15 November 2013

Khasiat Peria

share dari link fb ~ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Khasiat Peria

a. Peria adalah sejenis sayuran yang pahit rasanya. Di pasar-pasar kita biasanya dapat melihat 2 jenis peria. Ada yang panjang dengan warna hijau muda dan ada yang kecil saiznya atau digelar ‘peria katak’ yang mempunyai warna hijau tua. Pokok peria mudah didapati di negara-negara beriklim panas dan khatulistiwa seperti India, Indonesia, Sri Lanka, Malaysia dan Filipina.

b. Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Juga untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing. Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potang peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk.

c. Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah diminum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.

d. Jika anda menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa 4 hingga 6 bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.

e. Walaupun peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak.

No comments:

Post a Comment