29 June 2015

(RESEPI LENGKAP) = Butter Prawn

share dari link fb ~Warisan Network
(RESEPI LENGKAP) = Butter Prawn

Bahan- bahan :
15 ekor udang galah
6 batang cili padi
4 ulas bawang putih
2 batang kecil daun kari
1 sudu kecil lada sulah(kasar)
1 sudu butter
3 biji telur (Kuning Sahaja)
sedikit garam
sedikit minyak masak
sedikit minyak bijan
sedikit susu cair

Cara-caranya :
1) Mula2 bersihkan udang. Peram udang dengan sedikit garam dan lada sulah. Biarkan seketika.

2) Panaskan minyak dan butter.

3) Pecahkan telur & kacau kuning telur hingga sebati

4) Bila minyak dan butter sudah panas, masukkan telur kuning. pastikan guna api sederhana. Sambil masukkan kuning telur sambil kacau minyak tu supaya dapat serdak yang betul2 cantik. kacau laju2 tapi pastikan semuanya dalam kawalan.
(proses ini kena menggunakan kedua2 belah tangan).

5) Bila telur sudah masak ianya akan kelihatan seperti serdak. Pastikan ianya terapung untuk menunjukkan ianya sudah masak.

6) Angkat dan toskan. gunakan minyak tadi untuk menggoreng udang.

7) Goreng udang separuh masak sahaja. angkat dan toskan

8) Tumbuk cili padi dan bawang putih. masih menggunakan minyak tadi. tumis rempah tumbuk tadi bersama daun kari. masukkan setengah cawan susu cair dan masak sampai mendidih

9) Masukkan udang tadi. masa ni boleh serasikan rasa...kalau tak masin boleh tambah garam. Letakkan sedikit minyak bijan untuk menaikkan bau udang tersebut

10) Bubuh dalam pinggan dan Taburkan serdak telur di atas udang.

Note : Jika mahukan sedikit kemanisan dalam masakan, anda letakkan sedikit gula bagi menambah rasa.


blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment