01 June 2015

Malam nisfu Syaban : Daripada Sheikh Abdullah Al-Jehaf.

share dari link fb ~~ Raudhatul Muhibbin

Malam nisfu Syaban; "Perlulah kita ketahui di dalam bulan Sya’ban ada satu malam yang diberikan keistimewaan dan keberkatan iaitu malam Nisfu Sya’ban. Daripada Saidina Muaz bin Jabal r.a, bersabda Baginda Rasulullah ﷺ yang maksudnya; "Pada malam nisfu sya’ban akan diturunkan Allah سبحانه وتعالى akan Rahmat-Nya dan para malaikatnya maka mengampuni akan dosa-dosa hamba-Nya."

"Daripada Saidina Ali r.a, Baginda Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya; "Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya."

"Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى menurunkan rahmat-Nya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata; "Barangsiapa yang meminta rezeki Aku beri, siapa meminta keselamatan Aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan Aku kabulkan sampai terbit fajar."

"Dari Imam Al-Baihaqi dengan sanad-sanadnya daripada Saidatina Aisyah ra. bahawa Rasulullah ﷺ bersabda bermaksud; “Malaikat Jibril telah mendatangi aku dan berkata, Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan api neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb merentasi satu tempat selama sebulan."

"Pada malam itu, Allah سبحانه وتعالى tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba kaki batu api, pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak."

"Rasulullah ﷺ menganjurkan kepada umatnya untuk mengisi malam tersebut dengan solat malam, puasa pada esok harinya dan juga dengan memperbanyak membaca Al-Quran, berselawat, zikir, wirid serta mengingat mati." 

"Membaca surah yasin 3 kali pada malam nisfu Sya’ban dengan ikhlas dan benar adalah amal perbuatan yang baik dan yang membacanya akan mendapatkan pahala dari Allah سبحانه وتعالى."

"Tidak seseorang itu membaca yasin melainkan Allah سبحانه وتعالى menunaikan hajatnya umurnya, rezekinya dan mati dalam husnul khatimah. Namun syaitan akan menyebar fitnah untuk menjauhkan orang-orang daripada menghidupkan malam nisfu sya’ban dengan mengatakan tiada ibadah khusus seperti membaca yasin sebanyak tiga kali pada malam tersebut."

"Rasulullah ﷺ juga bersabda maksudny; "Di akhir zaman ramai ulama suk." Mafhumnya, Pada akhir zaman, akan terbit ulama yang hasad dengki. Kalau ada ulama yang memperjuangkan yang benar dan yang hak, ulama akhir zaman akan merasa hasad dan dengki terutama jika ulama yang hak itu ada pengikut dan mendapat perhatian dan sokongan masyarakat."

"Mereka takut pengaruh mereka hilang dan akan memburuk-burukkan perjuangan ulama yang hak itu di media-media massa. Mereka akan meminta kerajaan supaya mengharamkan atau membataskan kegiatan ulama yang hak itu. Maka hendaklah berhati-hati dengan ulama suk yang banyak mengeluarkan fitnah terhadap habaib dan ulama-ulama ahlus sunnah wa jammah."

Daripada Sheikh Abdullah Al-Jehaf. 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment