24 June 2015

Resepi Kek Lapis Asam Manis



share dari link fb ~ Tahrunnisah Jali  
Resepi Kek Lapis Asam Manis
dicuba oleh : Tahrunnisah Jali
bahan-bahan : loyang 8" x 8" atau 9" x 9"
10 biji telur A
200 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
100 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak)
450 g mentega berkualiti 
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
150 g gula kastor 
300 g susu pekat manis
haw slice/ hawflake secukupnya
pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)
cara-cara :
1. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang. 
2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
4. Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung 
hongkong/superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar 
lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati. 
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, ungu dan kuning.
6. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180-200C atau mengikut kepanasan 
suhu oven masing-masing. Sediakan loyang yang telah disapu mentega dan
dialaskan dengan kertas minyak/baking paper. 
7. Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut 
citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 7 sudu makan adunan).
8. Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya 
menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau 
hingga keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 10 
minit lagi supaya kek masak sempurna)
Nota :
***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust 
sendiri.
***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.
***sukatan gula mengikut citarasa
***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Anchor dsbnya
***sekiranya tak nak guna tepung gandum/hongkong, boleh guna tepung biskut 
marie sepenuhnya.
***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya. 
***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama. 
***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan 
permukaannya dgn jem atau mentega. 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment