22 June 2015

Kisah bau KASTURI dan ZINA.

share dari link fb ~ Norhayati Ahmad

Kisah bau KASTURI dan ZINA.

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh
yang tegap dan rupa yang tampan.
Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya
untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu
terus mengunci pintu. 

Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin
bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap
lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain:
“Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh
masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.
”Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta
izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri.

Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa
takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.
Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. 

Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan
diriku dengan najis dunia yang busuk
ini.”Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia
melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia
terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke
arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid
mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi
itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..Dikatakan
bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud
Pemuda Kasturi.

....Ingatlah, apabila seseorang
melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu,
apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda
walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya.

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita?
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. 

Lelaki yang cantik adalah:-
.
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata
untuk ingatan.
.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah
menerima racun.
.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
.
5) Lelaki yang baik sangka.
.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
.
Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi
Muhammad adalah kecantikan yang sempurna
seorang lelaki…
.
Dan dimana Kegagahan Wanita?
.
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. 

Perempuan yang gagah adalah:-)
.
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah
kehilangan.
.
2) Perempuan yang tidak takut pada
kemiskinan.
.
3) Perempuan yang tabah menanggung
kerinduan setelah ditinggalkan.
.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar
di penuhi segala keinginan.
.
Kegagahan perempuan berdiri di
atas teguh iman.
.
Seluruh kegagahan yang ada pada Saidatina
Khadijah
adalah kegagahan sempurna bagi seorang
perempuan.

Waullahualam

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment