19 November 2012

Kenapa kemenangan umat Islam lambat?

share dari link fb ~Syarifah Fatimah Nur'asyiqin Al-Yahya


Kenapa kemenangan umat Islam lambat?
---------------------------------------------------

Seorang utusan Sayyidina Umar bin Khattab telah datang melaporkan berita gembira di atas kemenangan tentera Islam di dalam sebuah peperangan di zaman itu.

Sayyidina Umar bertanya: Bilakah bermulanya peperangan tersebut?

Tentera Islam menjawab: Sebelum waktu Dhuha.

Sayyidina Umar bertanya lagi: Bilakah pula kalian meraih kemenangan?

Tentera Islam memberitahu: Sebelum Maghrib.

Tiba² Sayyidina Umar menangis sehingga basah janggutnya.

Mereka kehairanan lantas bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kami membawa berita gembira buatmu; berita kemenangan, namun kenapa Tuan menangis?

Sayyidina Umar pun berkata: Demi Allah, sesungguhnya kebatilan tidak akan dapat bertahan apabila berhadapan dengan kebenaran di sepanjang zaman kecuali (ia akan mampu menentang kebenaran) disebabkan dosa yang dilakukan oleh kalian atau dosa yang dilakukan oleh aku.

Beliau menyambung bicaranya: 

Kita adalah umat yang tidak akan menang disebabkan kerana bilangan (yang ramai) & peralatan perang yang lengkap. Akan tetapi kita adalah umat yang akan menang dengan sedikitnya dosa yang kita lakukan & banyaknya dosa yang musuh lakukan. 

Jika sekiranya dosa di antara kita & musuh sama banyak, maka merekalah yang akan memperoleh kemenangan disebabkan bilangan mereka yang ramai & kelengkapan perang mereka yang canggih.

يا رب تُب علينا. . . يا رب العالمين
Wahai Tuhan, ampunilah kami...wahai Tuhan sekalian alam.

~ Diterjemahkan dari status bahasa arab (di ruang komen). Sumber status tidak dapat dikenalpasti. Saya hanya jumpanya dari status seorang kawan fb, saya copy paste & terus terjemahkannya. Oleh itu, wa Allahu a'lam. Apapun isi mesej jelas kebenarannya.
------------------------------------------------

Terdiam baca kisah di atas kan, Allahu Allah =( Semoga kita tidak pernah lupa untuk bertaubat kepada Allah & mudah²an bukan kita asbab umat Islam di dunia masih belum menang, amin T_T.

Sahabat, saudara se-Islam kita di Palestin & Syria tetap terus mara melawan musuh, maka kita di sini akan tetap juga terus tabah berdoa & menghulurkan bantuan. 

Allah sebaik² Penolong, Allahu akbar.

No comments:

Post a Comment