11 November 2013

Nasihat buat diri.. [Menyampaikan kebaikan]

share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

Nasihat buat diri..

[Menyampaikan kebaikan]

Jangan sempitkan skop dakwah. Dakwah tidak semestinya perlu berilmu tinggi dan pandai bercakap, tetapi boleh juga dilakukan dalam bentuk :

Dakwah bil hal : menunjukkan akhlak yang baik seperti amanah, jujur dan suka menolong orang.

Dakwah bil mal : menginfakkan harta yang ada kepada orang yang memerlukan tidak kira muslim atau non muslim.

Dakwah bil kitab : Mengedarkan risalah serta mesej yang benar mengenai Islam.

Dan ia tidak terhenti setakat ini sahaja. Kita juga ada dakwah bil internet, iaitu berkongsi mengenai Islam, menjawab salahtanggapan terhadap Islam melalui Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya.

Daripada memberi alasan untuk tidak berdakwah, apa kata kita cipta alasan untuk usaha melakukan dakwah!

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment