22 November 2013

Resepi lasagna mudah.

share dari link fb ~Kelas Masakan

Resepi lasagna mudah.
Oleh:Khalida Kharudin

Bahan-bahan :
Kepingan lasagna segera (Direbus sekejap dengan sedikit garam, dan minyak masak)
Daging cincang/daging burger (sy guna daging burger Ramly satu peket)
Sos spageti (sy guna setengah botol, jenama Kimball)
Cendawan butang dalam tin
2 sudu sos cili
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano (optional)
Garam gula secukup rasa
Bawang merah dan bawang putih untuk tumis

Bahan-bahan untuk sos keju :
3 sudu mentega/butter
4 sudu tepung gandum 
Keju cheddar (1/3 buku drpd 250gram, selebihnya guna untuk tabur di atas lasagna)
500ml susu segar/campuran susu cair dlm tin dgn air
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1) Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan daging cincang dan masak sebentar. (Guna minyak sedikit sahaja, untuk elak daging jadi terlalu berminyak)
2) Masukkan sos spageti dan sos cili.
3) Masukkan cendawan butang, masak seketika.
4) Perisakan dengan serbuk lada hitam, garam gula, dan oregano. Lepas masak, biarkan suam (untuk elakkan lapisan lasagna jadi terlalu lembik bila diletakkan bersama)
5) Sediakan sos keju, dengan cairkan mentega dan tepung. Kemudian masukkan susu diikuti keju. Kacau, dan masukkan garam. Masak sehingga pekat.
6) Dalam satu bekas, susun acuan daging yang dimasak tadi sehingga padat.
7) Letakkan sos keju di atas lapisan daging, boleh tambah sedikit lada sulah kalau suka. Kemudia diikuti dengan lapisan lasagna yang telah direbus.
Susun lagi acuan daging dan sos keju. Dari resepi ni, boleh buat 2 lapisan, dan disusun dalam bekas yang besar, cukup 8-10 org makan.
9) Akhir sekali, taburkan keju cheddar di atas lapisan lasagna paling atas. Bakar sekejap dalam oven, suhu 190 dalam 15-20 minit sehingga keju cair. 
10) Jika tiada oven, boleh cairkan keju cheddar (dgn teknik double boiler) dan curah perlahan-lahan atas lasagna. Sedap dimakan ketika panas-panas, dgn sos cili. 

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment