03 December 2013

Sahabat2 yang baik.. Ayuh kita renungkan...

share dari link fb ~Didik Jiwa Menuju Taqwa

Sahabat2 yang baik..
Ayuh kita renungkan...

Setiap kebajikan atau kejahatan yang kita lakukan dicatat, direkod dan dikumpulkan oleh Allah SWT dengan perantaraan malaikat-malaikatnya untuk diperhitungkan dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. 

Allah SWT menjadikan kita di dunia ini bukan dengan tujuan sia-sia atau secara main-main tetapi ada tanggungjawab tertentu. Kerana itulah manusia diberi akal fikiran agar dapat memilih jalan hidup yang diredhai oleh Allah.

Orang yang baik bukan hanya sekadar melakukan kebaikan sahaja tetapi mestilah juga meninggalkan segala keburukan dan mencegahnya. Sama-samalah kita memperbanyakkan amal soleh dan menjauhi kejahatan,tidak mencampur adukkan perkara yang halal dan perkara yang haram .

Semoga Allah sentiasa memelihara kita dalam batas peraturan syarak yang telah ditentukanNya.BERSIHKAN HATI TARBIYAH DIRI MENUJU REDHA ILAHI.

No comments:

Post a Comment