22 June 2015

Kek Prune

share dari link fb ~ Aneka Resepi

Kek Prune

Bahan-bahan :

250gm butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
¼ tin besar susu pekat manis – kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup
20 biji prune – blend + sedikit air (≈ 100ml), setakat boleh kisar dah cukup
5 biji prune – hiris kasar
5 biji telur

Cara-cara

1.Didihkan air dlm pengukus.

2.Griskan loyang dengan butter & alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan.

3.Putarkan butter, gula dan susu sehingga sebati.

4.Masukkan telur satu per satu dan putar lagi.

5.Masukkan prune yang telah di blend.

6.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar sebati.

7.Last sekali masukkan prune yg dihiris kasar & kacau dengan senduk dah memadai.

Tuang adunan ke dlm loyang dan kukus selama 1½ jam.

Kalau nak bagi cantik sikit, letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasa

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment