Maruah Wanita; "Adakah benar apa yang diwar-warkan oleh barat, mereka maju disebabkan hak persamaan jantina yang mereka laungkan?" Adakah benar dakwaan mereka mengatakan masyarakat Islam membelakangkan hak wanita? Kita tanya kepada mereka, adakah benar mereka menyamakan kedudukan lelaki dan wanita itu, atau mereka menjual maruah dan martabat wanita?"
"Contohnya, budaya pakaian songsang mereka. Siapakah mereka yang menjadi juru tampil kepada pakaian-pakaian yang mengundang hawa nafsu? Bukankah itu adalah wanita? Kalau iklan-iklan untuk menarik perhatian pelanggan, yang seksi itu bukankah yang mereka tampilkan itu adalah wanita? Adakah itu yang menjadikan hak persamaan antara jantina?. Mereka mengatakan mereka menghormati wanita atau mereka menjadikan wanita itu sama seperti barang-barang untuk dijual."
"Natijahnya itu ianya sama seperti zaman Jahiliyyah yang menindas kaum wanita, cuma dizaman sekarang penindasannya ditukar supaya nampak lebih moden. Masyarakat ini, kalau dibentuk mereka itu punya sifat jaga pendangan umpamanya, menghormati perempuan lain umpamanya, maka perempuan lain itu tidak mudah untuk pakai ntah sekarang pakaian itu terkadang 'hak' terkadang 'hek'."
"Macam-macam jenis pakaian sebab apa? Menjadi selera kepada lelaki. Kalau lelaki menjaga kehormatan diri untuk menjaga diri mereka, maka perempuan akan menjaga juga. Kecuali yang tak boleh yakni setiap ada kaedah tertentu mesti ada pengecualian. Ada perempuan yg ingin berpenampilan seperti itu, itu dia punya suka."
"Tapi ada pulak yg kerana masyarakat suka dengan perkara sedemikian, jadi menampilkan perkara ikut arus yang dikatakan kemodenan. Maka kalau masyarakat lelaki khususnya di didik, yg lain akan terdidik. Society di didik bermula daripada lelaki. Tidak di tinggalkan setelah berlaku fitnah yg lebih berbahaya untuk lelaki melebihi daripada fitnah perempuan."
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
No comments:
Post a Comment