24 August 2012

Petua Untuk Menghalau Tikus

shared ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA's photo.
Pilihan 1: Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan.

Pilihan 2: Letakkan beberapa biji buah kepo
mpong muda atau masak di tempat yang selalu didiami oleh tikus.

Pilihan 3: Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui oleh tikus.

Pilihan 4: Taburkan kawasan yang disyaki tempat laluan tikus dengan lada hitam atau black pepper. Tikus akan lari.

Pilihan 5: Tanam pokok durian belanda dan Guna daun durian belanda.Caranya letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu terdapat tikus.Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. Tikus tidak akan datang lagi.

Pilihan 6: Bela kucing (bukan kucing makan friskies)

Pilihan 7: Bela burung hantu (jika anda tinggal berhampiran sawah padi)

Pilihan 8:Taburkan serbuk lada Hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus.

Pilihan 9: Buah jering dan Tangkai jering. (Letak di lokasi tikus selalu berkumpul)

Pilihan 10: Perangkap seekor tikus hidup-hidup, gunakan perangkap berumpankan ikan masin. Jika berjaya dapat, kurung ia 2-3 hari dalam stor atau bilik air atau tempat tertutup. Beri minum sahaja. Kemudian, pada hari keempat bawa ia keluar dan beritahu kepadanya dengan suara yang kuat : "Jangan datang rumah aku lagi, kalau tidak.. aku kurung kau lagi. Baca bismillah (doa penggerak) dan lepaskan ia. Ia tidak akan datang lagi bersama cucu dan bapa mertuanya serta besan dan ipar duainya.

Pilihan 11: Ditulis pada kayu zaitun sebanyak empat buah, menulisnya pada hari Rabu sebelum terbitnya matahari, lalu dipendam di tempat yang banyak tikusnya, baik di rumah ataupun di sawah, dipendam di bagian sudut (pojok), sewaktu akan memendam dengan membaca ayat itu tiga kali, insya Allah semua tikus sama pergi. Ayatnya:

Surah Ibrahim: 13

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِرُسُلِهِمْ لَنُخْرِجَنَّكُمْ مِنْ أَرْضِنَا أَوْ لَتَعُودُنَّ فِي مِلَّتِنَا فَأَوْحَى إِلَيْهِمْ رَبُّهُمْ لَنُهْلِكَنَّ الظَّالِمِينَ

Orang-orang kafir berkata kepada Rasul-rasul mereka: "Kami sungguh-sungguh akan mengusir kamu dari negeri kami atau kamu kembali kepada agama kami". Maka Tuhan mewahyukan kepada mereka: "Kami pasti akan membinasakan orang-orang yang zalim itu,

NOTA:
a. Kaedah halau tikus sebenarnya mudah, iaitu bela kucing. Pesawah padi biasanya sengaja tidak membunuh ular sawa di sawah padi walaupun mereka tahu ular memberi bahaya, tetapi ular sawah padi juga memberi manfaat. Jangka hayat tikus ialah selama 2-3 tahun.

b. Tikus rumah ialah haiwan yang tidak tahu berenang tetapi boleh terbang (melompat) dari satu tempat ke tempat lain. Tikus mampu melahirkan anak sehingga lapan ekor dan mengawan 4 kali setahun. Ini bermakna ia mampu mempunyai anak sekitar 30 ekor dalam setahun.

c. Apabila terdapat tikus di rumah anda, jangan lupa simpan makanan, pinggan, mangkuk, belanga, kuali dan apa sahaja peralatan memasak dan peralatan makanan di dalam rak yang tertutup. Ini kerana kencing dan najisnya mampu memberi mudarat kepada kita. Walaupun di negara Indonesia dan di negeri Sarawak, ada manusia yang memakan tikus, tetapi mereka ini biasanya mudah terkena penyakit hingga membawa kepada kematian. Ana pernah merawat pesakit bangsa Iban (Iban ialah bangsa Sarawak atau lebih dikenali sebagai 'apai') yang akhirnya menemui ajal setelah makan tikus. Tikus yang dimakan ialah tikus hutan.

2 comments:

  1. cara moden halau tikus ialah guna alat halau tikus ultrasonik.
    hubungi 011-18528271 jka minat

    ReplyDelete
  2. salam sejahteracen abi mizan saya dah beli alat elektronic n ubat kcing harimau beratus wg saya habis tapi masih ada lagi cik tkus..benar2 berkesan alat elktronik en...

    ReplyDelete