30 July 2015

Nasi Arab

share dari link fb ~ Buku Resepi

Nasi Arab
Oleh:Naimah Md Ludin

LIKE: Buku Resepi


Bahan
*1/2 sudu makan jintan manis
*1/2 sudu makan jintan putih
*1/2 sudu makan bunga cengkih
*1/2 sudu makan lada hitam
* 1 sudu makan biji ketumbar
*1/2 sudu makan buah pelaga
2 1/2 cawan beras basmathi (apa2 jenama pun boleh)
4 cawan air rebusan ayam (boleh guna kiub pati ayam n air biasa kalau xbuat stok ayam)
1/2 sudu besar garam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji buah pelaga
kulit kayu manis
bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi
pewarna kuning & safron (kalau xdak ganti ngan serbuk kunyit bancuh ngan air)

cara:
-semua bahan bertanda * cuci bersih (guna penapis teh)
-goreng tanpa minyak semua bahan * kemudian bland kering -sampai hampir jadi serbuk
-cuci bersih beras basmathi dan rendam 1/2 jam atau 1 jam
-panaskan minyak sapi dalam periuk magic vantage,masukkan kayu manis,buah pelaga n bunga lawang.
-kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yg dihiris nipis(nak tumbuk/bland pun boleh)
-bila dah kekuningan, masukkan serbuk rempah yg di bland tadi.gaul sebati..kemudian masukkan beras.
-masukkan air stok ayam, perasakan garam dan masak sampai nasi kering air.
-tabur safron,titik2kan pewarna kuning dan biar seketika sebelum padamkan api...bila nak hidang baru gaul nasi biar bercampur warna
*tambah daun ketumbar kalau nak bau lagi harum..potong daun n tabur atas nasi yg dah siap hidang
*(kalau betul2 nasi arab ada tambah arang yg dimasukkan dalam aluminium foil dan letak skit minyak,biar berasap letak atas nasi dan tutup periuk nasi-nak menaikkan aroma)

Resepi ayam
bahan untuk perap (bland semua bahan)
3 inci halia
2-3 biji kunyit hidup besar ibu jari
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan buah pelaga
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
* 1 ekor ayam dipotong 4 bahagian(saya kelar2 skit2 kat isi ayam supaya rempah meresap ke dalam isi)
cara:
-bland semua bahan perap.gaulkan pada ayam dan perap lebih kurang 2-3 jam
-masukkan ayam dalam pemanggang vantage
-panggang sampai masak

Resepi air asam
-3 biji cili merah
-5 biji cili padi (xnak pedas kurangkan)
-1 biji buah tomato
-1 biji bawang besar
- sedikit ja belacan (secubit ja)
-garam
-gula
-perahan limau nipis (boleh ganti ngn jus asam jawa)
-air masak (air tapis pun boleh)
-timun (potong dadu kecil2)
-lobak merah(potong dadu kecil2)
-hirisan daun kutumbar
cara:
-bland semua bahan dengan air masak (agak2 air dalam 1/2 cawan)
-tambahkan daun saderi, lobak merah n timun..gaul sebati
-sedia hidang...yg simple2 ja ya..kalau nasi arab betul byk lagi rempahnya...
*kalau suka berkuah boleh tambah dalca sayur (letak terung,carrot,kacang panjang n kacang dal)

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Kek Marble Cheese

share dari link fb ~ Cara Buat Cheese Cake

Kek Marble Cheese

Bahan - bahan :

( saiz kek 23cm )

- 250 gram butter
-1 cawan serbuk koko
-3 biji telur
-1 setengah cawan gula kastor
-1 setengah cawan susu cair
-1 setengah cawan tepung gandum
-1 sudu kecil baking powder
-1 sudu kecil bicarbonate soda
-1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan cheese:

-250 gram cream cheese
-1 cawan gula kastor
-1 biji telur

Cara-cara membuat:

1. Cairkan butter, masukkan serbuk koko setelah butter cair dan kacau.

2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula.

3. Masukkan adunan butter tadi perlahan-lahan dan kacau.

4. Tambahkan susu cair, tepung gandum, baking powder, bicarbonate soda dan esen vanilla satu persatu dan kacau.

5. Panaskan oven, gris loyang dan masuk adunan dalam loyang.
Tinggalkan 2 atau 3 sudu adunan dan masukkan dalam piping bag.
Bakar adunan dalam loyang selama 20 - 30 minit.

Untuk lapisan cheese:

1. Putar cream cheese hingga gebu, masukkan gula dan kemudian telur.

2. Keluarkan brownies yang siap dibakar tadi.

3. Masukkan adunan cheese di atasnya.

4. Pipe adunan brownies dan buat corak menggunakan lidi.
Mula2 buat belang2 pastu amik lidi n tarik dgn lidi belang2 tadi. nak buat bulat2 pun bole, tarik dari tengah ke tepi atau selang seli dari tepi ke tengah

5. Bakar semula selama 15 - 20 minit.

6. Hias kek mengikut citarasa. ..selamat mencuba
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

PETUA RAWAT BISUL

share dari link fb ~ Rahsia Hawa

PETUA RAWAT BISUL

Punca-Puncanya :
Bisul selalunya terjadi apabila saluran di mana rambut tumbuh dijangkiti bakteria stafilokokus aureus. Bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Bisul tahap 'Dewa' boleh menyebabkan demam panas dan juga tidak boleh berjalan.

Utk mengubatinya bolehlah cuba mana-mana petua di bawah: 
1. Kapas dan cuka :
Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh. 

2. Bawang putih :
Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang. 

3. Beras dan kunyit hidup :
Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh. 

4. Daun sirih :
Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh. 

Selamat Mencuba
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

RAYA - IBU BAPA SUDAH MULAI SEDAR DENGAN KEPALSUAN DUNIA

share dari link fb ~ Warga Prihatin

RAYA - IBU BAPA SUDAH MULAI SEDAR DENGAN KEPALSUAN DUNIA


Hari ini jika kita pulang ke kampung, agak tipikal orang bertanyakan “kereta apa pakai sekarang? Beli rumah di mana? Kerja di mana?”. 


Semua itu sudah sekian lama dijadikan kayu ukur kejayaan kita. Padahal ia bukanlah sebenarnya satu ukuran yang tepat. Ramai juga yang kejayaannya tidak diukur pada harta, tetapi dengan akhlak serta keharmonian rumahtangganya. 

Ramai keliru bahawa KEKAYAAN itu membahagiakan. Akibatnya mereka sibuk kejar kekayaan sehingga BAHAGIA yang ada di tangan terpaksa dikorbankan. Setelah kekayaan dapat di tangan, mereka cuba beli semula kebahagiaan yang telah sengaja mereka korbankan sebelumnya.

Tipikal juga hari ini kejayaan seorang anak hanya diukur oleh kebanyakan ibu bapa sendiri berdasarkan pencapaian tertinggi akademik mereka. Yang ada Ph.D akan dibangga dengan status sosialnya. Dicanang kisah anaknya yang menggenggam ijazah doktor falsafah itu. Ukuran itu melebar kepada sekolah dan universiti manakah cucu-cucu mereka belajar. 

Di samping jenis kereta dan kelulusan tertinggi anak cucu, juga agak tipikal bilamana kejayaan diukur dari pangkat dan kerjaya anak itu sendiri. 

Tidak dinafikan bahawa itu semua menjadi salah satu dari laluan kejayaan, tetapi ia bukanlah satu-satunya jalan kejayaan. Beberapa kisah yang dikongsikan hasil pemerhatian alam sepanjang beraya di kampung yang lalu ada pelajarannya.

Banyak sekali dikongsikan kisah anak yang berpendidikan tinggi dan berkereta besar dan selalu dibangga-banggakan keluarga, tetapi tidak pula mengendahkan kebajikan ibubapanya. Kebiadaban anak isteri mereka juga sangat menyakitkan hati. Dari pemilihan bilik, penggunaan bilik air, pengagihan buah tangan, juga makan minum semuanya dilebihkan.

Semua anak-anak mereka leka dengan gajet elektronik. Saudara mara datang dan pergi pun tidak tahu bersalam dan beramah mesra. Lalu lalang berulang alik depan orang tua tanpa budibahasa. 

Sementara itu hidung si isteri juga agak tinggi. Dari mula berlabuh sampai ke saat berangkat semula bicaranya asyik berbangga dengan harta dan status dunia semata-mata. Urusan dapur langsung tidak ambil peduli. Isteri sendiri pun asyik bangun lewat. Bangun hanya setelah sarapan tersaji macam puteri. Pinggan makan anak dan suami sendiri pun tidak dicuci.

Di sebelah pihak pula ada anak yang sering diperlekeh dan dianak-tirikan bertahun-tahun lamanya. Ini kerana mereka tidak berpelajaran tinggi, sekadar belajar di kolej kemahiran dengan kerja-kerja kotor. Balik pun hanya bawa kereta biasa-biasa sahaja. 

Ternyata akhlak anak isteri dari jenis ke dua ini amat baik sekali. Mereka sangat mengambil berat dan menghormati ibubapanya. Segala kekurangan rumah seperti kemasan, makan mentah basah, bahkan lampu-lampu yang tidak menyala sedaya upaya diuruskan. Semua kerja dapur yang sedang dilakukan Ibubapa diambil alih sepanjang berada di desa. 

Ironinya, longgokan pinggan mangkuk yang bertimbun dan tempat tidur bersepah yang ditinggalkan begitu sahaja oleh keluarga yang kaya dan dimuliakan juga diurus tanpa berkira. Yang penting mereka tidak mahu menyusahkan orang tua sebelum meninggalkan mereka sendirian di desa.

UKURAN KEJAYAAN SEBENAR 

Inilah penyakit masyarakat yang sedang berleluasa. Tahun 60-an dahulu ramai ibubapa sanggup berhabis untuk menyekolahkan anak-anak agar berjaya diterima bekerja dalam sektor awam. Pada mereka, itu adalah kejayaan yang sangat besar. 

Itulah sejarah, pola fikir kita sejak zaman purba. Ramai ibubapa dahulu sangat bangga anak-anak mereka jadi pekerja istana, sekalipun sekadar menjadi gundik pemuas nafsu Si Raja. Habis sekampung dicanangnya, “Anak aku kerja dengan Tuanku”. Sekarang ini bunyi canangnya, “Anak aku yang pertama tu JUSA C, anak ke-2 sudah masuk gred 55, sikit lagi JUSA C, anak ke-3 sudah Profesor Madya, Yang ke-4 dah nak balik dari oversea” dan berbagai lagi.

Hentikankanlah pemikiran yang sudah menjadi dogma masyarakat yang ketinggalan itu. Akan sampai ketika di mana kelulusan, pangkat, harta dan rupa tiada nilai kebahagiaannya di hati kita. Yang tinggal ketika itu hanya duka nestapa dan tekanan jiwa yang membakar "ibarat neraka".

Sepandai-pandai pelajar genius yang dibanggakan ibubapa juga tidak ke mana jika akhirnya DIPENJARA kerana menyimpan ribuan bahan lucah kanak-kanak akibat gejala Pedofilia. Di mana bangganya Ibu kepada genius yang ke Oxford semasa kanak-kanak, jika mencecah umur 20-an sudah menjadi ‘escort girl’? (Itu nama yang mulia sikit tetapi maksudnya tetap pelacur).

Hebat manakah anak yang memberi belanja ribuan RM sebulan sekiranya belanja itu diberi dengan sekadar MENCAMPAK tanpa adab? Di mana bangganya jika hujung usia kita ditinggalkan di rumah orang tua? Jika mahu bersembang seminit di telefon pun tiada masa? Apatah lagi untuk selalu balik menjenguk sakit pening kita?

Ya, akhirnya akhlak anak cucu juga yang bakal membuatkan ibubapa merasa bahagia. Itulah anak yang biasanya tidak berpelajaran tinggi dan hanya memandu Proton Saga. Itulah yang kerap menelefon dan menyantuni ibubapa, yang kerap pulang menziarahi kita sambil membawa cucu yang teratur indah akhlaknya. Pantang dengar kita sakit sedikit, dialah yang paling awal sampai dan tekun menjaga kita. Berebut-rebut anak cucu mengurut dan memicit. Tidak langsung jijik mencuci berak dan mengganti lampin kita. Tidak bersungut memapah kita ke kerusi roda.

Matinya kita juga nanti tidak memerlukan orang luar untuk memandi, mengkafan, menyembahyangkan, menggali kubur, mengusung dan mendoakan kita. Merekalah yang akan peruntukan masa membersihkan kubur, mendoa dan menggantikan nisan kita yang reput. Semuanya disempurnakan dengan lancar dan ikhlas oleh anak cucu yang biasa-biasa. 

Waktu itu harta dan pangkat tidak akan ada nilainya bagi kita. Waktu itu kita akan sedar, betapa berharganya akhlak dan takwa. Kesedaran ini jugalah fenomena yang dikongsikan oleh sebahagian ibubapa yang dahulunya juga memuja pangkat dan harta anak-anaknya. 

KESIMPULAN

Mari kita tukar dogma purba yang jumud dalam mengukur erti kejayaan. Sebaliknya mari berlumba-lumba untuk menjadikan anak cucu lebih berakhlak. Apalah gunanya berjuta atau berbillion dari kehebatan kerjaya, jika jalannya songsang dan akhlaknya kontang, sehingga tidak lagi perduli samada ia dituai dari pohon rasuah, penipuan atau penyelewengan. 

Berlapang dadalah agar mampu kita kecapi bahagia hingga ke hujung usia. Jangan sekali-kali anak dibeza-beza. Ini tidak, ada kisah sampaikan dodol dan lemang masakan anakpun tidak mahu dijamah, salam tidak mahu disambut, sapaan tidak berbalas. Bukankah itu semua neraka yang sengaja kita cipta?

Berilah keredhoan kepada anak-anak yang membawa keluarga mereka di atas acuan Islam yang bersederhana. Jangan berburuk sangka dan jangan mereka dibeza-beza. Sentiasa fikir yang positif dan jangan terlampau materialistik. Kaya, pandai, berpangkat itu lebih baik jika akhlaknya sempurna. Tetapi yang sederhana juga jauh lebih mulia jika baik akhlaknya.

Ada ibu bapa yang cuba menipu diri sendiri kononnya masih sayangkan anak sendiri walaupun jahat...

Hari ini, ada kalanya jadi jahat lebih dipandang tinggi dari jadi baik. Jika nak keluar menonton wayang dengan boyfriend emak boleh bergembira lagi kerana anaknya 'laku', tidak seperti anak jiran yang tiada pasangan. 

Di KLIA ada yang mengadu bertembung dengan suasana riuh rendah seperti ada kebakaran. Rupanya suara gadis Melayu berteriakan, terkejar-kejar dan terlompat-lompat keseronokan bertembung dengan penyanyi K-pop. Ibu bapa selamba saja melihat anak-anaknya berkelakuan gedik berpelukan dengan penyanyi yang sukar mahu dipastikan jantinanya itu.

Di kampung, ada anak-anak kami yang mengadu diejek-ejek oleh sepupu sebaya semasa bergaul balik raya, hanya kerana tidak kenal penyanyi K-Pop itu dan ini. Nenek dan ibubapanya pula sepantas kilat menyampuk, "Inilah yang kami tidak suka kamu sekolah di situ, jadi macam katak bawah tempurung tidak kenal dunia". 

Alhamdulillah tidak nampak mereka kecewa sewaktu menceritakan pengalaman 'pelik' ketika digelar seperti itu. Mereka redha dipanggil kolot jika hanya tidak kenal penyanyi K-Pop. Kolot itu lebih baik dari perangai 'macam be*uk' yang terlihat di airport atau jadi gadis Melayu bertudung yang tidak segan silu naik ke pentas untuk dipeluk penyanyi K-Pop. 

Anda bagaimana?

WARGA PRIHATIN 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

PETUA RAWAT TUMIT KAKI PECAH

share dari link fb ~ Rahsia Hawa

PETUA RAWAT TUMIT KAKI PECAH


Cubalah mana-mana petuadi bawah untuk hilangkan pecah pada tumit kaki.


1. Buah kedondong dan kunyit hidup
Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.

2. Bawang merah
Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

3. Belimbing buluh
Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.

4. Asam Jawa :
Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendamkaki dalamair suam berisi garam (seelok-eloknya gunagaram bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.

5. Rumput
Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.

6. Lemak ayam
Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

7. Nasi
Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.

8. Daun pisang
Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dangosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

9. Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

10. Betik muda
Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu. 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Tujuh sunnah Nabi

share dari link fb ~Raudhatul Muhibbin

Tujuh sunnah Nabi; "Didalam kehidupan kita sehari-hari, adakalanya kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah سبحانه وتعالى. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan. dan mujurlah Allah سبحانه وتعالى selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat."


"Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi Muhammad ﷺ, setiap hari. Ketujuh-tujuh sunnah Rasulullah ﷺ itu adalah; "Yang Pertama adalah Tahajjud. Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah سبحانه وتعالى."


"Yang Kedua, Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat tiga Qul, atau ayat qursi."



"Al-Quran bukan hanya untuk mereka yang punya ibu bapa. Bukan juga utk mereka yang punya ibu atau bapa sahaja. Bukan juga hanya untuk mereka yg tidak punya ibu bapa. Kalam Allah utk semua. Tidak ada pengecualian atau khusus buat sesiapa sahaja. Ianya untuk semua."


"Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak adalah buatlah sepertimana yg diajar oleh Rasulullah ï·º. Baginda bersabda; "Ajarkan kepada anak kamu kepada perkara tersebut iaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul-Nya dan cinta kepada Al-Quran." 


"Yang Ketiga adalah, Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah سبحانه وتعالى yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah سبحانه وتعالى."


"Yang Keempat adalah,

Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki. Dan Yang Kelima adalah, Jaga sedekah setiap hari. Allah سبحانه وتعالى menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah سبحانه وتعالى berlipat kali ganda."


"Yang Keenam adalah, Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi oleh Allah سبحانه وتعالى. Dan yang Ketujuh adalah, Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah سبحانه وتعالى."


"Zikir itu adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan juga hedonisme."


Daripada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Ini kisah Epidural (Ia diceritakan oleh wanita yang mengalami lumpuh selepas bersalin..ambil iktibar...)


share dari link fb ~ Tanya Doktor Pakar Wanita

Ini kisah Epidural (Ia diceritakan oleh wanita yang mengalami lumpuh selepas bersalin..ambil iktibar...)

Saya akan terangkan bagaimana symtom2 nak lumpuh sebelum sy lumpuh sepenuhnya .

Selepas sy bersalin, sy strt x boleh angkat kaki, sy mandi wiladah, husband sy yg mandi kan . 

sy tny husbnd, knp pinggang and kaki sangat sakit mcm urat tegang, husband kata, itu sbb epidural td agaknya . sy pon diam . lepastu sy tny husband sy, nurse td induce sy guna drip kan ?

husband kata ya . abes yg cucuk ubat kt punggung tu ape tu ape ? husband ckp ubt tahan sakit . then tulang brlakang lak? itu epidural . ok sy diam . sbb ms sakit bersalin sy mengantok and sy mmg x igt pape . cume sakit je sy tau. dalam hati sy cakap, Epidural cucuk sakit ke ? 

sbb sy sedar ms cucuk Epidural, memang sakittttt . tp doc semua peluk sy suruh tahan kejap. doc pmpn siap cium dahi sy supaya sabar . Allah ms tu rs mcm bertuah nye saya . 

layanan mereka semua baik2 sgt. dan tiada seorang lelaki pon yg sentuh or tgk sy di dalam labour room kecuali husbnd sy and doc bius Epidural .

esok dan sehingga pantang hari ke 35, sy terasa belakang sy sakit sangat2, dan tmpt cucuk tu bengkak, menjadi wrna biru . selama pantang sy tuam ngn ais supaya x sakit . pantang hari 40, sy dah x boleh jalan. kaki sy tak rase, sy menangis2 kat bahu husband sy, sy buang air besar buanv air kecil pon x rase . 

trpaksa pakai pampers . esok nye sy pergi Hospital Columbia Nusajaya , sy jmp pakar, terus buat MRI , dan hasil result tu, mmg menakutkan . Saraf tunjang sy 80% rosak . kaki sy lumpuh sepenuhnya . Doc pakar call hospital yg sy bersalin, dan dr situ bru lh sy tahu sy dicucuk Epidural oleh doc pelatih. Husband sy pula bgtau, doc tersebut hanya explain, TIADA KESAN SAMPINGAN, kecuali sakit kepala . ITU SHJ . 

memandangkan waktu tu sy dh sakit, sy cume istgfar agar semula selamat. Belom sejam guna Epidural sy dh rsa nak meneran, bayangkan, sy Epidural tp rs nak meneran, nak bersalin, baby nk klua sy rase semua tu. ms nak jahit sy smp gigit baju, sakit! wahal setiap 10 mnt sy tekan button Epidural utk hilang rs kene jahit hidup2.

kemudian, Doc pakar Columbia sedia membantu sy utk urusan saman hospital trbabit. Walaupon sy dh sign surat utk Epidural, sy tetap boleh saman, krn tanggungjawab cucuk Epidural adalah docter bukan sy cucuk sndr .

Sekarang sy dh 2 bulan lebih, dh sebulan jgak ddk atas kosi roda . Alhamdulillah anak sy tidak kuat meragam . Suami pon sntiasa support sy, menyayangi sy. Semua org jmp sy peluk and mntak sy kuat . Sy skg jalani fisioterapi di Hospital Columbia . 

Alhamdulillah jari kaki sy boleh dh angkat sikit2. Doa kan sy cpt sembuh . Saya terharu ramaiii yg komen and Like status saya. Terima kasih semuaaa ...... Moga Allah bantu balas jasa anda . Ameen. 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/