04 June 2015

share dari link fb ~ Fatihah Mahmudy Dehearty

Iman dan cabangnya; "Iman itu terbahagi kepada lebih tujuh puluh cabang. Cabang iman yang paling tinggi ialah syahadah Laailahailallah. Dan yang paling rendah ialah perasaan malu. Segala yang telah habis tempoh perlu diperbaharui. Sama juga dengan iman."

"Ada masa dia lebih dan ada masa die turun. Iman yang tak naik dan tak turun ialah iman para malaikat. Iman yang naik dan tak pernah kurang ialah iman para nabi. Iman yang ade trun dan ada naik tu adalah kita."

"Iman itu terletak didalam hati. Lebihnya sesorg itu ialah hal hatinya dengan Allah سبحانه وتعالى. Saidina Abu Bakar r.a kalau ditimbang imannya maka lebih berat daripada dunia ini dan seisinya."

"Apabila iman kita kuat, maka taqwa juga kuat. Apa maksud taqwa? Taqwa itu ialah menjunjung tinggi titah perintah Allah سبحانه وتعالى dan meninggal larangan Allah."

"Macam mana kita nak kuatkan iman? Kita nak kuatkan iman perlu menjana iman iaitu berbuat amal soleh. Bila mana ade iman maka adanya amal soleh. Amal soleh itu luaran dan iman itu dalaman.bdan iman ialah satu yang tidak dapat dikesan dgn kelima-lima pancaindera."

"Asas iman itu ialah ilmu. Bilamana ada ilmu maka ia akan dpt proses dan akan dpt mengusahakan keimanan itu. Kalau nk konsistenkan amalan kite perlu maintain selama empat puluh hari amalan itu maka amalan itu secara automatiknya akan menjadi darah daging kita dan kebiasaan kepada kita."

"Ramadhan ini bulan 
rahmat. Allah سبحانه وتعالى akan bagi rahmat kepada smua. Ramadhan juga bulan quran. Didalam bulan ramadhan nanti jangan lebih handphone daripada Al-Quran."

"Golongan salafussoleh ni dah doa Allahuma balighna ramadhan ni sejak enam bulan sebelum lagi mereka dah doa untuk masuk ramadhan iaitu bulan jamadil akhir. Allahuma balighna ramadhan. Ya Allah, sampaikan atau sempatkan aku di bulan ramadhan. Siapa-siapa pon tak bole confirm dia akan sampai ramadhan. Kita mintak-mintaklah mati didalam bulan ramadhan dan kita sedang berpuasa."

"Kalau kita baca Al-Quran tapi tak paham makna quran pon kita dapat pahala. Kalau kita selawat tapi tak hadir dlm hati pn dpt pahala tp kalau kita sebut Laailahailallah tapi tak hadir didalam hati maka, tiada pahala baginya. Sebab setiap sebutan akan mengecaskan iman kita."

"Antara cara-cara kita nak menjana iman kita adalah antaranya hadir majlis ilmu. Kita tengok muka orang-orang soleh. Jubah singkat itu sesuatu simbol hikmah dunia yang tak kena kotor dan hikmah akhirat Allah سبحانه وتعالى akan sambung jubah itu di akhirat nanti selain daripada mengikut sunnah Rasulullah ﷺ."

"Orang yg kamu tgk tidak memberi kesan kepada kamu dan tan memberi manafaat kepada kamu maka orang itu bukanlah daripada orang-orang soleh. Setiap perkara amalan soleh akan menjadi security kepada iman kita. Kita boleh mengukur iman kite dgn perasaan malu dgn perbuatan mungkar dan maksiat kita."

"Siapa yang dia tak malu kepada manusia didalam perkara kejahatan maka die tak malu kpd Allah سبحانه وتعالى Kadang kala penjanaan iman ini akan dpt dlm mimpi tp tak dpt dlm solat atau amal soleh lain. Cara nk konsistenkan iman adalah buatlah secara istiqomah walaupun sikit ibadat itu dan amalan yg kita rasa suka buat maka jgn kita tinggal amalan itu."

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment