09 August 2012

Jangan Berdendam...

Dari Anas bin Malik RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku: “Hai anakku! Jika engkau mampu untuk tidak menyimpan dendam (tidak berdendam) kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petang, hendaklah engkau kekalkan perbuatan itu..! Kemudian beliau menyambung pula: “Hai anakku!..itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia menyukai aku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan bersama2 aku di dalam syurga! ‘ (Riwayat Tirmidzi)
Dari Anas RA dari Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang tidak suka kepada Sunnahku, bukanlah dia dari golonganku!” (Riwayat Muslim) Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar RA cuma ada tambahan dipermulaannya berbunyi: “Barangsiapa yang berpegang kepada Sunnahku, maka dia adalah dari golonganku”.
Dari Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW yang berkata: “Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku ketika merata (berlaku berleluasa) kerosakan pada umatku, maka baginya seratus pahala syahid”. (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbezaan, yaitu katanya: “Baginya pahala orang yang mati syahid.” (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

No comments:

Post a Comment