30 June 2015

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU

share dari link fb ~ Shah Razali
==================================
BALASAN MENINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU
==================================

SEKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA:

Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

SEKSAAN KETIKA SAKARATUL MAUT:

Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

SEKSAAN KETIKA DI DALAM KUBUR;

Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempitsempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

SEKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT:

Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.
..............................................
NISBAH DOSA BAGI ORANG-ORANG YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG SETIAP WAKTU:

SUBUH : Ia akan diseksa selama 60 tahun di dalam neraka.

ZUHUR : Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.

ASAR : Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.

MAGHRIB : Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).

ISYAK : Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain. Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." 
..............................................
Marilah kita sama-sama menjaga solat. 
Sesungguhnya solat itu adalah tiang agama.

Wallahu'alam.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Petua Untuk Hancurkan Batu Karang

share dari link fb ~ Farit Ismeth Emir

Petua Untuk Hancurkan Batu Karang

Dapatkan 1 kaki tebu hitam (bukan daun hijau) dan 1 biji timun. Perah air tebu dan campurkan dengan timun yang dikisar dengan blender. Minum campuran tersebut. Batu karang akan hancur .

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Kopi biji kurma

 share dari link fb ~ Yasalma Collections added 4 new photos.
Sy garingkan biji kurma dalam pembakar roti ni je sampai nk hangit bau semerbak. Dlm 40 minitlah...test gigit2 sikit logik tak nk blend. 
Alhamdulillah....lps baca artikel ttg kopi biji kurma viral di fb aritu terus semangat nk try. Maklumlah sejak kecik dulu masa bulan puasa sy selalu simpan biji kurma n sy mmg selalu fikir mesti ada manfaatnya.
Ok lps blend tanpa air jdkan serbuk mcm gambar tu. Cer hidu sket. Baunya mmg best tak byk beza bau kopi nescafe. Apalagi terus la buat kopi O! Masyaallah best wey!!!! Sambil hirup malam2 sambil layan online sewing students. Cepatlah uoll buat n hidangkan utk hubby. Pasti dia suker! Selebihnya nk perap kat daging sbb menurut info, ia mampu melembutkan daging selembut2nya! Tak cuba lagi nih.
* Abah, ayah, daddy, baba uoll suka kopi kan. Sempena hari bapa ni nk hadiahkan kopi biji kurma buat sendiri!
Yasalma
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

KHASIAT PEGAGA Tumbuhan herba ini sebenarnya mempunyai nilai perubatan tradisi yang tinggi.

share dari link fb ~ Rahsia Hawa

KHASIAT PEGAGA

Tumbuhan herba ini sebenarnya mempunyai nilai perubatan tradisi yang tinggi.

1. Serikan Wajah :
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu. Tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam dan amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.

2. Kecutkan Peranakan :
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

3. Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka :
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. Caranya: Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya. Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda hilang.

4. Mengubati Sakit Kepala :
Daun pegaga perlu direbus dengan kacang hijau dan dibiarkan semalaman dalam keadaan yang terdedah. Kemudian daun pegaga itu dimakan bersama kacang hijau dan air rebusan tersebut pula haruslah diminum.

5. Mengubati penyakit sengal-sengal badan :
Bagi mengubati penyakit ini, daun pegaga hendaklah direbus dengan bawang dan air rebusan itu haruslah diminum. Bagi mengubati sakit mata pula, daun pegaga direbus dan air rebusan itu diminum setelah dicampurkan sedikit dengan gula.

6. Mengubati penyakit demam kepialu atau typhoid :
Daun pegaga haruslah ditumbuk lumat dan diletakkan di atas dahi.

Selamat mencuba.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

RESEPI SERIMUKA DURIAN

share dari link fb ~ Kerja Dari Rumah

RESEPI SERIMUKA DURIAN

Bahan A ( Bahagian Bawah)

500gm beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
2 tsp gula
2 tsp garam halus-anggaran 7 gramCara-caranya:-
1. Rendam pulut sekejap. Basuh dan toskan
2. Masukkan semua bahan diatas, gaul rata. Kukus selama 1/2 jam
3. Apabila pulut masak, tekan pulut sehingga betul2 padat.

Bahagian B ( Lapisan Atas)

250gm gula pasir
100 gram tepung gandum
400ml santan pekat
400ml air
isi durian anggaran 200 gram
4 biji telur dipukul sedikit
1/2 tsp garam halus anggaran 3-4 gram
pewarna kuning

Cara-caranya:-
6. Campurkan semua bahan B dan kacau rata. Tapiskan
7. Masak sekejap sahaja, sehingga naik wap.
8. Kukus pulut yang telah di padatkan tadi sekejap, anggaran 5 minit.
9. Masukkan adunan B dan kukus sehingga masak anggaran 30 minit

Guna loyang 10″ x 10″ x 2″
Guna api sederhana.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Orang yang datang majlis ilmu tanpa pen dan buku, umpama orang yang berjihad fisabilillah tanpa pedang.

share dari link fb ~ Siti Aminah


"Orang yang datang majlis ilmu tanpa pen dan buku, umpama orang yang berjihad fisabilillah tanpa pedang. Jangan dibatasi ilmu yang anda dengar itu apa yang anda faham saja, banyak lagi ilmu yang belum anda tahu. Seseorang yang berilmu, dan memang benar orang berilmu akan beradab kepada ilmu itu sendiri.. Akan beradab kepada orang yang berilmu yang lain juga.. Walaupun orang yang berilmu itu berselisih faham dengan dia. Walaupun orang lain yang berilmu itu mempunyai pandangan yang berbeza.. Walaupun orang yang berilmu itu mempunyai pengikut yang lain. Tetap dengan konsep ilmu yang luas hendaklah tidak mudah untuk menyalahkan kepada orang lain apatah lagi sampai menyesatkan (orang lain).” 


Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Terbeban dengan hutang? Nah, Nabi ajarkan cara untuk menghilangkan keresahan melalui Hadis Riwayat Abu Daud 4/353

Terbeban dengan hutang? Nah, Nabi ajarkan cara untuk menghilangkan keresahan melalui Hadis Riwayat Abu Daud 4/353:

Abu Said Al-Khudhri RA berkata: “Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: ”Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?” Beliau menjawab: ”Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.” Beliau bertanya: ”Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunasi hutangmu?” Dia menjawab: ”Sudah tentu ya Rasulullah.”

Beliau bersabda,”Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa:

اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ø£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْÙ‡َÙ…ِّ ÙˆَالْØ­َزَÙ†ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْعَجْزِ ÙˆَالْÙƒَسَÙ„ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ الْجُبْÙ†ِ ÙˆَالْبُØ®ْÙ„ِ ÙˆَØ£َعُوذُ بِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ غَÙ„َبَØ©ِ الدَّÙŠْÙ†ِ ÙˆَÙ‚َÙ‡ْرِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.”

Tak boleh membaca dengan lafaz Arab? Bahasa Melayu pun boleh.. Sungguh Allah itu Maha Mengerti..

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Resepi Ayam ButterMilk


Resepi Ayam ButterMilk

Bahan-bahannya:
Ayam (untuk 4 orang makan - ayam tu potong la kecik-kecik)
1 sudu besar serbuk kari (saya guna cap Alagapas)
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
sedikit gula
1/2 tin susu cair (kalau nak kuah banyak - lebihkan susu cair)
3 sudu butter
Daun Kari
3 biji bawang merah (- hiris atau potong dadu. aku guna setengah bawang holand)
1 ulas bawang putih (ketuk2 jer)
6 biji cili api hijau
Minyak untuk goreng ayam

Cara masaknya :
Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
Goreng ayam sehingga masak (guna minyak biasa yer..)
Dah masak ayam, panaskan kuali plak dan masukkan butter.
Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit.
Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula jika suka.
Kalau suka dan nak kuah ayam tu pekat, masak la lama sikit supaya kuahnya pekat gituuu..
Tapi saya suka kuahnya cair sikit. So, biarkan sekejap jer ayam tu. Bagi kuahnya pekat sikit2 jer.
Dan kalo terlajak pekat sangat, tambah jer air sikit.
Dah siap, makan dengan nasi panas2..
Selamat Mencuba.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

29 June 2015

++++PELBAGAI JENIS RESEPI MASAKAN SOTONG++++

 share dari link fb ~ Resepi Masakan BONDA Tersayang added 5 new photos.
++++PELBAGAI JENIS RESEPI MASAKAN SOTONG++++
RESEPI SOTONG MASAK HITAM
1/2 kilo sotong ( siang, bersihkan dan potong sotong, jgn bersih sgt tinggalkan sikit inknya…
4 ulas bawang putih- diketuk atau di tumbuk
8-10 biji cili api di tumbuk ( ikut selera kepedasan masing2 )
2 -3 sudu makan penuh sos tiram
1 sudu sos ikan
1 biji cili hijau/merah di hiris – jika suka, tak de pun tak pe
Cara penyediaan
1. Tumis bawang putih, cili hiris dan cili padi hingga wangi
2. Kemudian masukkan sos tiram dan sos ikan, kacau seketika.
3. last sekali masukkan sotong, bila sotong kecut dan masak, sesuaikan rasanya, bolehlah di hidangkan….
** masakan ni tak perlu letak garam sebab sos tiram dan sos ikan dah masin…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
RESEPI SAMBAL SOTONG CILI PADI
300 g sotong ( di bersihkan dan di potong2 )
10 -15 cili padi ( ikut kepedasan yang diingini ) – dikisar
1 labu bawang besar ( dikisar )
3 ulas bawang putih ( dikisar )
1/2 inci halia ( dikisar )
1 batang serai ( di kisar )
1 biji buah tomato ( di kisar )
2 sudu besar santan pekat atau susu cair
garam secukup rasa
gula secukup rasa
perasa ( optional )
minyak untuk menumis
Cara Penyediaan
1. Tumis bahan2 yang telah dikisar hingga kering air dan pecah minyak.
2. Masukkan susu cair atau santan, garam, gula dan perasa ke dalam bahan tumisan.
3. Kacau rata dan masak lagi hingga betul- betul kering airnya.
4. Masukkan sotong dan sesuaikan rasa. Bila sotong masak bolehlah di angkat dan dihidangkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT
400 – 500 g sotong ( di bersihkan, buang perutnya dan di potong )
1 labu bawang besar ( di potong )
2 ulas bawang putih ( di pecah atau di tumbuk )
2 hiris halia
1 biji cili merah ( di iris )
6 biji cili padi ( sebiji2 atau di pecahkan sedikit )
sedikit daun ketumbar ( di potong )
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
sedikit gula
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit.
Cara Penyediaan
1. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam kemudian masak dalam kuali hingga kering airnya.
2. Bila sotong telah kering airnya, angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali tadi masukkan 2 sudu besar minyak masak tumis bawang putih, halia, bawang besar cili merah dan cili padi. Tumis hingga berbau harum dan layu.
4. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Akhir sekali masukkan sotong dan daun ketumbar.
5. Kacau seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
RESEPI SOTONG BELACAN
300 gm sotong ( di bersihkan dan di potong2 )
1 labu bawang besar (hiris)
4 biji cili merah(hiris)
2 cm belacan
3 ulas bawang putih ( dihiris )
4 tangkai daun kucai
3 hiris karot ( dipotong memanjang)
sedikit daun ketumbar ( dipotong )
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
sedikit gula ( jika suka )
Cara penyediaan
1. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang putih, bawang besar, belacan dan cili merah.
2. Masukkan sos tiram, sos ikan, sotong, karot dan kucai.
3. Masak hingga sotong dan sayuran hingga layu.
4. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Resepi Sayur Kacang panjang dengan sotong
1 ikat kacang panjang ( agak2 dalam secekak gitu… ) – dicuci dan di potong/patah2kan
3 ekor sotong ( dibersihkan dan dipotong )
3 biji bawang merah ( di hiris )
2 ulas bawang putih ( di ketuk/ditumbuk )
6 biji cili padi ( di hiris ) – boleh ganti dgn cili merah
sedikit sos tiram
1 sudu makan sos ikan ( tak letak pun tak pe.. )
Cara penyediaan
1. Tumis bawang merah, bawang putih, cili hiris, hingga wangi… kemudian masukkan sos tiram dan sos ikan.
2. kacau seketika masukkan sotong dan kacang panjang. Kacau hingga sayur layu.
3. Sesuaikan rasa dan bolehlah di angkat!!
Senang jerrr..
SPECIAL THANKS TO PUAN WANA YUSUF
sebarang pertanyaan boleh melalui WEBSITE MASAKAN ini....
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

(RESEPI LENGKAP) = Butter Prawn

share dari link fb ~Warisan Network
(RESEPI LENGKAP) = Butter Prawn

Bahan- bahan :
15 ekor udang galah
6 batang cili padi
4 ulas bawang putih
2 batang kecil daun kari
1 sudu kecil lada sulah(kasar)
1 sudu butter
3 biji telur (Kuning Sahaja)
sedikit garam
sedikit minyak masak
sedikit minyak bijan
sedikit susu cair

Cara-caranya :
1) Mula2 bersihkan udang. Peram udang dengan sedikit garam dan lada sulah. Biarkan seketika.

2) Panaskan minyak dan butter.

3) Pecahkan telur & kacau kuning telur hingga sebati

4) Bila minyak dan butter sudah panas, masukkan telur kuning. pastikan guna api sederhana. Sambil masukkan kuning telur sambil kacau minyak tu supaya dapat serdak yang betul2 cantik. kacau laju2 tapi pastikan semuanya dalam kawalan.
(proses ini kena menggunakan kedua2 belah tangan).

5) Bila telur sudah masak ianya akan kelihatan seperti serdak. Pastikan ianya terapung untuk menunjukkan ianya sudah masak.

6) Angkat dan toskan. gunakan minyak tadi untuk menggoreng udang.

7) Goreng udang separuh masak sahaja. angkat dan toskan

8) Tumbuk cili padi dan bawang putih. masih menggunakan minyak tadi. tumis rempah tumbuk tadi bersama daun kari. masukkan setengah cawan susu cair dan masak sampai mendidih

9) Masukkan udang tadi. masa ni boleh serasikan rasa...kalau tak masin boleh tambah garam. Letakkan sedikit minyak bijan untuk menaikkan bau udang tersebut

10) Bubuh dalam pinggan dan Taburkan serdak telur di atas udang.

Note : Jika mahukan sedikit kemanisan dalam masakan, anda letakkan sedikit gula bagi menambah rasa.


blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/