17 June 2015

PELBAGAI JENIS RESEPI MASAKAN SOTONG

 share dari link fb ~ Resepi Masakan BONDA Tersayang added 5 new photos.
++++PELBAGAI JENIS RESEPI MASAKAN SOTONG++++
RESEPI SOTONG MASAK HITAM
1/2 kilo sotong ( siang, bersihkan dan potong sotong, jgn bersih sgt tinggalkan sikit ink nya…
4 ulas bawang putih- diketuk atau di tumbuk
8-10 biji cili api di tumbuk ( ikut selera kepedasan masing2 )
2 -3 sudu makan penuh sos tiram
1 sudu sos ikan
1 biji cili hijau/merah di hiris – jika suka, tak de pun tak pe

Cara penyediaan
1. Tumis bawang putih, cili hiris dan cili padi hingga wangi
2. Kemudian masukkan sos tiram dan sos ikan, kacau seketika.
3. last sekali masukkan sotong, bila sotong kecut dan masak, sesuaikan rasanya, bolehlah di hidangkan….

** masakan ni tak perlu letak garam sebab sos tiram dan sos ikan dah masin…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
RESEPI SAMBAL SOTONG CILI PADI
300 g sotong ( di bersihkan dan di potong2 )
10 -15 cili padi ( ikut kepedasan yang diingini ) – dikisar
1 labu bawang besar ( dikisar )
3 ulas bawang putih ( dikisar )
1/2 inci halia ( dikisar )
1 batang serai ( di kisar )
1 biji buah tomato ( di kisar )
2 sudu besar santan pekat atau susu cair
garam secukup rasa
gula secukup rasa
perasa ( optional )
minyak untuk menumis

Cara Penyediaan
1. Tumis bahan2 yang telah dikisar hingga kering air dan pecah minyak.
2. Masukkan susu cair atau santan, garam, gula dan perasa ke dalam bahan tumisan.
3. Kacau rata dan masak lagi hingga betul- betul kering airnya.
4. Masukkan sotong dan sesuaikan rasa. Bila sotong masak bolehlah di angkat dan dihidangkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT
400 – 500 g sotong ( di bersihkan, buang perutnya dan di potong )
1 labu bawang besar ( di potong )
2 ulas bawang putih ( di pecah atau di tumbuk )
2 hiris halia
1 biji cili merah ( di iris )
6 biji cili padi ( sebiji2 atau di pecahkan sedikit )
sedikit daun ketumbar ( di potong )
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
sedikit gula
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit.

Cara Penyediaan
1. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam kemudian masak dalam kuali hingga kering airnya.
2. Bila sotong telah kering airnya, angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali tadi masukkan 2 sudu besar minyak masak tumis bawang putih, halia, bawang besar cili merah dan cili padi. Tumis hingga berbau harum dan layu.
4. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Akhir sekali masukkan sotong dan daun ketumbar.
5. Kacau seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
RESEPI SOTONG BELACAN
300 gm sotong ( di bersihkan dan di potong2 )
1 labu bawang besar (hiris)
4 biji cili merah(hiris)
2 cm belacan
3 ulas bawang putih ( dihiris )
4 tangkai daun kucai
3 hiris karot ( dipotong memanjang)
sedikit daun ketumbar ( dipotong )
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
sedikit gula ( jika suka )
Cara penyediaan

1. Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang putih, bawang besar, belacan dan cili merah.
2. Masukkan sos tiram, sos ikan, sotong, karot dan kucai.
3. Masak hingga sotong dan sayuran hingga layu.
4. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Resepi Sayur Kacang panjang dengan sotong
1 ikat kacang panjang ( agak2 dalam secekak gitu… ) – dicuci dan di potong/patah2kan
3 ekor sotong ( dibersihkan dan dipotong )
3 biji bawang merah ( di hiris )
2 ulas bawang putih ( di ketuk/ditumbuk )
6 biji cili padi ( di hiris ) – boleh ganti dgn cili merah
sedikit sos tiram
1 sudu makan sos ikan ( tak letak pun tak pe.. )
Cara penyediaan

1. Tumis bawang merah, bawang putih, cili hiris, hingga wangi… kemudian masukkan sos tiram dan sos ikan.
2. kacau seketika masukkan sotong dan kacang panjang. Kacau hingga sayur layu.
3. Sesuaikan rasa dan bolehlah di angkat!!
Senang jerrr..

SPECIAL THANKS TO PUAN WANA YUSUF
sebarang pertanyaan boleh melalui WEBSITE MASAKAN ini....

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment