08 June 2015

Pelbagai resipi masakan nasi goreng..

share dari link fb ~ Resepi Masakan BONDA Tersayang added 13 new photos.
~~~~~~PELBAGAI RESEPI MASAKAN NASI GORENG~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PART 1~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nasi Goreng Tomyam
Bahan:
• 2 mangkuk nasi
• 2 biji telor
• 1/2 labu bawang besar - dihiris
• 2 ulas bawang putih-dihiris
• 1 1/2 sudu besar pes tomyam
• Sedikit kobis dan sawi-dipotong2
• 5 biji cili padi - diketuk
• 1- 2 helai daun limau purut - hiris halus
• 1 batang serai-dihiris halus
• 1 sudu besar sos ikan-ni optional
• sedikit hirisan lengkuas
• 10 ekor udang
• Minyak masak secukupnya
• Garam secukup rasa
Cara Memasak:
• Panaskan minyak di dalam kuali Pecahkan telor dan goreng seperti telor hancur hingga masak.
• Masukkan bawang, serai, lengkuas dan cili padi . Goreng hingga wangi.
• Masukkan udang , pes tomyam dan sos ikan. Kacau hingga udang masak.
• Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
• Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan masukan garam secukup rasa.
• Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api dan boleh lah dihidangkan dengan taburan bawang goreng.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NASI GORENG SARDIN
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
* Nak lagi pedas boleh diletak sekali cili api
BAHAN-BAHAN LAIN :
3 cawan nasi
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk tadi , kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan sambal ikan sardin dan hancur-hancurkan ikan sardin tapi tak perlu sampai lumat. Kacau semua bahan kemudian masukkan telur dan kacau lagi , terus la masukkan semua nasi dan kacau mesra semua bahan. Masukkan garam dan kacau nasi goreng ini sampai nasi nampak sedikit kering atau sampai nasi gorang cukup masak .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NASI GORENG CILI API
BAHAN-BAHAN:
8 cawan nasi
1 biji bawang besar-dimayang
1 tin ikan sardin-ambil isi ikan saja dan hancur kasar-kasar
Sedikit kacang buncis-boleh digunakan sayur jenis lain.
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1-2 genggam ikan bilis
15 biji cili api kampung
* kalau nak pedas boleh ditambah cili api lagi-berasap la hehe
CARA MEMASAK :
1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum.
2) Masukkan isi ikan sardin dan kacau semua bahan menjadi rata. Seterusnya masukkan nasi serta sayur bucis dan terus kacau kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semua bahan menjadi mesra dan nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NASI GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
6 cawan nasi
2 cawan isi ikan goreng semalam
2 biji telur
Kicap secukup rasa
BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis ( direndam dahulu )
* kalau nak pedas boleh ditambah cili api
CARA MEMASAK :
1) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum .
2) Masukkan isi ikan goreng serta kacau sekejap kemudian masukkan 2 biji telur dan kacau semua bahan menjadi rata .
3) Masukkan semua nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan kicap secukup rasa dan terus kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NASI GORENG TELUR MATA
Bahan-Bahannya:
1 mangkuk nasi sejuk - diramas-ramas supaya tidak bergumpal
1 biji karot - disagat
Ayam goreng (lebihan semalam) - di cincang
2 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan kicap lemak masin
Sawi - dipotong 1 inci (kali ni saya tak bubuh sebab tak ada dlm stok)
Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
Segenggam ikan bilis
Cara-caranya:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga pecah minyak dan agak kering.
2. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
3. Masukkan ayam goreng, gaul rata.
4. Masukkan sawi dan nasi sejuk. Gaul rata.
5. Masukkan kicap dan karot. Kacau rata. 
6. Bila dah rata, kecilkan api dan kacau nasi goreng sekali-sekala hingga nampak bumbu dan nasi goreng mesra serta berwap asap.
7. Tutup api.
8. Hidangkan bersama telur goreng mata kerbau, hirisan timun dan sambal belacan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NASI MINYAK GORENG
Bahan-bahannya:
Nasi minyak (lebihan semalam) - dikacau-kacau supaya berderai.
