24 June 2015

Khasiat pokok2 herba yang kita selalu nampak tapi kita tak tahu pun pokoknya boleh dibuat ubat/rawatan.

share dari link fb ~ Kayu Kayu

Ketumpang Air

Tumbuhan tropika semusim ini mudah dijumpai dikawasan-kawasan yang agak lembab dan agak terlindung dari cahaya matahari. Juga dikenali dengan nama saintifiknya Pepperomia pellucida . Walaupun ia mudah dijumpai namun tidak ramai yang mengetahui khasiatnya.Herba ini tumbuh menegak dengan ketinggian boleh mencapai satu kaki(25-30 cm).Batangnya dari jenis berair dan senang patah berwarna hijau muda.Daunnya berbentuk seperti daun sirih dan baunnya juga hampir sama. Daunnya berkilat dibahagian atas dan agak kelabu dibahagian bawah.Buahnya bulat , sangat kecil dan berbentuk bujur dan berwarna hijau ketika muda dan coklat apabila matang mempunyai minyak sari apabila dimasak.Walaupun ia tidak mendapat perhatian di Malaysia namun dinegara bukan tropika seperti eropah, tumbuhan ini dan benihnya dijual secara komersial. Ia dijadikan sayur dan salad.
kegunaan:

Jusnya yang segar diminum untuk mengelakkan jangkitan pada mata, cirit-birit, batuk, selesema,dan jangkitan pundi kencing dan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Daunnya mengandungi bahan antibakteria yang boleh merawat penyakit kulit seperti bisul,jerawat dan kulit melecur.Ia juga boleh digunakan untuk merawat athritis dan rheumatik. Ia juga boleh menjadi penawar kepada sakit sendi dan sakit perut.Cairan dari batangnya juga digunakan untuk menyembuhkan demam dan sakit kepala.

Air rebusan dijadikan minuman untuk mengurangkan asid urik. jadi ia sesuai dijadikan ubat gout dan untuk mengubat masalah buah pinggang.

Rebus 1 ½ cawan pokok pepperomia dalam 2 cawan air selama 15-20 minit.

Di Filipina, pokok ketumpang air digunakan untuk gout dan arthritis. 1 cawan pokok ketumpang air direbus dengan 2 cawan air dan minum satu cawan pagi dan satu lagi diwaktu petang.
Air rebusan pokok ini boleh melegakan sakit kepala, sakit perut dan masalah buah pinggang. Ia juga digunakan untuk bilas muka jika ada masalah kulit.
Maman Pasir

Juga dikenali dengan nama saintifik Cleome gynandra L. Merupakan sejenis rumpai yang berasal dari tenggara cina.Maman ialah sejenis tumbuhan liar yang boleh dijumpai tumbuh dikawasan berpasir dan bertanah liat dikawasan tropika

Digunakan untuk merawat buasir dan reumatik

Sesetengah orang juga memasaknya seperti sayur biasa. Dari segi perubatan , biji yang direbus boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme. Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok maman pula boleh dijadikan racun serangga.
Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala). Sekirannya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.
Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.
Ara Tanah

Nama saitifinnya Euphorbia hirta. Nama tempatan lain rumput dari keluarga EUPHORBIACEAE ini ialah Rumput Susu Kambing, Gelang Susu, Patikan Kebo, Keremak Susu, Asthma weed (English), Hairy Spurge, Cats hair, Fei-yang ts’ao. Nama saintifiknya ialah Euphorbia hirta. Tapi ada juga yang mengatakan namanya Euphorbia capitata Wall.

Rumput ini sangat mudah dikenali berdasarkan daunnya yang berpasang-pasang dan mengeluarkan getah berwarna putih yang BERACUN seperti dalam gambar.

Jadi jangan tersalah ambil.. Ada yang kelihatan hampir serupa dengannya tapi tidak mempunyai getah. Rumput ini sangat popular sebagai ubat tradisional bagi merawat pesakit asma/ lelah, masalah paru-paru. Ia kaya dengan berbagai kandungan kimia yang seperti myricyl alkohol, taraxerol, friedlin, beta amyrin, euforbol, triterperoid,eufol, tirukalol, eufosterol dan lain-lain. 

