10 December 2013

KISAH MODEL BERBANGSA CINA INSAF, BERBAJU KURUNG & BERHIJAB

share dari link fb ~Islamic Articles
 KISAH MODEL BERBANGSA CINA INSAF, BERBAJU KURUNG & BERHIJAB

Memang tersentuh bila membaca coretan model Malaysia berbangsa cina nie. Boleh nampak keperibadian baik yang ditonjolkan. Nampak kecerdikan dalam setiap ayat dalam blognya.

Walaupun bukan beragama Islam, Felicia Yeap yang pernah menghiasi majalah lelaki ‘FHM’ dan Playboy kini tampil berhijab penuh dan menutup keseluruhan auratnya persis wanita Muslim yang lain.

Sebelum ini kehidupannya penuh bergelumang dengan dunia glamor, memenuhi tuntutan kerjanya sebagai seorang model.

Cakap apa yang sahaja yang tidak pernah diperagakannya, bikini, tampil separuh bogel, semuanya pernah.

Namun, kesedarannya untuk menutup tubuh badannya dengan pakaian yang longgar serta tidak mendedahkan mendapat tumpuan umum.

Antara sebab dan alasan yang diberikannya ialah, dengan menutup aurat dia merasakan maruah dirinya lebih tinggi jika dibandingkan ketika zaman ‘jahilliyah’nya dulu. Harap ianya memberi banyak iktibar kepada mereka-mereka yang BELUM SAMPAI SERU katanya.

SUMBER DARI ABG TEROR.COM

1 comment: