03 March 2015

MALUNYA SEORANG WANITA

 gambar hiasan

share dari link ~Beauty Of ISLAM
MALUNYA SEORANG WANITA
1)SIFAT malu adalah satu kewajipan bagi seorang beriman, lebih-lebih lagi wanita. Lagi tinggi sifat malu seseorang, lagi tinggilah darjatnya di sisi allah. Lagi rendah sifat malu yg ada pada seseorang, lagi rendahlah darjatnya di sisi Allah.
2)Wanita yang menghiasi diri dengan sifat malu ni, macamana? Maka saya boleh nyatakan beberapa nilaian ZAHIR agar sama-sama korang boleh muhasabah semula, adakah ia wujud dalam diri korang:
a)Seorang wanita yang ada sifat MALU itu takkan bercakap dengan lelaki bukan mahramnya melainkan perkara yg betul-betul mustahak sahaja, serta mnjaga adab-adabnya. Saya jemput untuk baca tulisan saya berkaitan isu ini di link INI.
b)Seorang wanita itu akan malu untuk MENINGGIKAN SUARANYA atau melunakkan suaranya di hadapan lelaki. Hari ni, kat sekolah misalnya, dalam kelas, ada certain kelas yang perempuan lagi bising dari laki, gelak-gelak, gedik-gedik, dan bersembang sesame mereka dengan kuat, tanpa ada rasa sedikitpun rasa malu. Apakah ini? Sama-samalah muhasabah.
c)Seorang wanita itu akan malu untuk BERCERITA tentang lelaki, samada artis korea/jepun/barat/melayu dan lain-lain, pelakon dan yang sama waktu dengannya, atau tentang kawan lakinya , crush, dan yg sama waktu dengannya. Perempuan solehah akan rasa MALU nak buat macam tu!
d)Seorang wanita akan JUAL MAHAL dan tak mudah terpikat dengan godaan cinta, dan tidak ada masa untuk fikir tentang cinta cinta ni, melainkan ketika betul-betul sudah bersedia untuk kahwin dan menggunakan jalan yang betul utk berkahwin.
Nak kahwin ni, ada adab yang islam ajar. Sunnahnya adalah dengan menggunakan ORANG TENGAH. Seperti mana khadijah yang ingin melamar baginda dengan menggunkan orang tengah iaitu Maisarah, seperti tu juga kita seeloknya kalau nak lamar seseorang, guna orang tengah! Itulah lambang MALU!
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment