02 August 2012

Cukuplah Allah bagiku - (Allah sentiasa bersamamu)

Punca kesedihan seseorang lazimnya kerana tiga sebab:

1. Melihat masa silam itu lebih baik daripada sebenarnya.


2. Melihat masa sekarang lebih teruk daripada sebenarnya.


3. Melihat masa depan yang tidak menentu daripada sebenarnya.

Ketiga-tiga sebab mempunyai punca yang satu iaitu tidak mahir mengawal otak, dan membiarkan otak melayang.


Ramai yang tidak faham apa yang dimaksudkan hidup dalam keadaan kini.


Mudahnya, anda pergi memancing di laut, sebelum ikan terkena di joran, anda duduk menunggu - otak melayang tanpa disedari. Anda berada di masa kini (tengah memancing), tapi otak tak tahu di masa silam mahupun masa depan.


Tetiba joran bengkok kerana ada ikan makan pancing. Segala dalam minda menghilang, anda hanya fokus pada masa kini untuk membawa ikan naik ke bot. Segala masa silam atau masa depan yang dibayangkan oleh bisikan syaitan menghilang.


Itulah keadaannya jika kita hidup masa kini. Kita rasa tenang, fokus, bertenaga dan minda tak letih kerana hanya fokus pada tugas yang ada.


by:- Ustaz Tuan Ibrahim

No comments:

Post a Comment