11 November 2012

7 Cara Memagar Diri Dari Ilmu Hitam (Sihir)

Bismillaahirrohmaanirrohiim...
Assalaamu A`laikum warohmatullaahi wabarokaatuh,
`.¸(¯`.•´¯)¸.•´♥♥´¯`.¸¸.º.¸¸.•´º.¸¸.•´¯`
`.¸(¯`.•´¯)¸.•´♥♥´¯`.¸¸.º.¸¸.•´º.¸¸.•´¯`
.
7 Cara Memagar Diri Dari Ilmu Hitam (Sihir)

SAHABAT DAN ANAK-ANAKKU FILLAAH SEKALIAN...

Di bawah ini dinyatakan cara2 atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal Ilmu Hitam.?  
Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.  

Pagar Pertama (1) - 
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis Tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullaahi Shollallaahu A`laihi Wasallam, yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".  
(HR Al Bukhori)

Pagar Kedua (2) - 
Berwuduk sebelum tidur,
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh ALLAH Subhaanahu Wa Ta`ala, kepada mereka.  

Sabda Rasulullahi Shollallaahu A`laihi Wasallam,: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan 
ALLAH
 akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih d
ahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya ALLAH! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'"  
(HR At Tabraaniy dengan sanad yang baik)

Pagar Ketiga (3) - 
Mengambil berat tentang sholat berjemaah
Mengambil berat tentang sholat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. 
Bersikap sambil lewa terhadap sholat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. 
Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.  
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullahi Shollallaahu A`laihi Wasallam, telah bersabda :  

Maksudnya: *Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan sholat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan sholat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.*
(HR Abu Daud dengan sanad yang baik)

Pagar Keempat (4) -
Mendirikan Sholat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan sholat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya.  
Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersholat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullahi Shollallaahu A`laihi Wasallam, pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah saw pun bersabda: 
Maksudnya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"  
(HR Al Bukhori dan Muslim)

Pagar Kelima (5) - 
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalai sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian ditelah dirasuk oleh syaitan. 
Apabila Rasulullahi Shollallaahu A`laihi Wasallam, mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: "Dengan nama Allaah. Ya  
ALLAH
  Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".  
(Riwayat Al Bukhori dan Muslim)

Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina. 

Pagar Keenam (6) -
Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :  
"Ya  
ALLAH
  aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan Keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya 
ALLAH
 berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya"   
(Riwayat Abu Daud dan menurut Al Albaaniy sanadnya baik)

Pagar Ketujuh (7) - 
Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat Al Kursi dan berzikir kepada Allaah sehingga terlelap

Dalam satu hadits shohih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:  
*Barangsiapa yang membaca ayat-ayat Al Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan 
ALLAH
 manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi*.

WALLAAHUA`LAM...BISSHOWAB...Yang baik semuanya Untuk  
ALLAH
 .. dan mana ada kesalahan dan kesilapan pada tulisan itu adalah dari Sifat Kelemahan saya sendiri sebagai Makhluk-NYA.... Hanya Kepada-NYA lah akan saya memohon Keampunan dengan sepenuhnya.. Insya 
ALLAH
... aamiin...

SILAKAN SHARE BUAT TEMAN-TEMAN SEMOGA BERMANFAAT, INSYA ALLAAH.... AMIIN...

WABILLAAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH, WASSALAAMU A`LAIKUM WAROHMATULLAAHI WABAROKAATUH,

 

No comments:

Post a Comment