan dengan lada hitam dan garam sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber Resepi: http://bit.ly/ ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Ikan Haruan Bakar
-------------------------- -------------------------- -
Bahan-bahan :
Sekeping halia
Setengah inci kunyit hidup
Garam
Kicap manis
Bawang kecil dimayang halus
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Ikan haruan
Asam jawa / asam keping / asam limau
Cara memasak:
Cuci ikan haruan dengan air asam sehingga hilang lendir dan bersihkan dengan air. Toskan ikan yang telah dicuci dan kelar sedikit jika perlu. Tumbuk halia, kunyit dan garam sehingga lumat dan lumurkan pada ikan. Bakar ikan dengan api sederhana sehingga masak. Lebih harum jika dibungkus dengan daun kunyit sewaktu membakar. Setelah masak, hidangkan dengan kicap manis yang diperasakan dengan bawang kecil dan lada hitam.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Sambal Ikan Bilis Berkunyit
-------------------------- -------------------------- ------------
Bahan-bahan:
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam
Semangkuk ikan bilis
Minyak masak
Cara memasak:
Tumbuk atau kisar kering semua bahan. Panaskan minyak masak dan tumis bahan masakan sehingga garing dan hidangkan.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ ResepiBerpantang1
-------------------------- -------------------------- -------
Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri
1 inci halia dipotong kepingan
1 inci kunyit hidup dipotong kepingan
2 ulas bawang kecil dimayang
2 ulas bawang putih diketuk
1 keping asam keping
Garam
Air
Cara memasak:
Rebus kesemua bahan kecuali ikan sehingga air mendidih dan naik bau. Masukkan ikan dan garam. Biarkan merenih sehingga ikan masak dan hidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber Resepi: http://bit.ly/ ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Sawi Bok Choy / Kailan Kuah Sos Tiram
-----------------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan:
Sawi bok choy / kailan / baby kailan secukupnya
Seulas bawang putih dititil dan dihiris
Lada sulah
Garam
Air
Minyak untuk menumis - gunakan minyak bijan jika mahu lebih berperisa.
Sesudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air - tak letak pun tak apa
Sos tiram
Cara memasak:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingha kekuningan. Masukkan air dan biarkan ia merenih seketika. Jika menggunakan minyak bijan, tumiskan bawang sekejap sahaja dan masukkan air segera untuk mengelakkan minyak bijan hangit dan berubah rasa. Masukkan sayuran dan perasakan dengan garam, lada sulah dan sos tiram. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau. Biarkan kuah merenih seketika dan hidangkan.
* Sawi adalah sayur pilihan masyarakat India bagi wanita yang baru bersalin kerana dipercayai dapat membuang angin menurut Majalah Pa & Ma.
Selamat mencuba!
Sumber Resepi: http://bit.ly/ ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Ayam Panggang Bermadu
-------------------------- -------------------------- -----------
Bahan-bahan :
Paha dan kepak ayam - sebaiknya tidak dibuang kulit supaya isi ayam tidak hangit dan kekal lembap selepas dipanggang
Seinci halia ditumbuk halus
Seinci kunyit hidup ditumbuk halus
Sesudu besar lada hitam ditumbuk kasar
Sesudu besar sos tiram
Sesudu besar madu
Sesudu besar kicap manis
Garam
Sedikit majerin
Cara memasak:
Cucuk isi ayam dengan garfu bagi membolehkan perapan meresap ke dalam isi ayam. Perap isi ayam dengan semua bahan kecuali marjerin selama sekurang-kurangnya 1 jam. Panaskan kuali pemanggang dan leserkan sedikit marjerin sebelum memanggang. Panggang ayam sehingga ayam masak. Hidangkan.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ ResepiBerpantang1
--------
Bahan-bahan:
Ikan bawal dikelar sedikit
1 cm halia dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang kecil dihiris
Sebiji tomato dipotong kepingan
Sesudu besar sos ikan
Sekotak kecil kismis
Segenggam hirisan daun ketumbar
Air
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang kecil dan halia sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan sedikit air sekadar cukup untuk tenggelamkan 3/4 ikan. Masukkan sos ikan, tomato, daun ketumbar dan kismis. Biarkan mendidih. Setelah mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. Tutup periuk dan biarkan merenih sehingga ikan masak. Sesekali siramkan kuah ke atas ikan. Hidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber Resepi: http://bit.ly/ ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Kari Ikan Tenggiri Tanpa Santan Berhalba
----------------------
----------------------
----------------------
----------------
Bahan-bahan:
Sekeping ikan tenggiri
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
2 ulas bawang kecil
Seulas bawang putih
Sebatang kulit kayu manis
Sekuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Setangkai daun kari
1 sudu teh halba
Asam jawa - saya guna 1 sudu teh pes asam jawa Adabi
2 sudu besar rempah kari ikan - dibancuh dengan sedikit air
Air
Garam
Minyak masak
Cara memasak:
Tumbuk/kisar halia, kunyit, bawang kecil dan bawang putih sehingga hancur. Tumis bahan kisar, bancuhan rempah kari dan rempah ratus lain sehingga naik bau bersama-sama daun kari. Setelah rempah naik minyak, masukkan air dan asam jawa. Setelah mendidih, masukkan ikan dan biarkan merenih sehingga ikan masak. Perasakan dengan garam. Biarkan merenih seketika dan hidangkan.
