23 November 2012

Kek Karamel Pelangi


share dari link fb ~Resepi Bonda

Kek Karamel Pelangi

BAHAN – BAHAN 

BAHAN A (Gula Hangus) 


2 sudu besar gula

CARA-CARA:
Tabur gula ke dalam loyang dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan)

BAHAN B ( Puding Karamel)

1/2 tin susu cair,
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur
CARA - CARA:
kacau semua bahan sampai sebati
Tapis dan tuang adunan ke dalam loyang BAHAN A ( Gula Hangus )

BAHAN C ( KEK )
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 biji kuning telur
1 cawan air
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan minyak masak

CARA - CARA:
Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati.

BAHAN D (Meringue)
6 biji putih telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh cream of tartar

CARA - CARA:
Satukan semua bahan, pukul hingga betul2 kembang (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).

CARA-CARA 
Satukan BAHAN C ke dalam BAHAN D. kacau biar sebati. kacau hanya guna senduk. jangan guna mixer
Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing2.
Sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.
Bakar secara double boil (Letak air panas ke dalam loyang) pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tu.
bakar selama 1 jam, suhu 150 darjah celcius (api bawah sahaja) .
Bila masak, biarkan kek di dalam oven dengan membuka sedikit pintu oven. Kek akan lekang dari loyang.
Terbalikkan kek, biarkan sejuk.Dan simpan dalam peti sejuk

No comments:

Post a Comment