01 November 2012

"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah".



share dari link sahabat fb ~~Amirul Hanafi Abdullah

Lelaki : Saya nak bagi RM6000 untuk mas kahwin awak
Perempuan : RM6000?. Semurah itukah saya?.

Lelaki : hmmm. RM10,000 ?
Perempuan : Kalau RM10 ribu, rantai leher saya pun sudah RM10 ribu. Kiranya saya ini hanya seperti rantai leher yang akan awak hancurkan bentuknya dan buat lain apabila puas dengan bentuk yg lama?.

Lelaki : Baik, sekiranya begitu. Bagaimana dengan RM20 ribu?
Perempuan : Kereta VIVA saya berharga RM40 ribu. Bermakna saya lebih murah dari kereta VIVA disisi awak.

Lelaki : Bagaimana pula dengan RM50 ribu?
Perempuan : Adakah itu harga saya?. Bangunan KLCC tu pun berharga jutaan ringgit.

Lelaki : Baiklah. Awak letaklah sendiri berapa harga awak. Saya akan bayar!
Perempuan : Diri saya terlalu mahal sehingga awak tak dapat nak miliki dengan wang ringgit. Cukuplah awak bagi RM100 ringgit. Bukan kerana harga saya tapi kerana perintah Agama yang mewajibkan mas kahwin. Nabi juga berpesan untuk permudahkan perkahwinan dan jangan menyukarkannya. Kerana kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada mahar, seperti mana yang dijanjikan Allah. :)

============================================
Rujukan/dalil :

"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ".
( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 ) *tiada nilai khusus*

"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari ) *asalkan ada pemberian*

" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ".
( Riwayat Abu Daud )

" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". 
( Riwayat Ahmad )

akhir kata, moga cepat kahwin. ♥
  Aameen Allahumma Aameen

No comments:

Post a Comment