1 mangkuk udang (nak letak lebih pun tak apa)
1 mangkuk isi ayam - dipotong dadu
2 pokok sawi - dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar
Garam
Serbuk perasa
Bahan Tumbuk Lumat:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
Cara-caranya:
1. Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga pecah minyak dan agak garing.
2. Masukkan isi ayam dan udang. Kacau rata hingga ayam dan udang masak.
3. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
4. Masukkan sawi dan nasi minyak. Dengan api yang kuat, sentiasa kacau rata. 
5. Bila dah rata, perlahankan api dan kacau sekali-sekali hingga nampak wap asap keluar dari nasi goreng. (Ini supaya segala bumbu mesra dengan nasi goreng dan nasi goreng tak mudah basi).
6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Hiaslah dengan gorengan telur mata kerbau.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nasi Goreng Pattaya
Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi sejuk
1/2 cawan isi ayam dipotong kecil
3 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah ditumbuk kasar
3 biji cili api diketuk
1 urat kacang panjang dihiris halus
1/2 batang karot dipotong halus
3 ekor udang harimau dibersihkan
1/4 kiub ikan bilis Knorr
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 biji telur
garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Panaskan 5 sudu besar minyak di dalam kuali. Goreng isi ayam hingga wangi dan keperangan.
2. Jangan angkat ayam, terus masukkan bawang dan cili padi. Goreng lagi hingga wangi.
3. Masukkan udang dan sayuran. Tambah 1/4 cawan air dan biar mendidih hingga sayur layu.
4. Masukkan 1/4 kiub ikan bilis, garam dan telur. Kacau sedikit. Masukkan telur,biar 1 minit baru dikacau. Masukkan nasi dan serbuk lada putih. Kacau rata nasi.
5. Rasa nasi goreng, jika belum cukup masin, tambahkan garam dan gaul lagi hingga sebati. Tutup api dan sedia dihidang.
6. Jika ingin membuat nasi pattaya, gunakan kaedah sama seperti membuat telur bungkus..Formulanya, 3 biji telur untuk 2 hidangan nasi pattaya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nasi Goreng Nenas
Bahn-bahan:
1 mangkuk nasi putih( 2-3 cawan)
3 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah- tumbuk halus
segenggam ikan bilis, bersihkan dan kisar halus
sedikit isi ayam jika suka
3 biji cili padi akar- ketuk
1 sudu teh sambal belacan-
sekeping bulat nenas (ikut citarasa)- dadu kecil
1 biji telur
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 sudu teh sos tiram
sayuran ikut citarasa seperti kacang panjang, bunga kobis, jagung manis, cendawan tiram- hiris halus
Cara membuatnya:
1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng isi ayam seketika. Masukkan bawang, cili padi dan ikan bilis. Goreng hingga wangi.
2. Masukkan sayuran, sambal belacan, sos tiram, garam dan telur.Tambah sedikit air (1 sudu besar) Masukkan nasi dan kacau rata. Tambah garam jika belum cukup masin. Masukkan nenas dan gaul nasi hingga sebati.
3. Tutup api dan hidangkan panas-panas.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nasi Goreng Ikan Masin
Bahan-bahan:
2 cawan nasi putih sejuk
1/2 cawan isi ayam dipotong dadu
2 potong ikan masin tenggiri
2 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
3 tangkai cili padi diketuk (tambah kalau suka pedas)
1 tangkai cili merah dihiris serong
1 tangkai kailan dipotong 1 sm panjang (Batangnya dihiris nipis)
sedikit lobak merah dihiris halus
2 biji telur
sedikit garam jika perlu, serbuk lada putih secukupnya dan minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
1. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali. Goreng ikan masin hingga separa garing. Angkat dan hancurkan. Ketepikan dulu.
2. Dalam kuali yang sama goreng isi ayam hingga kekuningan dan wangi. Masukkan bawang, cili padi dan cili merah. Tumis hingga wangi.
3. Masukkan 1/4 cawan air rebusan ayam/ kulit udang. Masukkan kailan dan karot. Kacau seketika. Masukkan telur. Kacau sedikit dan terus masukkan nasi.
4. Gaul hingga sekata. Masukkan ikan masin yang telah dihancurkan tadi. Gaul dan rasa. Tambahkan serbuk lada dan garam jika perlu.
5. Kacau nasi hingga sebati dan garing. Tutup api dan sedia dinikmati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NASI GORENG KERABU
Bahan-bahan:
Bawang Merah (Tumbuk) 
Nasi Putih
Isi Ayam
Bunga Kantan
Serai
Timun
Kacang Panjang
Kobis
Telur
Garam
Cara-cara:
1. Tumis bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil2. Goreng hingga ayam empuk.
3. Masukkan telur. Kacau slowly.
4. Masuk plak nasi putih & seterusnya masuk semua sayur-sayuran yang telah dihiris nipis tadi tu. Gaul
seketika. 
5. Taruk garam & gaul rata....pastu rasa la.
6. Siap! Boleh la dimakan panas2..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NASI GORENG BUDU
Bahan:
1 pot beras
seulas bwg putih saiz besar
sebiji bwg merah besar
5 biji cili padi
sebatang serai saiz besar
ikan rebus goreng @ ikan goreng @ ikan kering goreng
sayur mayur is up to you.. guna kacang buncis
budu secukup rasa
sy tak letak garam pon..sebab budu dah masin..
Cara:
tumis bawang, lada, serai sampai naik bau..lagi sedap kalau bwg tu hangit2 sket..campak ikan and sayur..masukkan budu secukup rasa..masukkan nasi..kacau2..try la cukup masin ke tak..and then..SIAP!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NASI GORENG HAILAM
Bahan-bahan nasi goreng:
Nasi putih
2 ulas bawang putih (dicincang)
Kicap secukup rasa
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak.
Masukkan nasi dan goreng rata.
Masukkan kicap dan garam secukup rasa.
Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi.
Ketepikan/ boleh letakkan terus di atas pinggan.
Bahan-bahan kuah hailam:
1/2 kiub ayam
5-6 ekor udang
2 cawan air
1 sd besar tepung jagung ( larutkan dengan sedikit air)
2 sd besar sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sayur-sayuran (kobis, kobis bunga, cendawan butang, tofu dll)
Cara-cara:
Masukkan air ke dalam kuali.
Masukkan kiub ayam. Biarkan air mendidih.
Masukkan udang, serbuk lada hitam, sos tiram.
Bila udang agak masak, masukkan sayuran dan rasakan garam.
Bila sayuran dah start mendidih, masukkan tepung jagung.
Kacau rata sehingga kuah menjadi likat.
Kemudian boleh diangkat dan tuang ke dalam pinggan nasi tadi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NASI GORENG CENDAWAN SEMPOI
Bahan:-
* 3 mangkuk nasi putih
* 1 labu bawang besar - didadu
* 4 ulas bawang putih - cincang
* 200 gm isi ayam - potong kecil-kecil (xda stok, anti daging cincang n sotong)
* 1 sudu besar lada hitam yang telah dikisar
* 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
* 1/2 biji kobis ungu - dihiris halus (xda stok, ganti daun salad n hirisan tomato)
* 1/2 biji capsicum kuning - didadu (xda stok, ganti cili merah di potong halus)
* 1 tin cendawan butang - dibelah 4
* 3 sudu besar kicap cair
* garam secukup rasa
* sedikit minyak utk menggoreng
Cara-Cara:-
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan lada hitam kisar dan serbuk lada sulah. Kacau.
3. Masukkan isi ayam, cendawan dan kicap cair, kacau.
4. Masukkan lada benggala dan juga nasi putih. Kacau rata.
5. Masukkan garam secukup rasa. Kacau semua biar sebati.
6. Bila nasi nampak berasap, masukkan pula kobis ungu. Kacau sekejap, jangan sayur terlalu layu (*sedap rapuh2 camtu). Tutup api.
7. Hidangkan panas-panas dengan sedikit kobis ungu sebagai ulam.
 blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment