20 December 2013

Alkohol Menurut Pandangan Islam

share dari link fb ~Sahabat Halal Jakim
Alkohol Menurut Pandangan Islam


Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis. 


*Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

*Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

*Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

*Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

*Minuman Ringan yang mengandungi bahan perisa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:

->Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak.

->Bahawa kuantiti alkohol dalam perisa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan. Kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

*Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

*Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.

*Tapai halal dimakan.

ISU-ISU HALAL SEMASA TENTANG ALKOHOL :-

1. Isu Coke - Coke mendapat pengesahan status halal Malaysia. Alkohol sebagai penstabil dan bukan dari arak dan produk akhir tidak melebihi 0.5% kadar alkohol.

2. Isu Ribena - Ribena mendapat pengesahan halal Malaysia dan IDCP (Philipine). Kilang mematuhi standard halal MS1500:2009. Produk ini tidak dihasilkan melalui proses pembuatan arak dan produk akhir tidak melebihi 0.5% kadar alkohol.

3. Strepsil mengandungi alkohol - Alkohol bukan dari proses pembuatan arak akan tetapi produk ini tiada status halal.

4. Malta (GAB) dan Nutri Malt (Carlsberg) adalah HARAM kerana minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum. 

5. Barbican - Tiada status halal. Dikilangkan oleh Aujan Industries Co. UAE yang turut mengeluarkan minuman Vimto dan Rani(Jus buahan). Sebaiknya pengedar dan pengilang mendapatkan status halal untuk pasaran di Malaysia bagi menyelesaikan segala kekeliruan...

-Admin SHJ

link blog saya lagi satu ~ 

No comments:

Post a Comment