karipap pusing ku..bukan kata inti yang sedap... kulit karipap pun sangat rangup..sejuk pun still rangup dan tak muak
cheese mozarella yang meleleh2 tertarik2
share dari link fb ~ Tahrunnisah Jali
Assalamualaikum selamat petang saudi arabia.... Karipap Pusing inti chicken mushroom cheese, tomyam cheese dan chicken potato cheese ... siap ada cheese tarik time makan panas2...30 biji la la tu abis... seisi keluarga suka.. takdan nak frozen..mashaallah paling sedap yang pernah saya makan... jazakillahu khairan sis linda Bakers Favourite
Resepi Asal @bakers favourite
Dicuba oleh Tahrunnisah Jali
Resepi Kulit Karipap Pusing
Bahan A
600 gm tepung gandum
50 gm gula
250gm air
1 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tpg jagung
Bahan B
400 gm tepung gandum
250 gm marjerin
Caranya
Campur kan bahan A...
Gaul hingga sebati dan tak melekat di tangan...bg yg ada mixer guna mixer lg senang...
Bulatkan 40g
Bahan B
Gaul sebati sehingga boleh dikepal...jgn terlalu lembut....
Bulatkan 35g
Gelek bahan A...masukkan bahan B di dalam nya dan bulatkan bersama2
Canai kali pertama hingga ketebalan lebih kurang 0.4cm kemudian gulung dan dr arah memanjang canai lg sekali dan gulung lg....
Potong kepada 4 bahagian...canai bentuk bulat dan tekapkan pd acuan karipap...
Letakkan mozarella dan cheddar yg dipotong kecil sedikit atas doh karipap kemudian baru letak inti dan tutup doh serta kelim...
Inti Potato Cheese
500gm kentang
200 gm isi ayam
4 ulas bawang putih potong dadu
4 biji bawang besar potong dadu
2 sudu lada hitam
garam
daun sup
daun bawang
Mozarella
Cheddar Cheese Blok
Sos Putih
Separuh cheddar cheese blok 250gm
Potong dadu...
1 Cwn fresh milk...
Masak double boil...
Bila dah cair...masukkan 1 sudu tepung gandum yg di campur dgn sedikit air....
Caranya
Potong dadu (kentang) rebus hingga lembut
Tumis bwg putih...bila dah kuning, masukkan lada hitam dan garam secukup rasa kemudian ayam dan Tumis hingga masak isinya,
Masukkan bawang besar yg di potong dadu
Masukkan sedikit air jika terlalu kering
Masukkan kentang dan gaul...
Masukkan daun sup dan daun bwg bawang yg di potong halus
Akhir sekali masukkan sos putih...Dan gaul sebati
Inti Mushroom Cheese
40gm cendawan shitake
200gm isi ayam
2 sudu lada hitam
1 sudu kecil garam
6 biji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih di potong dadu
minyak utk menumis
Mozarella Cheese
Cheddar Cheese Blok
Sos Putih
Separuh cheddar cheese blok 250gm
Potong dadu...
1 Cwn fresh milk...
Masak double boil...
Bila dah cair...masukkan 1 sudu tepung gandum yg di campur dgn sedikit air....
caranya
Cendawan blh guna cendawan shitake atau jelly hitam spt di gambar
Rendam dan rebus hingga hilang bau dan potong kecil
Tumis bwg putih...bila dah kuning, masukkan lada hitam dan garam secukup rasa kemudian ayam dan Tumis hingga masak isinya,
Masukkan bawang besar yg di potong dadu
Masukkan sedikit air jika terlalu kering
Masukkan cendawan jelly hitam dan gaul...
Tutup api
Masak sos putih di periuk yg berasingan dan gaul sekali inti di atas
Inti Tomyam Cheese
40gm cendawan shitake
200gm isi ayam
6 biji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih dipotong dadu
4 sudu paste tomyam
4 helai daun limau purut
3 sudu cili kisar
1 biji cili benggala dipotong dadu
1 inci halia
sebelah bunga kantan
sedikit perahan air limau nipis
Mozarella cheese
Cheddar cheese
Sos putih
Separuh cheddar cheese blok 250gm
Potong dadu...
1 Cwn fresh milk...
Masak double boil...
Bila dah cair...masukkan 1 sudu tepung gandum yg di campur dgn sedikit air....
Caranya
Cendawan blh guna cendawan shitake atau jelly hitam spt di gambar
Rendam dan rebus hingga hilang bau dan potong kecil
Utk resepi ni jika mahu lebih Pedas, Tumiskan skali 3 sudu makan cili kisar
Tumis bwg putih dan halia...bila dah kuning, masukkan garam, dan cili kisar, tumis hingga naik minyak kendian tomyam paste,bunga kantan dan daun Limau purut yg dipotong halus tumis hingga naik bau kemudian isi ayam dan Tumis hingga masak isinya,
Masukkan bawang besar yg di potong dadu dan cili benggala
Masukkan sedikit air jika terlalu kering
Masukkan cendawan jelly hitam dan gaul...
Tutup api potong Lima nipis...masukkan perahan Limau nipis
Masak sos putih di periuk yg berasingan dan gaul skali inti di atas
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment