15 November 2013

Renungan sejenak:

share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

Renungan sejenak:

Saya sering berdoa,
"Ya Allah ya Tuhanku, Dekatkanlah daku dengan hamba yang mendekatkan diri denganMu. Sisihkan daku dari hamba yang melalaikan dan menjauhkan diri dariMu."

Perasaan bersalah melanda sehinggalah saya terbaca ayat ini.

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia,
mereka berpaling daripadanya sambil berkata:
Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu;
Selamat tinggallah kamu; kami tidak ingin berdamping
dengan orang-orang yang jahil. [Al-Qasas, ayat 55.]

Masya Allah tabarakallah! Ia jawapan dari Allah.

Intipati :

Duhai rakan-rakan.
Itulah juga doa dan ucapan yang paling jelas saya nyatakan kepada mereka yang lalai. Kita menjadi semakin akrab jika sama-sama mahu mendekatkan diri kepadaNya.

Kita terpisah apabila ada antara yang tidak mahu mendekatiNya. Tugas kita hanya menyampai dan mendoakan. Taufiq dan hidayah kurniaan dari Allah Azawajallah.

Usah merasa bersalah jika ada kalangan saudara sendiri yang
mula menjauhkan diri. Kita hanya meminta Allah menjauhkan dari mereka yang melalaikan kita. Jangan sampai kita pula terikut- turut terjebak dengan mereka yang jauh dari Allah. (rujuk surah at-Taharim, ayat 10- kisah Nabi Nuh a.s dan Nabi Lut)

RUMAH KECIL DI JABAL UHUD
[via: Raudzah Roslan]

No comments:

Post a Comment