Tumbuhan ini dalam farmakologi Cina dikatakan mempunyai rasa agak pahit dan masam dan sedikit sejuk (bertoksin). Ia bersifat anti-inflamasi, diuretik (peluruh kencing) dan anti-piretik. Kesan perubatannya boleh didapati dengan penggunaan seluruh tanaman, segar atau dikeringkan. Penggunaan herba memerlukan pengawasan dan nasihat daripada pengamal herba yang telah biasa menggunakan dengan tumbuhan ini. Kesan sampingan atau keracunan dari herba ini mengakibatkan cirit-birit. Oleh itu, sekiranya mengalami gejala ini selepas pengambilan atau untuk mengelakkan kesan sampingan, biasanya herba ini akan diolah bersama dengan kayu manis/ Liquorice (Glycyrrizha uralensis) dan Lonicera macrantha DC.

Selain dari asma, herba ini turut digunakan untuk merawat radang kelenjar susu/ payudara bengkak, ekzema (Tinea pedis), melancarkan kencing, radang ginjal, buasir. Dos yang betul adalah penting dalam pengamalan ubatan herba.
Belimbing Pasir

Belimbing Pasir (Oxalis barrelieri)
Turut dikenali sebagai Lavender Sorrel.
Mudah dibiakkan dengan menggunakan biji benih.
Mempunyai buah yang kecil dan serupa buah belimbing manis. 
Kaya dengan oksalik asid.
Tumbuh liar di perkarangan rumah.
Ketinggian mencapai 1m. 
Secara tradisional diambil oleh masyarakat tempatan untuk merawat masalah tekanan darah tinggi.
Hempedu Bumi 

Nama Saintifiknya Andrographis Paniculata atau nama Lainnya Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita
Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.
Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan.. Antara herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita. Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam.
Malah, tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu. Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari.
Amalkan selama 3-4 hari, kemudian periksa tekanan darah, jika sudah normal boleh berhenti.Jika ada penurunan, teruskan meminum sehingga bacaan tekanan darah menjadi normal.Sama kaedahnya untuk kencing manis.
(Biasanya dalam masa seminggu tekanan darah Insya Allah akan menjadi normal, dan teruskan dengan gaya hidup sihat.Tiada kesan sampingan, malah badan anda akan rasa lebih ringan, selesa dan cergas)
Rumput Israel

Nama saintifiknya Asystasia gigantica L merupakan sejenis tumbuhan kategori rumpai dari keluarga Acanthaceae dan kingdom Plantae yang banyak tumbuh di negara kita. Rumput Israel mendapat nama ‘Israel’ di Malaysia berdasarkan kepada kemampuannya membiak dengan cepat di kawasan kebun dan tepi jalan. Rumpai ini merupakan musuh utama kepada petani-petani di Malaysia kerana ianya cepat membiak dan di dapati menggunakan banyak ruang dan menggunakan banyak baja dalam tanah. Nama-nama lain bagi tumbuhan ini ialah Chinese Violet, Coromandel, Creeping Foxglove dan Asystasia (English). 
Rumput Israel tumbuh diseluruh dunia terutama dikawasan tropika dan sub-tropika dimana ia mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Rumpai ini memang mudah tumbuh dipelbagai jenis tanah dan dalam pelbagai jenis keadaan cuaca. Ia tahan lasak kerana mempunyai sistem pengakaran yang kuat dan boleh ’supress‘ rumpai lain yang tumbuh disekelilingnya.
Rumput Israel adalah sejenis tumbuhan RUMPAI yang tumbuh renek (herbs) dengan ketinggian 60 cm dan jika mendapat sokongan atau merambat mampu hidup setinggi 1 meter dari paras tanah. Batangnya berwarna hijau gelap dan mampu menjalar atau memanjat sokongan melalui cara lilitan.
Terdapat beberapa negara yang telah juga menggunakan rumput Israel sebagai sayuran seperti di Afrika (Jenis agak berlainan dengan yang ada di Malaysia iaitu (Asystasia micrantha). Rumput ini juga sesuai dijadikan bahan makanan untuk ternakan Lembu, Kambing dan yang terkini Arnab. 
Selain itu tumbuhan ini juga di percayai dapat mengubati penyakit Lelah, Semput atau Asthma.
Urang Aring

Urang Aring atau dikenali sebagai Eclipta prostrata.Tanaman ini digolongkan sebagai gulma dan tumbuh secara liar. Masyarakat menyebut tanaman ini dengan banyak nama antaranya Te-lenteyan, daun Tinta, daun Sipat, False daisy dan juga Keremak jantan. 

Seluruh bagian tanaman Urang-aring memiliki fungsi tersendiri untuk mengubati berbagai macam penyakit. Urang-aring boleh digunakan sebagai ubat luar ataupun diminum.

Dalam industri kosmetik, tanaman Urang-aring lebih banyak dimanfaatkan sebagai minyak rambut ataupun shampoo untuk menyuburkan dan menghitamkan rambut .

Urang-Aring, Penghitam dan Penyubur Rambut

Cara mengunakannya. Urang-aring tersebut diramas-ramas di dalam air. Setelah itu, rratakan ke seluruh kepala. Untuk hasil yang terbaik, sebaiknya Anda membiarkan kepala yang sudah diratakan dengan Urang-aring sampai sekitar 5-10 minit.

Setelah itu, bilaslah rambut sampai bersih. Jika dipakai secara rutin menggunakan Urang-aring ,rambut Anda akan subur dan hitam mengkilat sebagaimana yang diinginkan.

Selain untuk rambut orang dewasa, remasan Urang-aring juga kerap digunakan para ibu untuk membilas kepala bayi agar ketika rambutnya mulai bertumbuh, bisa subur dan hitam. Air remasan Urang-aring ini bisa dicampurkan dengan minyak Kelapauntuk menyuburkan rambut secara optimal.
Rumput Mutiara 

Nama saintifiknya Oldenlandia Corymbosa L.
Batangnya bersegi empat,bercabang dengan tebal 1mm dan bewarna hijau kecoklatan sampai hijau keabu-abuan
Daunnya relatif kecil dengan panjang daun 2-5cm, runcing hujungnya. Rumput ini tumbuh subur ditanah lembap, halaman rumah atau tepian pasu.
Rumput mutiara mengandung dua senyawa aktif, yaitu asam ursolat dan asam uleanolat yang terbukti dapat mencegah perkembangan pembelahan sel kanker ke tahap yang lebih ganas. Seluruh bagian tanaman dapat dimanfaatkan dengan cara dikeringkan terlebih dahulu. Selain kanker, rumput mutiara juga dapat dipakai untuk menyembuhkan Tonsilitis, pharyngitis, bronkitis, pneumonia, gondongan,radang usus buntu ,hepatitis, dan cholecystitis. Lebih lanjut rumput ini dapat digunakan untuk menyembuhkan penyakit luar seperti bisul, uci-uci, dan luka terinfeksi.
Dukung anak

Dukung anak atau nama saintifiknya Phyllanthus niruii Linn.
Dukung anak juga digunakan sebagai herba perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis dan penyakit berkaitan hati.
Pokok dukung anak ialah herba semusim yang kecil, tumbuh sehingga 50-70 cm tinggi. Daun pokok dukung anak jenis majmuk bipinat. Daun pokok dukung anak kecil berwarna hijau tersusun berselang-seli berukuran 6-10 mm. Tiada tangkai daun tetapi terdapat tangkai daun majmuk yang berwarna hijau.
Batang dukung anak licin berwarna hijau, tumbuh tegak dan bercabang terbuka. Bunga Dukung anak muncul bersendirian di bawah daun. Bract berbentuk tiga segi, bersisik dan setiap bract memegang satu bunga. Ada dua jenis bunga dukung anak; jantan dan betina, kedua-duanya tersangat kecil, berukuran hanya 1 mm panjang. Keseluruhan herba dukung anak digunakan dalam perubatan.
Galak Kucing

Nama saitifiknya Acalypha Indica merupakan satu lagi tanaman herba yang berkhasiat. Malah akarnya dikatakan boleh dihidu oleh kucing walaupun dari jauh. Ini kerana ia ibarat ubat kuat kepada kucing. Mungkin senario tersebut secara tak langsung menyebabkan tumbuhan herba ini dinamakan sebegitu.

Tapi apa pula khasiatnya kepada manusia?
Menurut Dr. Mohd Said Saad(Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM), khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun.
Anda boleh menggunakan salah satu daripadanya untuk mengubati penyakit kulit, merawat ulser mulut, kuatkan tenaga batin dan menambahkan kekuatan badan.

Secara umumnya, anda ikutilah langkah berikut;
1. Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu aje).
2. Bersihkannya terlebih dulu.
3. Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.

Ulser Mulut
Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.
Amalkan sehingga anda sembuh.

Penyakit Kulit
Basuh kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.

Menguatkan Tenaga Batin dan Badan Kuat
Anda tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

2 comments:

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga group��
    �� Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye����

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺����

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .����

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570

    ReplyDelete