Resepi Nasi Ayam (6 orang)
Nasi
3 cawan beras
2 biji bawang besar sederhana saiz
3 ulas bawang putih
halia
daun pandan simpul
bahan penumis (cengkih, kayu manis, bunga lawang)
air rebusan ayam (agak2 utk 3 cawan beras mcm tanak nasi)
1 sudu butter dan sedikit minyak masak untuk menumis
garam
caranya
1. Basuh bersih beras masukkan dlm rice cooker bersama daun pandan
2. Bawang merah, bawang putih dan halia di kisar halus
3. Panaskan kuali masukkan butter dan minyak masak dan masukkan bahan
penumis dahulu dan kemudian baru masuk bahan kisar..Tumis sehingga naik
bau
4. Angkat dan curah kedalam rice cooker tadi.. dan masukkan air rebusan ayam
serta sedikit garam.
5. On rice cooker ..siap masak boleh gembur2 nasi tadi... boleh la tabur ngan daun
bawang dan bawang goreng
Ayam
Seekor ayam di belah 2 @ 4 ..
sedikit halia
2 ulas bawang putih diketuk
air (anggaran air menutupi ayam tadi dan utk dijadikan sup dan diletak dlm beras nanti)
garam
Caranya
1. Rebus ayam bersama halia dan bawang putih diketuk, sedikit garam bersama air
2. Rebus sehingga masak anggaran dalam 20 minit
3. Angkat ayam dan toskan ia...
4. Perap ayam dengan bahan perapan ayam anggaran 20 mnt
5. Goreng ayam tadi dalam minyak yang panas agak2 dah cantik warnanya angkat
serta toskan . siap
Bahan Perapan Ayam
Kicap manis dan sedikit kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
Kuah sup
Lebihan air rebusan ayam tadi setelah dimasukkan separuh dlm beras dan separuh lagi boleh diguna tuk buat sup..boleh tambah dgn air serta masukkan garam, sedikit stok ayam, daun sup ..Rebus hingga mendidih
Sambal sos cili
4 biji lada besar
2 biji cili api
2@1 biji tomato
1 ulas bawang putih
sedikit cuka
gula, garam
Kisar bahan diatas tadi dan masak sekejap
Sambal kicap
Guna balik bahan perapan kicap dan tambah sikit ngan kuah sup.. Masak sekejap
bolehla dihiaskan dengan timun, tomato dan daun salad...
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment