Madu mengandungi sejumlah besar vitamin yang sangat diperlukan oleh wanita hamil. Kekurangan vitamin tertentu boleh menyebabkan timbulnya berbagai penyakit berbahaya.
Madu juga mengandungi asid folik (B2) yang membantu pembentukan dan pematangan sel darah merah. Kekurangan zat ini menyebabkan anaemia yang parah.
Zat yang ada dalam madu adalah membantu menyuburkan rahim, memberi kekuatan dan menolong proses untuk kesuburan dan kelahiran.
Madu bermanfaat bagi wanita hamil dalam kondisi berikut :
1. Madu membekalkan mineral bagi ibu hamil selama kehamilannya.
2. Membantu mengurangi rasa mual atau loya saat awal kehamilan.
3. Mencegah terjadinya rasa sakit pada abdomen selama tempoh kehamilan.
4. Madu mengatasi sembelit pada wanita hamil.
5. Madu mencegah keracunan pada ibu hamil.
6. Madu sangat bermanfaat pada masa nifas kerana mengandungi zat pembunuh bakteria.
7. Madu mengatasi masalah kekejangan otot yang menyertai kehamilan.
8. Madu membantu pembukaan rahim dan memudahkan proses bersalin di saat kelahiran bayi. Ini kerana zat prostagladin yang terkandung dalam madu, berfungsi meningkatkan kekuatan kontraksi rahim sehingga membantu proses bersalin.
Cara mengamalkan madu semasa hamil :
1. Untuk mengatasi alahan (muntah-muntah atau pening mabuk ) semasa mengandung anak sulung. Disarankan makan roti dengan kadar 1 sudu madu ketika awal-awal bangun dari tidur (sebelum makan sesuatu).
2. Untuk mengelakkan mual-mual semasa hamil, disarankan makan 3 sudu madu ketika bangun tidur pagi sebelum turun dari katil.
3. Untuk mengatasi sembelit, wanita hamil disarankan minum madu sebanyak 2 atau 3 kali sehari.
4. Para tabib Cina menemukan bahawa mengonsumsi madu setiap hari pada masa hamil mampu mengurangkan kemungkinan terkena keracunan semasa hamil.
Madu dan saat kelahiran
Di negri Cina, madu telah digunakan sebagai bahan untuk membantu mempermudahkan proses kelahiran bayi. Caranya adalah dengan menyuntik cairan madu pada otot dengan kadar konsentrasi 80%. Para doktor di Cina mendapati bahawa para ibu hamil yang di beri madu, kelahiran bayinya lebih mudah. Proses terjadinya pembukaan rahim juga menjadi lebih cepat . Hal itu berlaku kerana madu mengandung zat prostagelandine yang dapat mempercepat kontraksi pada rahim dan membuat leher rahim melebar.
Di samping membantu pada saat kelahiran, madu juga dapat membantu ibu pada saat menjalani masa nifas. Pemberian madu pada saat ini sangatlah penting, kerana madu mengandungi zat gizi yang tinggi. Madu juga mengandung berbagai macam zat yang dapat membunuh bakteri serta dapat memperkuat daya tahan tubuh untuk mencegah terjadinya demam pada saat nifas .Oleh sebab itu, maka banyak dokter di Jepun menyarankan untuk mengkonsumsi madu setiap hari selama masa nifas.
Madu dan Masa Penyusuan
Anak yang baru dilahirkan berhak untuk disusui, karena Air Susu Ibu (ASI) dapat menguatkan daya tahan tubuhnya dan makanan yang mencukupi keperluannnya. ASI juga telah dinyatakan sebagai bahan makanan yang paling tepat untuk bayi.
Madu sangatlah bermanfaat bagi bayi yang sedang menyusu badan . Kajian yang dilakukan di Jepun dan berbagai negara lain, membuktikan bahwa madu asli dapat memlancarkan pengeluaran ASI. Ia juga dapat meningkatkan bahan antibakteria di dalam kandungan ASI. Hal ini akan menguatkan daya tahan bayi dari berbagai jenis penyakit. Oleh sebab itu, para ibu yang sedang menyusui bayi sangat dianjurkan untuk meminum 6 sudu madu setiap hari.
Madu juga sangat baik untuk mengubati berbagai jenis radang yang disebabkan oleh fungus yang menyerang mulut para bayi yang sedang menyusu badan. Cara untuk mengubati radang yang disebabkan fungus tersebut adalah dengan mengoleskan larutan madu yang dicampur dengan air ke bahagian mulut bayi. Ia juga dapat mencegah timbulnya fungus yang baru.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment