24 June 2015

‎~*~ Amalan Payung Rasulullah (Laqad Jaakum) (Post yang lama 3/9/2012 ~ ayat tulisan tu hilang saya masukkan lagi sekali - dgn dari You tube)

‎~*~ Amalan Payung Rasulullah ( laqad Jaakum ) 


~*~ share dari -- Syarifah Rokiah Alkhired ‎~*~ Amalan Payung Rasulullah   
( laqad Jaakum ) 

~*~ Ayat ini daripada Surah-At-Taubah-ayat-128-129 Amalan Payung Rasulullah (laqad Jaakum) 
Barangsiapa yg membaca ayat ini dengan izin Allah maka tidak lah ia binasa oleh senjata tajam dan mati kecuali terlupa membacanya atau telah tiba ajalnya..hendaklah diamalkan bacaannya sebanyak 3x,9x,11x atau dlm bilangan ganjil..
sesudah solat "Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAalaykum bialmumineena raoofun raheemun Fain tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huwa AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAatheemi" 

Surah At-Taubah : 128 : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman. 

129 : Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar." Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah 

1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali. 

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat. 

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah. 

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.






blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment