Tips Air Detox Dengan Madu Ala Nabi.
Telah berkata Imam Ibn Qaiyim. “Dan petunjuk Rasulullah s.a.w. tentang minuman ialah baginda suka meminum madu yang dicampurkan dengan air sejuk.”
Rasulullah s.a.w. meminum madu itu sebelum makan pagi yang dibantu dengan air (air yang hendak digunakan untuk dicampurkan dengan madu itu hendaklah disimpan semalaman di dalam suatu bekas sebagaimana yang disukai oleh Rasulullah s.a.w).
Pada tiap-tiap pagi campurkanlah air ini dengan sesudu madu lalu diminum dengan membaca selawat ke atasnya sebanyak tiga kali.
Amalkan sunnah ini semasa perut masih kosong lagi iaitu sebelum sarapan pagi @ sebaik sahaja bangun tidur pada waktu pagi. Insya Allah, ia merupakan suatu amalan yang baik untuk menjaga kesihatan.
Antara khasiat amalan ini ialah :
1) Menghilangkan balgham (kahak / lendir).
2) Mencuci perut.
3) Membuang sisa-sisa makanan yang tidak dicernakan dengan sempurna di dalam perut dan menolaknya ke usus besar.
4) Menghapuskan sekatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
5) Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.
No comments:
Post a Comment