04 June 2015

PETUA HILANGKAN BAU KETIAK

share dari link fb ~ Denaihati Network

PETUA HILANGKAN BAU KETIAK

Boleh cuba mana2 cara berikut...

1. Daun sirih: 
Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.

2. Bedak sejuk :
Sapukan bedak sejuk itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lihatlah hasilnya dalam masa seminggu.

3. Daun limau nipis dan madu :
Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan gentel-gentelkan sebesar kacang. Makan tiga kali sehari.

4. Air kapur makan :
Sapukan air kapur makan pada ketiak 2 kali sehari.

5. Daun pandan :
Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dab tapis jusnya. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk.

6. Daun sirih dan bunga kenanga :
Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.

7. Belakang tapak tangan :
Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.

8. Kulit pisang :
Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 15minit sebelum mandi. Kemudian basuh bersih dengan sabun.

9. Pucuk daun jambu batu dan limau nipis
Tumbuk lumat beberapa helai daun pucuk jambu batu atau daun limau nipis. Gosokkan pada ketiak. Amalkan selalu.

10. Limau nipis :
Belah limau nipis, gosokkan pada ketiak setiap kali selepas mandi.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment