25 August 2015

RESEPI TELUR KUKUS

share dari link fb ~ Aneka Resepi
like emoticon

CARA NAK BANGKITKAN SELERA ANAK2 MAKAN

RESEPI TELUR KUKUS

Bahan :
4 biji telur
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji cili merah (hiris halus memanjang)
1 biji tomato (hiris/dadukan)
1 tangkai daun bawang & daun sup
1/2 st gula
2 st minyak
1/2 pek daging kisar (saya guna udang kisar/cincang)
garam secukup rasa
sedikit lada sulah (jika suka)

Cara :
Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan yang disukai. (Sapu sedikit minyak pada acuan) dan kukus.
Masa Kukus : 10-15 minit jika guna daging kisar. Hidang panas-panas dengan nasi putih.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

6 Bahaya tidur selepas subuh bagi umat Islam

share dari link blog ~ http://lestaridunia.blogspot.com/2015/08/6-bahaya-tidur-selepas-subuh-bagi-umat.html

Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.


Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI


[Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur’an dan As Sunnah.

[Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.” (Miftah Daris Sa’adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima] Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, “Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat.” (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Untuk renungan kita bersama...

share dari link fb ~ Ina Along
Untuk renungan kita bersama...
Siapakah orang yang sombong? 
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya? 
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya? 
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat? 
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil? 
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta? 
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli? 
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

Siapakah orang yang manis senyumanya? 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Telur Ikan Kukus

share dari link fb ~ Kerja Dari Rumah

Telur Ikan Kukus
==============

BAHAN-BAHAN:

100gm telur ikan parang
60ml santan
2 helai daun kunyit | dihiris
Daun pisang | untuk membungkus


Bahan Kisar:

5 biji cili padi
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit serbuk kunyit

CARA MEMASAK:

1. Pecahkan telur ikan kemudian masukkan bahan kisar bersama ke dalam periuk.
2. Gaulkan bersama santan, daun kunyit dan garam secukup rasa.
3. Bungkus telur ikan yang telah digaul dalam daun pisang dengan kemas.
4. Kukus selama 25 minit dan hidangkan.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Muhasabah sejenak

share dari link fb ~ Ebit Lew

Saya jumpa seorang abang depan sebuah pusat hiburan malam tadi. Dia tengah duduk tepi pintu pusat hiburan. Saya beri salam pada dia dan beberapa maknyah. Duduk sebelah diaorang.

Hallo haji nak apa? Tanya mereka. Saya kata saya just nak jumpa keluarga saya. Ada keluarga di sini ke. Yer abang dan kamu semua saudara saya. Keluarga yang sama. Datuk kita sama. Allah saudarakan kita. Saya sayang kamu semua kerana Allah.

Ish kami orang macam ni. Mana sama ustaz. Sama sahaja abang. Abang dan kamu semua bernilai disisi Allah.Allah sayang. Iman dalam hati abang walau sebesar zarah Allah beri syurga yang besar 10 kali dari dunia. Allah nak kita semua masuk syurga. Allah sayang abang dan kamu semua. Sayang lebih dari apa yang kita boleh bayangkan.

Kalau Allah sayang kenapa kami buat jahat macam ni. Kenapa kami diberi perasaan begini. Nafsu begini. Jawab saya kerana semua orang nak bahagia. Semua orang mencari bahagia kan..

Yerlah ustaz sebab tu kami buat begini. Betul. Semua orang cari bahagia dan keseronokan dengan jalan sendiri. Saya tanya kamu bahagia ke? Ermm entahlah ustaz.

Bahagia ni segala-galanya. Tidak boleh ditukar ganti dan dibeli atau diperoleh dengan cara apapun. Menangislah pada Allah kerana sesiapa menangis dalam doa dan solat. Allah bukakan segala jalan buatnya. Bahagia ni hanya Allah boleh beri. Dia suka kita bila menangis dan rendah diri padanya. ALLAH sayang kita sangat. Dia nak kita minta ampun. Banyak mana pun dosa kita dia tetap beri peluang selagi ada nyawa untuk maafkan kita. Walaupun penuh langit dan bumi. Dia sayang kita. Seorang maknyah menangis. Katanya ustaz tak de siapa cakap Allah sayang kami dan nak kami masuk syurga. 

Itulah sebenarnya. Kita yang terlupa kerana sibuk sangat. Satu masa kita akan tersedar. Kerana dunia ni tak benar. Tapi sama ada kita sedar segera atau selepas kita tinggalkan dunia ini. Mereka menangis. Abang yang duduk depan tadi termenung dan ajak saya minum. Dia tanya banyak soalan. Begitulah manusia apapun kerjanya dahagakan agama. Dahagakan bahagia. Dahagakan ketenangan. Kami solat Subuh sama-sama di surau. -ebit lew

#keluargasunnah 4.0 19 Sept 2015 UPM
# Jemputan seminar/ teambuilding/ kem korporat atau pelajar/ ceramah hub 013 255 6423

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Saat Anda Hadapi Masalah, Ingat 5 Ayat Ini


share dari link fb ~ Cahaya Islam
Saat Anda Hadapi Masalah, Ingat 5 Ayat Ini
SETIAP orang pasti akan menghadapi masalah dalam hidupnya. Ketika masalah satu sudah selesai maka akan datang masalah berikutnya. Namun, janganlah merasa bosan dengan itu semua. Hal-hal seperti itu pasti akan dialami oleh semua orang. Justru hal-hal seperti itu yang nantinya akan menguatkan kita di kemudian hari. Sekarang Anda tidak perlu khawatir ketika menghadapi masalah dalam hidup ini. Berikut ada 5 ayat dari Al-Qur’an yang Insha Allah akan memotivasi kita ketika menghadapi masalah, yaitu:
1. Anda bisa berubah, jika Anda mau mengubah diri Anda
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri,” (QS. Ar-Ra’d:11).
Apa pun kondisi Anda saat ini, jika Anda mau berubah, maka Anda harus mengubah diri sendiri. Maka Allah akan mengubah Anda. Inilah yang sering dilupakan, banyak yang berharap orang lain atau yang di luar berubah, tetapi melupakan diri sendiri yang diubah.

Ayat ini memotivasi kita untuk mengubah diri kita, maka yang lain akan berubah atas bantuan Allah. Jangan hanya menuntut yang di luar diri berubah.
Anda jauh lebih mudah mengubah diri sendiri, daripada mengubah orang lain. Ayat ini adalah motivasi untuk berubah.
2. Kebaikan di balik yang tidak kita sukai
“Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia buruk bagimu, dan Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui,“ (QS. Al-Baqarah: 216).
Sering kali, saat seseorang mendapati sesuatu yang tidak dia sukai, maka dia marah, kecewa, sedih, ngomel, dan akhirnya putus asa. Padahal, bisa jadi apa yang tidak dia sukai itu malah baik baginya.
Jangan kecewa saat Anda tidak diterima di sebuah perusahaan untuk menjadi karyawannya. Bisa jadi itu yang terbaik bagi Anda. Bisa jadi Anda akan mendapatkan pekerjaan lebih baik. Bisa jadi, justru akan mendapatkan hal buruk jika diterima di perusahaan itu.

Kita tidak pernah mengetahui apa yang akan terjadi. Untuk itu, syukuri apa pun yang terjadi saat ini termasuk penolakan dan kekecewaan lainnya.
3. Anda pasti sanggup
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,” (QS. Al-Baqarah: 286).
Jika Anda mengatakan, “saya tidak akan sanggup”, sebenarnya Anda sudah mendahului Allah. Anda sok tahu, bahwa Anda tidak akan mampu. Kata siapa? Itu hanya pemikiran negatif Anda. Bisa karena malas, manja, atau cengeng.
Padahal jelas, dalam ayat di atas bahwa kita tidak akan dibebani beban apa pun kecuali sesuai dengan kesanggupan kita. Jika Anda berpikir tidak sanggup, itu hanya anggapan Anda saja.
Anda pasti sanggup jika Anda menyanggupinya. Jangan kalah oleh pikiran negatif Anda yang dengan mudah mengatakan tidak sanggup.

4. Kemudahan bersama kesulitan
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,” (QS. Al-Insyirah: 5-6).
Kebanyakan orang, saat menghadapi kesulitan, dia berhenti alias menyerah. Ada juga yang mengeluh, berharap orang lain mau membantunya mengatasi kesulitan dia. Padahal, bersama kesulitan itu adalah kemudahan.
Jika Anda menghindari kesulitan, Anda tidak akan mendapatkan kemudahan. Jika Anda berharap orang lain yang mengatasi kesulitan, maka kemudahan akan menjadi milik orang lain. Anda tidak akan mendapatkan kemudahan dari kematangan, keterampilan, dan pengalaman yang didapatkan.
5. Takwa dan tawakal
“Barang siapa bertakwa kepada Allah maka Dia akan menjadikan jalan keluar baginya, dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak ia sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah maka cukuplah Allah baginya, Sesungguhnya Allah melaksanakan kehendak-Nya, Dia telah menjadikan untuk setiap sesuatu kadarnya,” (QS. Ath-Thalaq: 2-3).
Dua akhlak ini luar biasa. Tidak ada yang bisa mengalahkannya. Sedang menghadapi masalah atau tantangan besar? Butuh jalan keluar? Maka bertakwalah, Allah akan memberikan jalan keluar juga rezeki yang tidak ia sangka.
Jika kekuatan tawakal, Anda akan dicukupkan, termasuk dicukupkan segalanya untuk menghadapi rintangan, halangan, tantangan, dan juga masalah.
Sahabatku Yang dimuliakan Allah,
"Ya Allah, muliakanlah sahabat-sahabat Kami, Berikanlah Kami pasangan yang setia, mewujudkan keluarga sakinah mawaddah warahmah. Kelak masukkanlah Kami disurga yang terindah...

Aamiin Ya Robbal Alamin

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Ayam Panggang Rosemary & Kentang Bakar.

share dari link fb ~ Ketuk-Ketuk Ramadan 2015

Ayam Panggang Rosemary & Kentang Bakar.e emoticon
grin emoticon

Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar
1 sudu besar serbuk Ketumbar

1 sudu besar serbuk Jintan Putih
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar cili kisar
Garam secukup nya
Daun Herba Rosemary
Daun Herba Thyme Kering
Madu
Minyak zaitun
Cara Penyediaan:
1.Bersihkan ayam dan di lap kering. Gaulkan
semua bahan rempah dan cili kisar di gaulkan
dalam mangkuk, letakan garam secukup rasa.
Gaulkan pada ayam nya. Kemudian gosok, serbuk

dan daun herba Thyme bersama Rosemary.
2.Letkan di dalam dulang pembakar dan di
tutupkan dengan aluminium foil. Letakan dalam
ketuhar yang sudah di panaskan 180 Celsius.
Tetakan air biasa semangkuk di dalam penjuru
ketuhar nya.
3.Biarkan ayam di masakan selama 20mins. Buka
foil nya dan sapukan dengan madu, panggang
ayam selama 8mins, balikan dan sapukan madu
di baliknya.
4,Semasa ayam dipanggang letakan ubi kentang
yang sudah di potong wedges dan di gaulkan
dengan, daun herba kering thyme & rosemary, cili
kisar, serbuk kunyit dan jintan putih.
5.Gaulkan dengan garam secukup rasa dan
minyak zaitun. Ia di masak bersama ayam nya.
Anda pun boleh mengoreng nya juga.
6.Sesudah ayam nya di panggang, biarkan ia
dalam 10mins sebelum di sajikan bersama cili
sos, cili kicap atau sos kegemaran kawan2.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

"KETIKA UMURKU SUDAH 40 TAHUN"

share dari link fb ~ Dunia Muslimah

"KETIKA UMURKU SUDAH 40 TAHUN"

1. Umur 40 tahun merupakan puncaknya masa2 remaja…ibarat kita sedang dipuncak gunung lalu setelah itu kita akan berjalan turun, apakah lambat atau cepat untuk sampai tujuan (alam kubur)….

2. Umur 40 tahun berada pada persimpangan jalan terakhir apakah akan lebih baik atau malah lebih buruk ketika di akhir perjalan kehidupannya karena umur umat nabi Muhammad antara 60 hingga 70 tahun atau lebih dari itu…

3. Umur 40 tahun sudah saatnya semakin memperbanyak ibadah hingga ajal menjemput dan perbanyak berdoa agar diwafatkan dalam keadaan muslim dan dikumpulkan bersama orang2 muslim.

4. Umur 40 tahun perbanyak istighfar memohon ampun pada Allah atas dosa2 yang telah kita lakukan dimasa lalu (Taubatan nasuha).

5. Umur 40 tahun perbanyak berdoa agar anak2 keturunan kita menjadi anak2 yang shalih yang ikhlas mendoakan orang tuanya baik ketika masih hidup maupun sudah tiada…

6. Umur 40 tahun jangan sampai melenakan kita dari kecintaan pada harta dan anak2 kita secara berlebihan, maka infaqkanlah dijalan Allah sebagian rizqi yang telah Allah karuniakan pada kita.

7. Umur 40 tahun (terutama ikhwan) wajib semakin berbakti dan berbuat baik kepada orangtua jika masih hidup karena kita dan harta kita milik orang tua kita, maka perbanyak doa agar kita bisa mensyukuri nikmat yang begitu besar yang telah Allah berikan pada kita…jika orang tua kita sudah tiada maka doakan mereka dan kunjungi teman2 akrab orang tua kita yang masih hidup dan berbuat baiklah pada mereka.

8. Umur 40 tahun agar melazimkan doa sebagaimana dalam firman Allah QS. Al Ahqaf : 15

رَبِّ أَوزِعنِي أَن أَشكُرَنِعمَتَكَ الَّتِي أَنعَمتَ عَلَىَّ وَعَلَىوَلِدَىَّ وَأَن أَعمَلَ صَلِحًاتَرضَهُ وَأَصلِح لِىفِى ذُرِّيَّتِي إِنِّى تُبتُ إِلَيكَ وَإِنِّى مِنَ المُسلِمِينَ

"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmatMU yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang shalih yang Engkau ridhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang yang berserah diri."

Sebagai penutup ingatlah wahai saudaraku… sesungguhnya sebaik2 manusia adalah yang umurnya panjang dan banyak amalnya (sesuai dengan sunnah).

Dan ingatlah tentang 3 manusia yang tidak akan diajak bicara oleh Allah dan mendapat siksa yang pedih diantaranya :
1. Orang tua yang berzina
2. Penguasa yang bohong (pendusta)
3. Orang miskin yang sombong

Maka waspadalah terutama kita2 yang sudah berumur 40 tahun…

الله أعلم

Diringkas dari kajian ustadz Dr. Syafiq Reza Basalamah

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Nasi Arab

share dari link fb ~ Ringkas Tapi Sedap

Nasi Arab
Bahan
*1/2 sudu makan jintan manis
*1/2 sudu makan jintan putih
*1/2 sudu makan bunga cengkih
*1/2 sudu makan lada hitam
* 1 sudu makan biji ketumbar
*1/2 sudu makan buah pelaga
2 1/2 cawan beras basmathi (apa2 jenama pun boleh)
4 cawan air rebusan ayam (boleh guna kiub pati ayam n air biasa kalau xbuat stok ayam)
1/2 sudu besar garam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji buah pelaga
kulit kayu manis
bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi
pewarna kuning & safron (kalau xdak ganti ngan serbuk kunyit bancuh ngan air)

cara:
-semua bahan bertanda * cuci bersih (guna penapis teh)
-goreng tanpa minyak semua bahan * kemudian bland kering -sampai hampir jadi serbuk
-cuci bersih beras basmathi dan rendam 1/2 jam atau 1 jam
-panaskan minyak sapi dalam periuk magic vantage,masukkan kayu manis,buah pelaga n bunga lawang.
-kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yg dihiris nipis(nak tumbuk/bland pun boleh)
-bila dah kekuningan, masukkan serbuk rempah yg di bland tadi.gaul sebati..kemudian masukkan beras.
-masukkan air stok ayam, perasakan garam dan masak sampai nasi kering air.
-tabur safron,titik2kan pewarna kuning dan biar seketika sebelum padamkan api...bila nak hidang baru gaul nasi biar bercampur warna
*tambah daun ketumbar kalau nak bau lagi harum..potong daun n tabur atas nasi yg dah siap hidang
*(kalau betul2 nasi arab ada tambah arang yg dimasukkan dalam aluminium foil dan letak skit minyak,biar berasap letak atas nasi dan tutup periuk nasi-nak menaikkan aroma)

Resepi ayam
bahan untuk perap (bland semua bahan)
3 inci halia
2-3 biji kunyit hidup besar ibu jari
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu makan buah pelaga
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
* 1 ekor ayam dipotong 4 bahagian(saya kelar2 skit2 kat isi ayam supaya rempah meresap ke dalam isi)
cara:
-bland semua bahan perap.gaulkan pada ayam dan perap lebih kurang 2-3 jam
-masukkan ayam dalam pemanggang vantage
-panggang sampai masak

Resepi air asam
-3 biji cili merah
-5 biji cili padi (xnak pedas kurangkan)
-1 biji buah tomato
-1 biji bawang besar
- sedikit ja belacan (secubit ja)
-garam
-gula
-perahan limau nipis (boleh ganti ngn jus asam jawa)
-air masak (air tapis pun boleh)
-timun (potong dadu kecil2)
-lobak merah(potong dadu kecil2)
-hirisan daun kutumbar
cara:
-bland semua bahan dengan air masak (agak2 air dalam 1/2 cawan)
-tambahkan daun saderi, lobak merah n timun..gaul sebati
-sedia hidang...yg simple2 ja ya..kalau nasi arab betul byk lagi rempahnya...
*kalau suka berkuah boleh tambah dalca sayur (letak terung,carrot,kacang panjang n kacang dal)
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/