* Sebagaimana kunyit dan halia, halba juga dapat membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Ikan Bawal Kukus Asam Jawa
-------------------------- -------------------------- ----------------
Bahan - bahan :
Ikan bawal dikelar sedikit
Dua keping halia dihiris
Sekeping kunyit hidup dihiris
Asam jawa - saya guna 1 sudu teh pes asam jawa Adabi
Lada hitam ditumbuk
Garam
Cara memasak :
Lumurkan kesemua bahan pada ikan dan kukus ikan sehingga masak. Hidangkan.
* Halia dan kunyit adalah antara bahan masakan yang mampu membantu pemulihan badan selepas bersalin. Keduanya juga dikatakan boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. Halia dapat merawat masalah kembung perut, mengeluarkan angin dalam usus selain membantu penghadaman makanan. Kunyit pula dikatakan boleh membersihkan dan mengecutkan rahim wanita.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Sup Dua Lobak Bersusun
-------------------------- -------------------------- ------
Bahan-bahan:
2 inci lobak putih dihiris
1 inci lobak merah dihiris
Seulas bawang merah dihiris
Seulas bawang putih dihiris
Hirisan cili merah
Sedikit ikan bilis dicincang kasar
Sedikit suun dan fucuk - direndam sehingga lembut
Garam
Lada sulah
Air
Minyak masak
Cara memasak :
Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, ikan bilis, bawang putih dan cili merah sehingga keperangan. Masukkan air dan masukkan lobak merah serta lobak putih. Biarkan merenih dan masukkan suun dan fucuk. Biarkan merenih seketika dan perasakan dengan lada sulah dan garam. Hidangkan.
* Lobak putih, lobak merah dan ubi bit dikatakan mempunyai keupayaan untuk meningkatkan pengeluaran susu berdasarkan kepada MOBI Motherhood International, sebuah organisasi sokongan penyusuan ibu. Lobak putih juga dikatakan mampu memperbaiki sistem penghadaman dan melawaskan kencing.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Sup Ayam Berempah
-------------------------- -------------------------- -----
Bahan-bahan:
2 ketul ayam
Sekeping halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang kecil dihiris
Sebatang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Sekuntum bunga lawang
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Sesudu teh biji ketumbar
Sedikit lobak merah didadu
Hirisan daun bawang dan daun sup
Sesudu besar rempah kurma dicampur sedikit air
Air
Garam
Minyak masak
Cara memasak:
Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis halia, bawang kecil, bawang putih dan kesemua rempah sehingga kekuningan. Masukkan rempah kurma dan kacau seketika. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga rempah sebati dengan isi ayam. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan lobak merah dan biarkan merenih sehingga lobak empuk. Perasakan dengan lada hitam dan garam. Masukkan daun sup dan daun bawang. Biarkan merenih seketika dan hidangkan.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Daging Rebus Asam
-------------------------- -------------------------- ---
Bahan-bahan:
Semangkuk daging yang dipotong kepingan
Setengah inci halia
Setengah inci lengkuas
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
Sesudu teh ketumbar ditumbuk kasar
Sekeping asam keping
Garam
Air
Cara-cara:
Tumbuk halia, lengkuas, bawang putih dan bawang kecil hingga lumat. Kemudian, rebus daging bersama bahan-bahan yang ditumbuk bersama ketumbar sehingga daging empuk. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam. Biarkan merenih seketika sebelum dihidangkan.
* Asam keping bagus untuk melancarkan sistem penghadaman serta membantu mengempiskan perut selepas bersalin. Hidangan ini tidak berlemak.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Bawal Stim Lada Hitam
-------------------------- -------------------------- -----
Bahan-bahan:
Ikan bawal - seekor dan dikelar
Sesudu besar sos tiram
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Garam
Setengah inci halia dihiris
Seulas bawang putih dihiris
Sedikit hirisan bawang kuning Holland
Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
Cara memasak:
Gaulkan semua bahan dan lumurkan ikan.dengan bahan-bahan. Masukkan bahan-bahan ke dalam bekas untuk mengukus. Kukus ikan sehingga masak dan hidangkan.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ ResepiBerpantang1
-------------------------- -------------------------- -------------
Bahan-bahan :
2 batang sawi putih
Hirisan cili merah
Hirisan bawang kuning Holland
Ikan bilis dicincang kasar
Kicap manis
Lada sulah
Garam
Sedikit minyak masak
Air
Cara memasak:
Panaskan minyak masak dan tumis ikan bilis, cili merah dan bawang. Setelah naik bau, masukkan sedikit air dan batang sawi yang telah dipotong. Kacau rata dan masukkan daun sawi. Perasakan dengan garam, lada sulah dan kicap manis. Kacau seketika sehingga sawi sedikit layu dan tuang ke dalam mangkuk hidangan. Sayur tidak perlu dimasak terlalu lama untuk mengekalkan khasiatnya. Kuahnya yang panas akan meneruskan proses memasak. Selamat mencuba!
Sumber Resepi: http://bit.ly/ ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Ikan Merah Goreng Masam Manis
-------------------------- -------------------------- -----------------
Bahan perapan:
1 sudu teh halia disagat halus
1 sudu teh kicap manis
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh pes asam jawa Adabi
Garam
Gula
Sekeping ikan merah
Bahan gorengan:
1 inci halia dihiris memanjang
2 ulas bawang putih dihiris
Minyak masak
Cara memasak:
Perap semua bahan perapan selama 30 minit. Jika gunakan ayam atau daging, perap lebih lama. Panaskan sedikit minyak dan masak ikan sehingga masak. Keluarkan ikan dan goreng hirisan halia dan bawang putih. Tabur gorengan halia dan bawang putih ke atas ikan sebelum menghidang.
Ikan goreng ini punya rasa masam dan manis yang unik dan menyelerakan. Asam jawa yang mengandungi flavonoid bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Pengeluaran peluh adalah salah satu cara mengeluarkan toksin dari.tubuh.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Nasi Ulam Ringkas
------------------ -----------------
-----
-----
-----
Bahan-bahan:
Semangkuk nasi
Ulaman yg dihiris halus secukupnya
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
Sebatang serai dihiris bahagian yang putih sahaja
2 ulas bawang kecil dimayang
1 sudu besar lada hitam
Segenggam ikan bilis digoreng tanpa minyak
2 sudu besar santan pekat dipanaskan sehingga pekat
Cara penyediaan:
Tumbuk halia, kunyit hidup, lengkuas, serai, ikan bilis dan lada hitam sehingga lumat. Kemudian, gabungkan bahan yang ditumbuk dengan nasi dan ulaman serta hirisan bawang. Hidangkan dan nikmati semasa masih segar.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ ResepiBerpantang1
Resepi Berpantang : Teh Halia
-----
-----
-----
-----
-----
-----
-----
-----
Rebus seinci halia dengan 3 cawan air dan renih sehingga air hampir kering separuh.
Maniskan dengan sedikit gula melaka cukup sekadar manis buah. Enak diminum suam.
Selain mampu mengurangkan angin, halia juga dikatakan dapat memperbaiki sistem penghadaman dan meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu.
Tidak hairanlah halia banyak digunakan sebahagian bahan masakan utama dalam menu ibu berpantang.
Sumber Resepi: http://bit.ly/ ResepiBerpantang1.
Resepi Berpantang : Kerabu Pegaga Kering
-----
-----
-----
-----
-----
-----
-----
-----
--
-----
-----
-