01 June 2015

Moga2 kita tergolong dari golongan Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan bukannya tergolong dari golongan Ahlul Bid'ah yang mengharamkan menziarahi Maqam Rasulillah ﷺ kerana menziarahi Nabi itu adalah merupakan tanda keimanan kita kepada Allah disebabkan kecintaan kita kepada Rasulillah ﷺ .- Dato' Syeikh Muhammad Fuad

share dari link fb ~ Haniff Talib

Dato' Syeikh Muhammad Fuad menyatakan:Ada di kalangan umat Islam beranggapan bahawa sesungguhnya menziarahi Maqam Rasulullah ﷺ adalah merupakan suatu perkara BID'AH,yang dengannya menyebabkan tidak patut seseorang Islam itu mengerjakannya.Dan inilah merupakan FITNAH yang berlaku pada zaman silam,pada zaman gerakan Wahhabi menjajah Makkah al-Mukarramah.Maka mereka telah menghalang umat Islam daripada menziarahi Nabi Muhammad ﷺ di Kota Madinah al-Munawwarah.Dahulunya dengan kekerasan,tetapi pada hari ini,dengan peperangan pemikiran yang senantiasa mereka lontarkan di mimbar Masjidil Haram,di mana imam2 mereka menyatakan sesungguhnya musafir ke Madinah dengan tujuan untuk menziarahi Maqam Rasulillah ﷺ adalah merupakan musafir maksiat dan tidak harus bagi orang2 yang ke sana menziarahi Maqam Rasulillah ﷺ mengqasar dan menjama'kan solat.Ini adalah merupakan kenyataan yang didengar sendiri oleh telinga al-faqir ilallah ketika berada di dalam Masjidil Haram yang mana ia adalah merupakan sebenar2 bid'ah yang dilakukan oleh gerakan Wahhabiyah yang menghalang manusia daripada mendekati Kekasih mereka,Sayyiduna Rasulillah ﷺ . 

Syair2 puji2an memuji Nabi ﷺ boleh dilihat oleh tuan2 yang menziarahi Maqam Rasulillah ﷺ di tiang2 hadapan Maqam Rasulillah ﷺ ,dan inilah KEGAGALAN Wahhabiyah untuk membuang syair2 tersebut walaupun pada asalnya mereka bercita2 untuk mengikisnya kerana pada dakwaan mereka,syair2 itu mengundang kesyirikan tetapi perbuatan mereka telah dibatalkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala

Moga2 kita tergolong dari golongan Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan bukannya tergolong dari golongan Ahlul Bid'ah yang mengharamkan menziarahi Maqam Rasulillah ﷺ kerana menziarahi Nabi itu adalah merupakan tanda keimanan kita kepada Allah disebabkan kecintaan kita kepada Rasulillah ﷺ .

-Dato' Syeikh Muhammad Fuad
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment