06 November 2013

Renungan sejenak..[PENGHIJRAHAN..]

share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

Renungan sejenak..

[PENGHIJRAHAN..]

Masa saya di Universiti ramai kawan-kawan yang ajak berniaga suka bertanya kereta apa kau nak pakai? Rumah apa yang kau nak? Negara mana kau nak pergi? Siapa kau nak kahwin?

Setiap kali tahun baru hijrah ini ramai juga tanya apa yang saya nak lagi dalam hidup ini. Semua itu baik. Kita sentiasa ada keinginan. Tiada yang boleh beri apa yang kita inginkan melainkan Allah.

Tapi marilah kita kata, Ya Allah terima kasih atas segala kebaikanMu kepadaku selama ini. Tidak berhenti dan tidak pernah putus.

Orang beriman sentiasa bertanya apa yang saya mahu dalam hidup ini hanyalah Redha Allah. Bila kita dapat redha Allah kita dapat segala-galanya.

Di kalangan sahabat mereka ada keinginan tetapi keinginan mereka paling utama ialah redha Allah dan membawa umat kepada jalan Nabi saw. Di antara mereka ada yang keinginan mereka dikebumikan bersama mereka demi untuk menghidupkan Islam.

Kerana itu di akhirat mereka disambut dengan ucapan salam dari seisi penghuni langit dengan sambutan dan aluan-aluan. Salam sejahtera ke atas kamu kerana berkat kesabaranMu.

Kata syeikh Yusuf Rah..Bila kita susah dan sedih, Allah nak dengar apa kita minta. ....Kata Mufti Zainal Abidin rah jika kita inginkan sesuatu ketika berjuang di jalan Allah. Kita ambil pen dan tulis apa kita nak. Kemudian tumpukan pada kerja agama.

Allah akan beri segera balasan di dunia. Tapi sahabat akan habiskan segalanya lagi untuk agama yakni nikmat yang mereka peroleh kerana mereka inginkan balasan di akhirat dan hanya inginkan Redha Allah dan ingin melihat syurga.

Ya Allah terimalah kami semua semakin tunduk dan menangis di depanMu.

Umar ra menangis bila baca ayat maksudnya, belum tibakah masanya untuk hati kenal dan tunduk kepada Allah....-ebit lew

[Ustaz Ebit Lew]

No comments:

Post a Comment