share dari link blog ~http://anizyn.blogspot.com/2014/03/bawang-putih-banyak-khasiat-dan-manfaat.html
Khasiat bawang putih
Bawang putih ternyata banyak khasiat untuk kesihatan. Ia mengandungi sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun semula jadi untuk mengurangkan pertumbuhan tumor.
Khasiat lain termasuk mengubati demam, selesema, menyuburkan rambut, membersihkan jerawat dan menyembuhkan penyakit kulit.
Bagi mereka yang demam, ambil hirisan bawang putih dan campurkan dengan air panas selama beberapa minit sebelum diminum.
Untuk rambut subur pula, sapukan hirisan bawang putih di bahagian rambut sekurangkurangnya sekali seminggu untuk mendapatkan kesannya.
Selain itu, sapu hirisan bawang putih ke bahagian berjerawat untuk membersihkannya.
Antara kebaikan bawang putih
Mengurangkan Risiko Angin Ahmar . Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.
Mengurangkan Risiko Kanser . Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.
Bertindak sebagai Anti-bakteria dan Antivirus . Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
Mengandungi Iodin . Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.
Miningkatkan Sistem Imunisasi . Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
Antiinflamasi . Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
Melindungi Tanaman . Pernahkah anda terjumpa dengan hama tanaman yang berwarna putih dan adakalanya berwarna hitam. hama ini sangat tidak suka pada bawang putih. Tumbuk bawang putih hingga hancur dan bancurkan dengan minyak mineral, air, dan sabun cair. Tuang ke dalam bekas pam dan pamkan ke arah tanaman yang terlibat.
Membantu Sistem Pencernaan . Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
Mengurangkan Kolesterol Dalam Tubuh . Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
Mengurangkan Angin Dalam Tubuh/ Perut. Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh mencuba mengubati dengan mengambil dua ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu buang kulitnya dan makanlah bawang putih tersebut. Insya Allah selang beberapa minit kemudian anda akan dapati angin dalam perut anda akan berkurangan dan anda akan berasa lega.
Menyuburkan Rambut. Bawang putih juga boleh mengatasi masalah rambut gugur. Bawang putih mengandungi bahan allicin yang tinggi merah, yang dipercayai efektif untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit kepala boleh juga ditambahkan dengan minyak kelapa untuk kesan yang maksimum.
Membersihkan Jerawat . Bawang putih merupakan remedi semulajdi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandung antioksidan yang dapat membunuh bakteri. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment