09 August 2012

PERIHAL ZAKAT

Erti zakat ialah Mensucikan.
Hukum Zakat adalah Wajib bagi yang Mampu.

ZAKAT & KEIMANAN

Mengeluarkan Zakat menandakan Keimanan seseorang itu.
Ini seperti Firman Allah swt yang bermaksud:
"Mereka yang mengerjakan solat, dan membelanjakan setengah daripada rezeki yang KAMI berikan kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang sebenarnya beriman. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga)."
~ Surah al-Anfal Ayat 3-4
Ertinya orang yang mampu dan menunaikan Zakat mendapat Pahala yang Besar dan Ganjaran yang Mulia di samping memperoleh Faedah Keuntungan Dunia dan Akhirat.

Hukum Zakat terbagi Dua Bahagian:-

A) Zakat Fitrah
B) Zakat Harta

A) ZAKAT FITRAH

Erti zakat ialah Mensucikan Diri
- Zakat Fitrah diwajib ke atas setiap umat Islam lelaki dan perempuan tidak kira umur mahupun kedudukan.
- Kadar Bayaran Zakat Fitrah bergantung kepada Harga Beras yang makan oleh masyarakat setempat.

B) ZAKAT HARTA

Zakat Harta ertinya Mensucikan Harta.
- Syarat Zakat Harta ada Dua Perkara:-
1) Cukup Nisab (kiraan harga emas di pasaran)
2) Cukup Haul (genap satu tahun hijrah)
3) Hak Milik Mutlak
- Jika Ketiga-Tiga SYARAT tidak mencukupi maka Zakat TIDAK WAJIB dikeluarkan.

Harta yang Wajib dikeluarkan Zakatnya adalah:-

1) Wang Simpanan
2) Emas dan Perak
3) Perniagaan
4) Saham dan Insurans
5)Tanaman dan Binatang Ternak
6) Harta Rikaz (Harta Karun)
7) Zakat Pendapatan (Makan Gaji)
1..ZAKAT WANG SIMPANAN

- Wang simpanan termasuklah Wang Simpanan di dalam Bank dan juga wang EPF.
- Bagi wang simpanan di dalam bank kiraan zakatnya adalah 2.5% dari jumlah simpanan yang telah mencapai nisab dan haulnya.
- Bagi wang EPF pula terdapat Dua pilihan untuk mengeluarkan zakatnya.
Cara pertama:-
~ Wajib mengeluarkan zakat EPF 2.5% setahun sekiranya:
1) selesa kehidupannya.
2) mampu mengeluarkan wang zakat EPF setiap tahun menerusi wang simpanannya sendiri atau ditunggakkan.

Cara kedua:-

~ Wajib mengeluarkan zakat EPF 2.5% ketika wang EPF dikeluarkan sekiranya:
1) Mengeluarkan Zakat EPF secara tunggakan membebankan.
2) Sukar menampung keperluan asas kehidupannya.
- Bagi Harta Pusaka Wang EPF Zakat Wajib dikeluarkan 2.5% pada keseluruhan wang EPF kecuali Insurans yang diterima oleh si pewaris.

2..ZAKAT EMAS DAN PERAK

- Emas atau Perak berbentuk Bungkal (gold bars) yang disimpan dan dilaburkan di dalam Bank dan Barang Kemas yang tidak diniatkan untuk dipakai dan melebihi dari yang biasa adalah Wajib dikeluarkan Zakatnya apabila Sudah Cukup Nisab dan Haulnya.
- Zakatnya adalah 2.5% mengikut Harga Pasarannya.

Taksir Zakat Emas: harga pasaran emas x 2.5%

Maksud Ayat 19 Surah Al-Dhariyat,
"Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri."

3..ZAKAT PERNIAGAAN

- Pengiraan Zakat Perniagaan berdasarkan Kaedah Modal Kerja (Working Capital Model).
- Ia mengambil kira kedudukan Aset Semasa (current assets) Perniagaan setelah ditolak tanggungan semasa ( current liabilities) Perniagaan dan dibuat pelarasan (adjustments) dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat.

Taksir Zakat Perniagaan:

- Aset Semasa - Tanggungan Semasa +/- Pelarasan x 2.5% x Bagian Equity Pemilik Islam.

Aset-Aset Perniagaan mestilah dari Sumber yang Halal.

Riwayat Abu Daud dari Samurah bin Jundub,
"Maka sesungguhnya Rasulullah saw menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta benda yang kami sediakan untuk dijual (urud al-tijarah)."

4..ZAKAT SAHAM DAN INSURANS

- Saham merupakan sebahagian daripada Modal Perusahaan. - Pemilik saham ialah seorang rakan kongsi dalam perusahaan itu mengikut kadar sahamnya.

Cara Kiraan Zakat Saham:

1) 2.5% pada kadar pasaran tersebut apabila cukup haul dan nisab jika mempunyai satu jenis saham sahaja.
2) jika mempunyai beberapa jenis saham, kiraan dan bayaran zakat dilakukan pada akhir tahun kewangan.

Taksir Zakat:

- Nilai Bersih x 2.5%
- Cara Kiraan Zakat Insurans Endowmen:
- Cara konvensional: 2.5% pada nilai surrender value tahun tersebut - apabila cukup haul dan nisab.

5..ZAKAT PERTANIAN

1. Syarat wajib mengeluarkan zakat pertanian ialah:
(a) pemiliknya orang Islam;
(b) merdeka;
(c) milik seridiri;
(d) cukup nisab;
2. Cukup Nisab zakat pertanian ialah 5 ausuq bersamaan 1000kg. Bagi padi nisabnya ialah 1300kg dan nisab buah-buahan pula ialah 700kg.
3. Hasil tanaman yang tumbuh dengan air hujan, air mata air, air sungai, atau tumbuhan di merata-rata, kadar zakatnya ialah 10%.
4. Hasil tanaman yang disiram dengan mengeluarkan perbelanjaan, kadar zakatnya ialah 5%.
Hadith Nabi Saw
Maksudnya:"Tidak ada sedekah (zakat) pada biji dan kurma kecuali apabila cukup lima wasaq (kurang atau lebih drp 700kg)
(Hadith Riwayat Muslim)

6..ZAKAT HARTA RIKAZ (Harta Karun)

- Rikaz ialah Harta Benda milik orang-orang dahulu kala yang berharga yang dijumpai dalam tanah.
- Harta tersebut Wajib dikeluarkan Zakat.
- Kadar Zakat Harta Rikaz ialah 20% daripada Jumlah Harta yang dijumpai.
Sabda Rasulullah Saw
Maksudnya: Zakat Rikaz (harta karun) seperlima (20%).
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

7..ZAKAT PENDAPATAN (Makan Gaji)

- Hanya Wajib Dikeluarkan Zakat JIKA mempunyai LEBIHAN dan NISABnya Akan DICAMPUR Dengan Wang-Wang Simpanan Peribadi dari Sumber-Sumber lain, jika Cukup Nisab dan Haulnya maka baharulah Wajib dikeluarkan

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN

Terdapat 2 Garis Panduan mengira Zakat Pendapatan
Kaedah No. 1
- 2.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab)
- Sekiranya gaji anda sebulan ialah RM 2,000 maka gaji setahun anda ialah RM 24,000. Jumlah zakat pendapatan yang perlu anda bayar ialah 2.5% x RM 24,000 iaitu RM 600 di mana purata bayaran zakat bagi satu bulan ialah RM 50.
Kaedah No.2
- Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan (berlandaskan kaedah penolakan yang dibenarkan)

Cara kedua ini mengambilkira penolakkan yang dibenarkan seperti diri sendiri (RM 8,000), isteri (RM 3,000), anak (RM 1,000 untuk seorang), caruman KWSP, pemberian ibu bapa dan caruman Lembaga Tabung Haji

- Perkiraan Yang ini Bersumber Portal Zakat Selangor-

DALIL-DALIL MENGENAI ZAKAT

Antara DALIL WAJIB Mengeluarkan Zakat yang terdapat didalam Al-Quran dan Al-Hadith ialah :
a) Firman Allah Swt yang bermaksud:
“Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), dengan itu kamu membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak buruk)…."
(Petikan Surah Al-Taubah Ayat 103)
b) Firman Allah Swt : Maksudnya:
"Dan dirikanlah shalat oleh mu semua dan berikanlah zakat."
(Petikan Surah al-Baqarah Ayat 43)

Dan Hadith Rasulullah Saw yang bermaksud :-

Ibn Abbas berkata: “Rasulullah menyuruh kita bersembahyang, membayar zakat, menjaga hubungan silaturrahim dan menjaga kesucian diri.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment